Pasukan Bieu Argile Turun Padang Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir


PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR | Assalammualaikum semua! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hati Ruby sayu dan sedih melihat bencana banjir yang berlaku di Selangor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan semu negeri di Malaysia yang terjejas

Apa yang mampu Ruby lakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah s.w.t dan memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang aktif di kawasan terlibat. Jika anda ingin membantu, banyak cara boleh kita bantu. Diantaranya menjadi Sukarelawan dengan niat utama ingin membantu. 
Ruby juga tertarik dengan usaha murni para usahawan di Malaysia. Mereka menyumpang produk-produk mereka dan menghulurkan bantuan. Terima kasih banyak-banyak. Di antara usahawan muda yang Ruby ingin kongsikan dengan anda semua adalah Encik Mohd Ammar Aiman Samsul yang memberi sumbangan produk pencuci keluaran syarikatnya sendiri iaitu Bieu Argile. 


PASUKAN BIEU ARGILE TURUN PADANG HULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR
Bersimpati dengan apa yang berlaku, syarikat pengeluar produk pencucian serba guna jenama Bieu Argile dari Eco Eschroll Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan kepada  mangsa banjir. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ammar Aiman Samsul berkata, 
“Kilang produksi produk Bieu Argile yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam, turut terkesan dengan bencana banjir. Namun, ia tidak menghalang usaha pasukan kami untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir

Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku. Kami berharap dengan sumbangan barangan yang masih selamat ini dapat membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda (Shah Alam), Kampung Sri Aman (Puchong) dan Hulu Langat

Semasa misi bantuan mangsa banjir, penduduk yang terbabit dalam bencana tersebut terpaksa mengggunakan banyak bahan pencuci bagi membersihkan kediaman mereka. Mencuci perabot, pakaian dan pinggan mangkuk yang masih boleh digunakan

Produk pencucian Bieu Argile diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu enzim air tanah liat dan tanpa bahan kimia. Ia selamat digunakan dan tidak menyakitkan tangan dan alam walaupun digunakan pada kuantiti yang banyak,” katanya. 

MENGHANTAR SUMBANGAN MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR MENGGUNAKAN DRON
Ammar bersama pasukannya juga menyumbangkan bantuan makanan di kawasan yang terjejas teruk seperti di Taman Sri Muda dengan menghantarkan  makanan menggunakan dron. 
“Enam dron membawa makanan ‘diterbangkan’  kerana orang ramai tidak boleh masuk ke sana dan kenderaan tidak boleh lalu kerana paras air tinggi.MKetika banjir kilat berlaku ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung selama dua hari tanpa makanan dan minuman,” katanya. 
Ammar menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik untuk terus membantu mangsa banjir ini sehingga pulih melayari kehidupan baru

“Sedikit yang kita sumbangkan memberi makna besar buat mereka. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir sambil berharap keadaan akan pulih seperti sedia kala,” katanya.
KENALI BIEU ARGILE
Produk penjagaan rumah Bieu Argile adalah produk tempatan yang dibangunkan secara dalaman melalui penyelidikan dan pasukan pembangunan dengan sokongan daripada SIRIM menggunakan Enzim Air Tanah Liat dicampur dengan bahan semulajadi dan mesra alam


Bieu Argile mengeluarkan produk pencucian serba guna yang mampu milik, selamat dan tidak memudaratkan persekitaran serta manusia tanpa mengorbankan keupayaannya untuk menghilangkan kotoran degil dan menghapuskan bakteria

Menggunakan ‘tagline’ Kualiti Kayangan Harga Mampu Milik, syarikat berkenaan dalam perancangan untuk mengeluarkan produk kosmetik, pencucian badan dan skrub badan. Matlamat syarikat adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia kepada alam sekitar dan selamat untuk pengguna

Kini, Bieu Argile turut membuka peluang kepada individu yang ingin menjadi pengedar rasmi produk. Produk ini dilancarkan pada November 2021 yang lalu dan boleh dibeli melalui Master Dealar sahaja. 
Produk Bieu Argile terbukti secara saintifik dalam penyelidikan dan pembangunan yang meluas dengan SIRIM Bhd mampu menanggalkan kotoran degil, membunuh bakteria berbahaya dan lembut kepada kulit sensitif dengan wangian buah-buahan yang beraroma. 
Ejen pembersih alternatif semulajadi, selamat dan mesra alam daripada menggunakan agen sintetik, khususnya industri Perdagangan Halal dan Logistik. Bieu Argile mencipta perkhidmatan yang menyediakan kemudahan dan produk dan perkhidmatan sanitasi khusus kepada umat Islam berdasarkan undang-undang Islam dan bukan Islam untuk memanfaatkan penggunaan produk dan perkhidmatan teknologi inovatif. 
Menyebarkan dan mempromosikan Kesihatan Persekitaran Hijau dan Kesihatan Ekosistem sejagat dengan menggunakan kaedah Islam membersihkan kekotoran, sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Bieu Argile

MENGENAI CLAY-RICH MINERAL
Bieu Argile kaya dengan mineral semula jadi dan ion dalam air tanah liat yang telah ditapai. Ia adalah produk unik yang mempunyai sifat antibakteria akibat pertukaran ion yang boleh mengganggu kebolehtelapan membran sel yang memberi peranan penting dalam kerosakan bakteria serta membunuh bakteria yang menjangkiti manusia dan haiwan. 
Detergen berasaskan mineral mempunyai antivirus, antimikrob dan antikulat juga, dan terbukti mempunyai pelbagai manfaat pembersihan super. Mineral yang kaya dengan tanah liat terbukti bebas daripada bakteria berbahaya

BIEU ARGILE | FACEBOOK | INSTAGRAM 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/12/pasukan-bieu-argile-turun-padang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Ia Benar Benar Buka Mata Saya Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 223 hits
Penyanyi bersama pasukan bantuan yang dikelolanya sudah masuk hari ketujuh turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor 1 year laluTak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru...
Kisah Abang Viva Viral Turun Padang Bawa Rm50 Bot Bantu Mangsa Banjir

Kisah Abang Viva Viral Turun Padang Bawa Rm50 Bot Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 359 hits
Jika disebut mengenai Azwan Omar mungkin ramai yang akan tertanya siapakah figura ini Namun jika dinyatakan sebagai Abang Viva Viral barangkali sudah ramai sedia mengetahui mengenai kisahnya yang tular di media sosial KISAH UNSUNG HERO ABAN...
300 Sukarelawati Iffah Turun Padang Santuni Mangsa Banjir

300 Sukarelawati Iffah Turun Padang Santuni Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh Zuhayati Yazid Jayakan program Kit Emosi di PPS terapi kepada mangsa BANGI Terkesan dengan nasib mangsa bencana banjir Kelab Serikandi IFFAH sayap wanita muda bagi Wanita Ikatan Muslimin Malaysia mengambil langkah segera dengan mengger...
Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 219 hits
Umum mengetahui sejak berlakunya bencana banjir kilat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia beberapa hari lalu banyak pihak yang turun padang bagi membantu sebanyak yang mungkin buat mangsa mangsa yang terkesan Pelakon dan usahawan Ty...
Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Meskipun Hilang Sebelah Kaki Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 295 hits
Meskipun bergelar Orang Kelainan Upaya ianya tidak menghalang Mohamad Shukor Jab untuk turut sama turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Meskipun mempunyai kekurangan fizikal dan terpaksa bertongkat kerana kehilangan seb...
Anwar Segera Turun Ke Padang Jawa Sri Muda Hulurkan Bantuan

Anwar Segera Turun Ke Padang Jawa Sri Muda Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 202 hits
Dato Seri Anwar ibrahim semalam di Sri Muda dan Padang Jawa yang terjejas teruk dilanda bah Kita semua mesti main peranan membantu mereka yang terkesan Sikap kebersamaan kasih sayang dan keprihatinan mesti ditonjolkan
Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 351 hits
Penyanyi penuh kontroversi Baby Shima baru baru ini mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir Namun begitu niat penyanyi itu disalah e...
Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

Muak Menunggu Tentera Turun Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 237 hits
PETALING JAYA Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu tentera bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Sumber mendedahkan agensi itu yan...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday