Tangguh Ruu Anti Lompat Parti Ada Gunting Dalam Lipatan Zahid Soal Kerajaan


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-April 7, 2022 9:09 AM
Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya Umno dalam kerajaan lebih tegas menangani isu RUU Anti Lompat Parti sebelum menambahkan lagi kemarahan semua pihak. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk tidak bersetuju membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat umpama memberi isyarat terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan itu, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata penangguhan RUU itu menunjukkan kerajaan dipimpin Ismail Sabri Yaakob tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk menggubalnya.

“Dengan kata lain, perundangan ‘antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali, kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?

“Sudah tentu ini amat mengecewakan rakyat Malaysia yang sudah lama menanti kewujudan undang-undang dilaksanakan segera kerana mandat rakyat memilih pemimpin ketika pilihan raya hilang apabila lompat parti,” katanya di Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti.

Beliau berkata, RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Isnin ini, sebaliknya ia dihantar balik untuk kajian lanjut ke atas definisi “lompat parti”.

Kenyataan Wan Junaidi itu mengesahkan laporan FMT terdahulu yang memetik sumber sebagai berkata, Jemaah Menteri meminta semakan ke atas RUU itu, lima hari sebelum sidang khas itu diadakan.

Sumber berkata, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat mengenai RUU itu pada Ahad ini, di mana semua ahli Parlimen dan senator dipanggil.

Mengulas lanjut, Zahid berkata sudah tiba masanya Umno dalam kerajaan lebih tegas menangani isu berkenaan sebelum menambahkan lagi kemarahan semua pihak yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan.

Zahid juga berkata keputusan kerajaan menangguhkan pembentangan RUU itu sebagai tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH) yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Ismail.

“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada di antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan PH perlu dinilai semula kerana dinilai kurang tegas dalam usaha untuk mempercepatkan membentang dan meluluskan undang-undang ini.

“Sudah pasti ini juga satu tamparan hebat terhadap PH yang membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya bimbang tak mampu dan tak bersedia berdepan PRU jika Parlimen dibubarkan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/tangguh-ruu-anti-lompat-parti-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Anti Lompat Parti Perbincangan Ph Kerajaan Setujui 4 Perkara

Ruu Anti Lompat Parti Perbincangan Ph Kerajaan Setujui 4 Perkara

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 188 hits
Pemimpin utama Pakatan Harapan dan Perdana Menteri serta Menteri Undang undang dalam perbincangan pagi tadi telah menyetujui 4 perkara berhubung tindakan seterusnya ke atas Rang Undang undang Akta Anti Lompat Parti Menurut kenyataan Majlis ...
Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu secara kolektif menolak draf Rang Undang Undang Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di ...
Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Kerajaan sukar untuk membentang dan meluluskan Rang Undang undang Anti Lompat Parti berikutan Jemaah Menteri juga terdiri daripada katak politik sindir veteran Umno Shahrir Samad Shahrir berkata 39 ahli Parlimen yang berada di...
Kumpulan Peguam Beri Amaran Tentang Hara Kiri Politik Jika Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

Kumpulan Peguam Beri Amaran Tentang Hara Kiri Politik Jika Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 193 hits
Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty hari ini memberi amaran berhubung rang undang undang anti lompat parti mengatakan usul pindaan Perlembagaan tersebut tidak mempunyai sebarang takrifan kukuh di mana ia memberi ruang disalahgunak...
Siapa Musuh Dalam Selimut Ruu Anti Lompat Parti

Siapa Musuh Dalam Selimut Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 190 hits
April 8 2022 Pada 24 Mac lalu Menteri Undang Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada 11 April Namun tidak sampai dua minggu kerajaan membuat pusingan U RUU anti lompat parti p...
Ruu Anti Lompat Parti Satu Lagi Sidang Khas Diperlukan

Ruu Anti Lompat Parti Satu Lagi Sidang Khas Diperlukan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 177 hits
RUU Anti Lompat Parti Satu lagi sidang khas diperlukanPosted By on April 08 2022Rang Undang Undang Anti Lompat Parti akan tetap dibentangkan biar pun hasrat awal untuk membentangkannya pada sidang khas Parlimen 11 dan 12 April ini gagal dil...
Kelewatan Bentang Ruu Anti Lompat Parti Harus Jadi Akta Lebih Baik

Kelewatan Bentang Ruu Anti Lompat Parti Harus Jadi Akta Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 159 hits
Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengharapkan kelewatan membentang Rang Undang undang Anti Lompat Parti akan membawa kepada pembentukan akta yang lebih baik dan sempurna Menurut kenyataan BERSIH kelewatan pembentangan yang d...
Ruu Anti Lompat Parti Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Ruu Anti Lompat Parti Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 179 hits
Apakah muslihat Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak mahu membentangkan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti pada sidang khas Parlimen 11 April 2022 ini Jika Pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dibentangkan pada 11 April nan...
Ruu Anti Lompat Parti Dap Gesa Semua Parti Umum Pendirian Mp Sokong Atau Pun Tidak

Ruu Anti Lompat Parti Dap Gesa Semua Parti Umum Pendirian Mp Sokong Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 205 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa semua parti menyuarakan pendirian sama ada ada Ahli Parlimen mereka akan menyokong Rang Undang undang Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan Ahli Parlimen Seremban itu b...
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Ramadhan Hujung Minggu Pertama

Lirik Lagu Zapin Raya Haziq Rosebi Ezad Lazim

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Buffet Ramadan Mpaj Convention Centre Melawati Bawah Rm100 Berbaloi Dan Sedap

Tauhu Sumbat

Pas Tunggang Isu Kelapa Kelapa Dah Cukopp Jumlohhh Perli Netizen