36 Weeks Dah Bersalin Nombor 5


36 Week dah bersalin. Percaturan Allah adalah yang terbaik. Namun, saya bersyukur bersalin kali ini dipermudah. Kronologi bermula dari temujanji di Klinik kesihatan pada hari Rabu bersamaan 11 Disember 2024. 

Temujanji pada 36 week, alhamdulillah. Kandungan kali ini sudah melepasi 35 weeks. Rasa gembira sangat! sehinggakan nurse di KK pun ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi. Kelakar kan? Nurse di bilik 15 baik sangat tau. Sentiasa menjaga patient nya. 


Contraction 

Bermulanya contraction ketika menunggu giliran untuk scan baby pada 36 week. Dek kerana duduk terlalu lama, maklumlah mesin scan perut rosak di bahagian Ibu dan Anak. Jadinya, saya perlu ke bahagian pesakit luar dalam Poliklinik Beserah yang sama. 

Artikel lain : Braxton Hicks 30 weeks menyerang 

Lama menunggu, menyebabkan saya ingin ke tandas. Sekali pergi ke tandas, terpaksa berpaut pada dinding klinik untuk ke klinik. Ha, dah bongkok pun ye juga berjalan sambil mengampu perut. 

Tiba giliran dipanggil, doktor pakar tanya saya. 

“Awak ok ke?”

“Saya ok doktor. Biasalah Braxton Hicks ni.”

“Eh, awak jangan. Saya takut ni contraction betul. Kang awak bersalin kat klinik ni.” Doktor wanita yang mesra pelanggan.

“Saya tengok perut puan dalam scan, saya nampak air ketuban banyak. Puan tahu? jantina anak pun dah clear, lelaki. “

“Err, yeke? berat baby berapa?”

“2.7kg sekarang. Kalau bersalin pun dah ok ni. Berat melepasi, kalau bersalin hari Contraction awak macam mana?” 

“Ala doktor hari ni ke? Saya takde tanda lagi ni.”

“Awak nak bersalin kat rumah ke? nanti awak pergi ke bilik 13. Check jalan ye. Sebab awak cakap mengeras dah 3 malam kan?”

Selepas urusan siap dalam bilik scan, saya ke bilik 13. 

Ketika ini, saya sudah menggigil. Takut! Sebab tak bersedia lagi nak bersalin, nak makan puas-puas, dan masih berkira-kira mahu tambah shopping baju baby.

Ambulans datang

Dipendekkan cerita, nurse dan doktor yang berada di Klinik kesihatan mengarahkan saya ke hospital dengan menaiki ambulans. 

Ya Allah! lagi bertambah takut saya. Kata doktor yang membuat pemeriksaan bukaan ( VE ), katanya kemungkinan kepala baby berada di bawah. Sebab sudah nampak warna hitam seakan rambut dan kepala baby. 

Saya? menggigil ketakutan. 
30 minit menunggu, akhirnya ambulans sampai dari Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA). 

Kali pertama menaiki ambulans dari KK ke hospital. Masya Allah, menakutkan. Nurse yang mengiringi saya siap berpesan supaya menahan perut ( ampu perut dengan tangan)  untuk elakkan risiko terbersalin dalam perjalanan . Syukur! Saya tak bersalin dalam ambulans. 

Naik wad

Disebabkan bukaan 4cm ke 5cm dan tiada  tanda-tanda mahu bersalin, saya dimasukkan ke wad ibu mengandung. 

Macam biasa, saya high risk. Jadinya saya ditempatkan di tingkat atas. 

Malam yang sama, naluri saya mengatakan dah nak bersalin. Jadi, serah diri kepada doktor untuk check bukaan. Ya! tepat sekali, jam 8 malam dan bukaan sudah pun 5cm .

Memandangkan labour room penuh pada malam itu, saya terpaksa menunggu sehingga 11 malam. 

Labour room

Doktor pakar lelaki, bantu saya percepatkan proses bersalin dengan pecahkan ketuban. 

Masya Allah, rasa lega selepas air ketuban keluar. Doktor pun terkejut, air ketuban saya terlalu banyak sehinggakan doktor bermandi air ketuban saya. 

Katil terpaksa dicuci, tukar alas sekali. Air ketuban saya dah buat seakan banjir, sehinggakan lantai pun basah. 

“Awak tak tahu ke ketuban banyak?”

“Tak. Masa scan siang tadi di KK, doktor sana macam was-was pasal air ketuban saya. Dan tanya pasal sejarah kencing manis. Saya takde semua tu.”

“Saya dah pecahkan ketuban awak. Nampak baby masih tinggi. Jadi, ketuban awak betul-betul kering, baru mudah baby turun. Anggaran saya, jam 4 pagi awak bersalin.” 

Ketika ini, saya sedih lah. Rasa macam down sekejap, sebab ingatkan dah nak bersalin sangat. 

Dalam hati, tak tinggal baca ayat Yunus dan surah At-Taubah ayat 128-129. 

Dipendekkan cerita.

Saya bersalin pada 1.43 pagi 12.12.2024 .

Tiada jahitan, mungkin asbab makan D Aura softgel kelapa dara pada 30 weeks. Ikutkan risau juga, sebab doktor godek macam ayam. Seram kan?

Push 3 kali, baru keluar baby. Itu pun, setelah doktork induce drip untuk datangkan contraction kuat. Dan, ketika itu saya hampir pengsan sebaik baby keluar.

Jutaan terima kasih buat doktor dan staff nurse yang bantu saya keluarkan baby pada 12.12.2024 jam 1.43 pagi. Serius! kali ni, tenaga saya takde. 

Ikutkan nak je C-zer, staff nurse tak beri. Katanya sayang sangat, memandangkan anak saya 4 orang semuanya bersalin normal. 

Doktor bantu tekan perut saya bagi mudahkan baby keluar. 

Masuk wad, saya dah tak boleh bangun sebab takde tenaga. Dah minum dan makan pun, masih. 

Jam 4 pagi, baru lah saya di hantar kembali ke wad ibu bersalin. Selepas melihat saya stabil. Dalam buku, doktor ada remarks Mild anemia. 


NICU 

Baby  tak sempat nak lakukan skin to skin dengan saya. Sedih! tapi reda. Staff tunjukkan jantina sahaja dan, ada sesuatu yang abnormal pada baby. 

Nanti saya sambung cerita pada artikel seterusnya. 

Update ; Baby Muqarrabin : Hadiah dari Allah 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/36-weeks-dah-bersalin-nombor-5/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir Rm12 Juta Selepas Bersalin

Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir Rm12 Juta Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 84 hits
Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mer...
Braxton Hicks Pada 30 Weeks Kandungan

Braxton Hicks Pada 30 Weeks Kandungan

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 84 hits
Bila perut terasa kurang pergerakaan baby Terus saya periksa kembali kalendar kehamilan Rupa rupanya perut saya sudah memasuki 30 minggu Masya Allah syukur dah masuk trimester terakhir rupanya kandungan ini Berbalik kepada cerita pergerakan...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iftar Di Giggles Geeks

Nota Tazkirah Ramadhan Kembali Kepada Tujuan Menjadi Hamba Allah Menurut Minhajul Abidin

Sagu Gula Melaka Manisan Klasik Untuk Berbuka Puasa

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh