Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir Rm12 Juta Selepas Bersalin


Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin. Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah-hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir 12 Juta Selepas Bersalin Malaikah Raja, yang dikenali kerana sering berkongsi gaya hidup serba mewah di Instagram, memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelbagai hadiah bernilai tinggi yang diterimanya selepas kelahiran bayi perempuan mereka.

Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi
Antara hadiah yang diberikan termasuk sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas, sebuah rumah mewah bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta), beberapa beg tangan jenama pereka terkenal, serta barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
“Bayi perempuan yang mahal. Macam mana bayi sekecil ini boleh mula mengosongkan akaun bank bapanya?” tulisnya berseloroh dalam kapsyen video tersebut.
Hadiah ‘Push Present’ Yang Luar Biasa Video itu bermula dengan Malaikah berdiri di sebelah suaminya sebelum dia menunjukkan satu persatu hadiah yang diterimanya sebagai ‘push present’ – iaitu hadiah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai penghargaan atas pengorbanan melahirkan anak.
Hadiah pertama yang diperlihatkan ialah kereta mewah G Wagon diikuti dengan sebuah rumah baru bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta). Tidak cukup dengan itu, Malaikah turut menerima lapan beg tangan Dior bernilai AS$100,000 (RM475,000), gelang emas bernilai AS$80,000 (RM380,000) serta pakej urutan selepas bersalin untuk dirinya dan bayi bernilai AS$10,000 (RM47,500).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya dalam video tersebut.
Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi Lebih mengejutkan, Malaikah juga diberikan bajet bulanan sebanyak AS$50,000 (RM237,500) untuk membeli pakaian bayi, gelang tenis bernilai AS$200,000 (RM950,000) serta barang kemas emas bernilai AS$70,000 (RM332,500) khusus untuk anak perempuannya.
Tular Dan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 15 juta tontonan dan hampir 500,000 tanda suka di Instagram.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi – ada yang terkejut, ada yang terhibur, malah ada juga yang menyokong tindakan suaminya yang menghargai isteri dengan cara luar biasa.
“Saya perlu pulih selepas menonton video ini. Tolong kirimkan saya AS$1 juta (RM4.40),” seloroh seorang pengguna media sosial.
Malaikah bergambar bersama sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas. Agensi “Wow, masa saya balik rumah selepas bersalin, suami saya cuma kata dia dah siap kupas kentang untuk saya,” tulis seorang lagi.
Namun, ada juga yang menyokong idea ‘push present’ yang diberikan oleh suaminya.
“Tidak kira sama ada video ini dibuat sebagai gurauan atau tidak, saya menyokongnya. Lelaki mahu anak, jadi mereka perlu memberi penghargaan kepada isterinya,” kata seorang netizen.
Sehingga kini, video tersebut masih menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang membincangkan sama ada budaya ‘push present’ mewah seperti ini patut dijadikan kebiasaan atau sekadar trend sementara.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Suami Hadiahkan Kereta Mewah Sempena Bersalin, Ramai Minta Madammu Bersalin Lagi
Berdebar Tunggu Saat Bergelar Bapa, Ryan Bakery Hadiahkan Beg Tangan Mewah Buat Isteri Sebelum Bersalin!
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir RM12 Juta Selepas Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-dihujani-hadiah-mewah-hampir-rm12-juta-selepas-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir Rm30 Juta Barangan Seludup Hidupan Liar Dirampas Di Sarawak

Hampir Rm30 Juta Barangan Seludup Hidupan Liar Dirampas Di Sarawak

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 128 hits
PPM Wilayah 5 merampas minuman keras dan rokok tidak bercukai selepas memeriksa sebuah van di Lebuhraya Pan Borneo Bintulu Miri Jumaat lalu PETALING JAYA Pasukan Polis Marin Wilayah 5 merampas sejumlah barang termasuk hidupan liar berjumlah...
Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Pemutihan Kulit Tahap Kesihatan Merosot Dalam Tempoh 48 Jam

Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Pemutihan Kulit Tahap Kesihatan Merosot Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 199 hits
Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar Menerusi perkongsian suaminya dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang t...
Tak Sangka Selepas 16 Transaksi Warga Emas Rugi Rm1 7 Juta

Tak Sangka Selepas 16 Transaksi Warga Emas Rugi Rm1 7 Juta

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 154 hits
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1 7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu Memetik Harian Metro Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan J...
Hiburan Suami Maut Ditikam Isteri Depan Rumah Selepas Bertengkar

Hiburan Suami Maut Ditikam Isteri Depan Rumah Selepas Bertengkar

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 154 hits
Seorang kontraktor berusia 60 tahun maut selepas ditikam berulang kali oleh isterinya di hadapan rumah mereka pagi Ahad selepas berlaku perselisihan faham Menurut kejadian itu disaksikan orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis p...
Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Pahang merekodkan kedatangan sebanyak 13 74 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM12 35 bilion sepanjang tahun lepas sekali gus melebihi sasaran ditetapkan kerajaan negeri iaitu 13 5 juta pelancong Pengerusi Jawatankuasa Per...
Kelantan Curi Di Rumah Pengantin Wanita Hampir Pengsan Selepas Dihukum

Kelantan Curi Di Rumah Pengantin Wanita Hampir Pengsan Selepas Dihukum

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 198 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myTuan Maimun Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhanPasir Mas Penjual kuih warga emas hampir pengsan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dijatuhi hukuman penj...
Lelaki Maut Isteri Cedera Parah Selepas Telekung Terkail Pada Kenderaan

Lelaki Maut Isteri Cedera Parah Selepas Telekung Terkail Pada Kenderaan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 117 hits
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas telekung yang dipakai wanita tersebut tersangkut di tayar motosikal menyebabkan mereka terjatuh dan motosikal hilang kawalan Ini antara tragedi yang berlaku akibat telekung tersang...
Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 161 hits
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak selepas kerja kerasnya di sebuah kedai emas membuahkan hasil apabila menerima gaji lebih RM12 000 daripada majikannya baru baru ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna pemborongemasbangk...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir