34 Years And Still Counting
Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah. 34 years and still counting ❤.
Terima kasih, cinta! Kau buat aku bahagia, tanpa jemu dan lelah. :)
Pada 9 Ogos yang lalu, Mak dan Ayah aku telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-34. Sudah 34 tahun mereka bahagia menyulam cinta tetapi sweetnya tue kadang-kadang macam pasangan baru 3 bulan kahwin. Hihihi. Teringin nak tahu macam mana pasangan tentera darat dan guru tadika nie boleh bertemu dan bercinta. Mak dan Ayah tak nak cerita pulak.
Dulu masa bujang Ayah aku merokok tetapi dengan begitu gigihnya Ayah cuba berhenti merokok dan berjaya! Sampai sekarang Ayah tak merokok. Sebab sebelum kahwin Mak ada pesan, kalau nak kahwin dengan Mak, Ayah kena berhenti merokok dulu. Rasanya bukan senang nak berhenti merokok tetapi cinta punya pasal lautan api pun sanggup diredah. Hahaha! Mak pulak selepas kahwin terus jadi suri rumah sepenuh masa. Memang betul, cinta memerlukan pengorbanan.
Alhamdulillah. Ulang tahun perkahwinan Mak dan Ayah pada tahun nie lebih bahagia dan ceria kerana disambut bersama cucu sulung kesayangan mereka. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama sebagai Atuk dan Nyai. Sempat jugak wefie sekeluarga depan rumah hari tue.
Pada 9 Ogos yang lalu juga telah genap empat tahun Tragedi Hitam di Bulan Ramadan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Walaupun kesannya menjadi kekal dan trauma tidak hilang lagi sehingga kini, tetapi alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur. Ujian tanda Allah sayang.
Cinta seorang ibu itu menenangkan, cinta seorang ayah itu menguatkan.Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapanya dalam kehidupan seharian. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arolpunyeblog.blogspot.com/2015/08/34-years-and-still-counting.html