33 Pertuduhan Bukti Saya Tak Ambil Rm90 Juta Dari Umno Kata Nasharudin




Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata 33 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang yang dihadapinya hari ini membuktikan dia tidak menerima RM90 juta daripada Umno.
Katanya, pertuduhan hanya dibuat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau berkata, dakwaan itu langsung tidak menyentuh wang daripada 1MDB dan anak syarikatnya.
“Tuduhan sebelum ini berkaitan wang RM90 juta dikatakan masuk dalam akaun saya adalah tidak benar,” katanya kepada FMT di Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melakukan siasatan cukup lengkap dan tidak ada satu pun disebut. Ini satu bukti jelas pada semua.
“Dalam pertuduhan yang dibacakan, tidak ada satu kalimat pun sebut perkara tersebut.
“Jadi, saya mengambil keputusan untuk kita bicarakan kerana amat yakin dengan segala pertuduhan yang telah dibaca tadi ini ruang terbaik dalam proses perbicaraan nanti untuk sekali lagi bersihkan nama saya.”
Terdahulu, Nasharudin mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang dan 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4 juta di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Nasharudin, 57, memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno pada 8 Feb lalu.
Pada 2017, Sarawak Report mendakwa PAS menerima RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pemimpin atasannya sebagai usaha menarik kepimpinan parti Islam itu untuk menyokong Barisan Nasional dan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Hari ini, Nasharudin yakin namanya boleh dibersihkan dalam perbicaraan kesnya nanti.
“Sudah tentu di luar sana banyak spekulasi dan persepsi.
“Tidak dinafikan, tetapi tunggulah perbicaraan nanti perkara sebenar akan dapat didedahkan.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/22/33-pertuduhan-bukti-saya-tak-ambil-rm90-juta-dari-umno-kata-nasharudin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasharudin Bukti Saya Tak Terima Wang Umno Atau 1mdb

Nasharudin Bukti Saya Tak Terima Wang Umno Atau 1mdb

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 242 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata 33 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah ke atasnya jelas menunjukkan dakwaan beliau menerima RM90 juta dan wang berkait 1MDB adalah tidak benar
Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 624 hits
Dahi saja hitam tapi Nasharudin ini adalah petualang yang hendak membawa Pas untuk bersama dengan Umno dari 2008 lagi Cara dia menyalurkan duit ialah melalui Suwardi Dan Suwardi ini pula telah disebut 3 kali dalam audio Nik Mohamad Abduh se...
Kami Akan Lawan Kata Umno Pada Sprm

Kami Akan Lawan Kata Umno Pada Sprm

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 323 hits
Lebih 40 pemimpin Umno yang diarah mengembalikan dana yang diterima daripada Najib Razak sebelum ini bertekad untuk tidak akan tunduk kepada arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu Bekas pengerusi Felda Shahrir Samad berkata denga...
Bukti Resit Cek Rm2 Juta Menteri Jpm Terima Wang Najib Mengapa Tak Dakwa Bawah Amla Atau Akta Sprm 2009

Bukti Resit Cek Rm2 Juta Menteri Jpm Terima Wang Najib Mengapa Tak Dakwa Bawah Amla Atau Akta Sprm 2009

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 582 hits
Kini cek dan resit sebahagian wang RM3 5 juta kepada VK Liew didedahkan Tapi VK Liew yang menunaikan cek itu dan terlibat salah guna kuasa terhadap wang itu tidak didakwa Tiada AMLA dan Akta SPRM 2009 Mengapa malah Kawtim Setiap kali menjel...
Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes salah guna kuasa terhadap Najib Razak kerana penglibatannya dalam memberikan jaminan kerajaan kepada SRC International bagi mendapatkan pinjaman RM4 bilion dari dana pesara bukan amalan ra...
Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 346 hits
Polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan siasatan terhadap gerakan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin...
5 Juta Penerima Subsidi Petrol Sedang Dikenal Pasti Kata Menteri

5 Juta Penerima Subsidi Petrol Sedang Dikenal Pasti Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 240 hits
5 juta penerima subsidi petrol sedang dikenal pasti kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Oct 2019 9
Tak Perlu Heboh Geran Khas Rm32 Juta Kata Pemimpin Sarawak

Tak Perlu Heboh Geran Khas Rm32 Juta Kata Pemimpin Sarawak

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 250 hits
Pemimpin politik Sarawak melabelkan Belanjawan 2020 sebagai halua mata dan telinga untuk rakyat Bagaimanapun realitinya kata mereka ia menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya Menteri pelancongan negeri Abdul...
Kenapa Rm3 Juta Mana Rm90 Juta

Kenapa Rm3 Juta Mana Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 324 hits
Via WhatsApp Dalam layman terms tugas pendakwa adalah membuktikan kes tersebut lebih dari keraguan munasabah Dan tugas peguambela pula ialah hendak membuktikan yang kes tersebut banyak keraguan Kes Najib sebagai contoh klasik PH menang May ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip