300 Sukarelawati Iffah Turun Padang Santuni Mangsa Banjir


Oleh Zuhayati Yazid

Jayakan program Kit Emosi di PPS, terapi kepada mangsa
BANGI – Terkesan dengan nasib mangsa bencana banjir, Kelab Serikandi IFFAH, sayap wanita muda bagi Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengambil langkah segera dengan menggerakkan pasukan sukarelawati.
Seramai 300 ahli yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 30 tahun turun padang menjayakan misi kemanusiaan dengan tujuan utama membantu meringankan beban mangsa di beberapa kawasan terlibat banjir di Klang, Hulu Langat dan negeri-negeri lain.

Ketua Wanita ISMA, Dr Suriani Sudi berkata, pihaknya menggerakkan sukarelawati selepas mendapat berita berkenaan banjir dan mengagihkan kumpulan di kawasan-kawasan tertentu.
“Untuk kali ini kira-kira 300 sukarelawati terlibat ke beberapa kawasan banjir teruk dengan misi  untuk membersihkan kawasan pasca banjir di beberapa kawasan yang terjejas teruk.
“Sukarelawati ke kawasan dilanda banjir untuk membantu penduduk yang terkesan termasuk di PPS bagi membantu melaksanakan tugasan mencuci dan membersihkan kawasan yang terjejas.
“Bukan itu sahaja mereka juga terlibat dengan kerja-kerja melibatkan pembungkusan keperluan seperti lampin pakai buang, tuala wanita, pakaian dalam untuk diagihkan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Dr Suriani menambah, perjalanan misi bantuan itu dijayakan menerusi tabung bantuan yang baharu dilancarkan serta sumbangan orang awam untuk membeli keperluan bagi diagihkan kepada mangsa terlibat.

“Fokus sukarelawati IFFAH adalah kerja-kerja sukarelawan dan jati diri, namun dalam situasi hari ini, kita banyakkan program seperti menyantuni mangsa-mangsa terjejas dengan melakukan kerja-kerja membersih bagi membantu meringankan beban termasuk memberi sokongan moral,” katanya.
Jelasnya lagi, sukarelawati juga turut terlibat menjayakan program Kit Emosi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada kanak-kanak dengan cara memberi layanan dan sokongan sebagai terapi kepada mangsa.

“Menerusi program Kit Emosi, sukarelawati kita cuba menyantuni mangsa-mangsa sambil bertanya khabar sebagai terapi kepada mangsa-mangsa, walaupun nampak ringkas namun melalui perbualan berkenaan ia dapat mengurangkan beban dan tekanan emosi yang ditanggung mangsa,” katanya.
Beliau dalam masa sama menggesa, IFFAH mempelawa seramai mungkin wanita untuk mendaftar sebagai Sukarelawati IFFAH di seluruh Malaysia.
Tenaga Sukarelawati yang mendaftar akan disusun dan dikoordinasi oleh cawangan IFFAH mengikut lokaliti masing-masing.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfN_AzaLsWlbTJ_lk2ZE_B5onLYNVQzoYJKst8c007rv8iGaQ/viewform?usp=sf_link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/300-sukarelawati-iffah-turun-padang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Abang Viva Viral Turun Padang Bawa Rm50 Bot Bantu Mangsa Banjir

Kisah Abang Viva Viral Turun Padang Bawa Rm50 Bot Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 527 hits
Jika disebut mengenai Azwan Omar mungkin ramai yang akan tertanya siapakah figura ini Namun jika dinyatakan sebagai Abang Viva Viral barangkali sudah ramai sedia mengetahui mengenai kisahnya yang tular di media sosial KISAH UNSUNG HERO ABAN...
Pasukan Bieu Argile Turun Padang Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Pasukan Bieu Argile Turun Padang Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 377 hits
PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR Assalammualaikum semua Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya Hati Ruby sayu dan sedih melihat bencana banjir yang berlaku di Selangor Melaka Pahang Negeri...
Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 555 hits
Meskipun bergelar Orang Kelainan Upaya ianya tidak menghalang Mohamad Shukor Jab untuk turut sama turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Meskipun mempunyai kekurangan fizikal dan terpaksa bertongkat kerana kehilangan seb...
Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 351 hits
Penyanyi bersama pasukan bantuan yang dikelolanya sudah masuk hari ketujuh turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor 1 year laluTak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru...
Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 323 hits
Umum mengetahui sejak berlakunya bencana banjir kilat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia beberapa hari lalu banyak pihak yang turun padang bagi membantu sebanyak yang mungkin buat mangsa mangsa yang terkesan Pelakon dan usahawan Ty...
Syukur Allah Swt Permudahkan Urusan Kami S4rat H4mil Ernie Zakri Turun Padang Bantu M4ngsa Banjir

Syukur Allah Swt Permudahkan Urusan Kami S4rat H4mil Ernie Zakri Turun Padang Bantu M4ngsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 598 hits
Walaupun kini sedang s4rat h4mil tujuh bulan tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri turun padang bagi sama sama membantu masyarakat yang ditimpa mus1bah banjir Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya Ernie atau nama lengk...
Seramai 1 119 Mangsa Banjir Daripada 300 Keluarga Dari Empat Daerah Telah Berpindah

Seramai 1 119 Mangsa Banjir Daripada 300 Keluarga Dari Empat Daerah Telah Berpindah

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 413 hits
KUANTAN Seramai 1 119 mangsa banjir daripada 300 buah keluarga dari empat daerah di negeri ini ditempatkan di 44 buah pusat pemindahan sementara di negeri ini setakat ini Menurut kenyataan Info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Rau...
Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 409 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir PETALING JAYA Lebih 7 000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat digerakkan ke ...
Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 493 hits
PETALING JAYA Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu tentera bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Sumber mendedahkan agensi itu yan...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi

Heidi Moru Kita Chord

Aprilian Feat Anggrek Acok Talompek Kato Chord

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Malaysian Death Row Diplomacy Lacklustre Compared To Philippines Panel