30 Top Malaysia Blogger 2021
30 Top Malaysia Blogger 2021 | Sejak saya mula menulis blog dengan serius pada tahun 2014, ramai blogger Malaysia yang saya kenal. Bermula dengan kenal dalam blog, kemudian kenal di Facebook dan ada yang saya sempat berjumpa secara face to face.
Bila berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang asalknya blogger biasa saja. Yang menulis sekadar untuk mengisi masa lapang dan nak simpan kenangan dalam blog. Sekarang dah ramai blogger malaysia terkenal dan hebat-hebat belaka.
30 Top Malaysia Blogger 2021Kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua, top blogger malaysia 2021 yang korang boleh tengok dan baca blog mereka. Mesti ada sesuatu yang korang akan suka.
1. Eyqa Hasnan www.eyqahasnan.com 11 tahun, bermula 2012 Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.
2. Siti Awadah www.sishawa.com4 tahun bermula 2017Blog lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. Founder Biters. Fokus jana income Adsense dengan blog guna skill SEO.
3. Ardini Humaira www.ilhamdini.com 13 tahun, bermula 2008 blog lifestyle, beauty, personal, tips, parenting, review, masakan, berhenti kerja untuk keluarga,
4. Mrs Pip www.mrspip.com 6 tahun, bermula 2015 Sabahan Mommy Blogger, menulis personal dan parenting blog, product review, KDrama, dan resepi ringkas
5. Azlinda www.azlindaalin.com 8 tahun, bermula 2012 Banyak kongsikan pengalaman travel, food, personal, beauty dan banyak lagi
6. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) www.biemohd.com 14 tahun, bermula 2006 Blog Inspirasi Ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier & bisnes tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga
7. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com 8 bulan - May 2020 Blog Wawa nampak baru saja dibuatkan. Tapi jangan pandang sebelah mata ya. Wawa dah lama jadi blogger. Dan blog ini adalah blog terbaru yang dibukanya. Macam-macam cerita korang boleh baca di sini.
8. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com 10 Tahun , Bermula June 2011 Blog Lifestyle, parenting mommy yang suka dan mahu bekerja dari rumah sambil membesarkan serta mendidik sendiri anak mengaji membaca. Suka berkongsi pengalaman dan review tentang sesuatu secara jujur dan ikhlas. Niat utama blogging adalah untuk bagi peluang dekat diri sendiri dan orang lain supaya sama² menambah ilmu walau dimana jua tak kira siapa dan usia.
9. Nurul Aleya (apakatamommy) www.apakatamommy.com 11 bulan - March 2020 Blog parenting, berkongsi pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer
10. Yaya Azura www.yayaazura.com 11 tahun bermula Jan 2010 Blog lifestyle, parenting dan personal. Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
11. Sii Nurul www.siinurul.com 6 tahun bermula 2015 Blogger sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips & panduan, dan pengalaman blogging.
12. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com 11 tahun, bermula 2010 Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri
13. Abang Rock www.abangrock.com 4 tahun, bermula Mei 2017 Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam
14. Marina Bashah www.marinabashah.com 2 tahun bermula Feb 2019 ibu kepada 3 orang anak dara. Ibu yang bekerjaya. mula berblog pada tahun 2010. Tapi on off on off. Blog lama pon dah delete. Bergiat aktif balik pada tahun 2019 dengan blog yang baru dan masih belajar mempraktikkan menulis blog dengan skill SEO. suka sharing tentang travel, hotel dan tempat makan. Suka juga sharing tentang parenting. kisah pembelajaran anak-anak
15. Messarah www.messarah.com 8 tahun blogging, mula 2013 Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd
16. Annur Syuhadah annursyuhadah.com 9 tahun, bermula 2012 Perkongsian pengalaman, tips dan trik hidup sebagai pasangan suami isteri jarak jauh, dan membesarkan 3 orang anak sendirian sejak dari mula. Perkongsian paling hangat sambutannya adalah mengenai sejarah membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan dan perancangan keluarga.
17. Zati Salim www.zatisalim.com 10 tahun, bermula Dec 2011 blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa,tips,resepi,tutorial blog.
18. Hawa Hassan www.hawahassan.com 3 tahun, bermula 2018 Blog lifestyle. Perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah.
19. Farhana Jafri https://www.farhanajafri.com/ 12 tahun bermula 2009 Blog Entertainment. Part-time blogger berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review especially Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. Update niche lain juga seperti lifestyle, fashion, tips & tutorial dan personal.
20. Zaza Azman www.zazaazman8.com 1 tahun, bermula Jan 2020 Blog Lifestyle, Food, Beauty and Parenting. Lebih selesa dengan Bahasa Inggeris utk berblog. Suka review makanan, tempat2 best, barang2 kecantikan. Full Time housewife / part time blogger.
21. Zayn Hakeem www.dakwatpena.com Jun 2020 Blog khusus tentang peosidur perundangan syariah di Malaysia
22. Azhafizah www.azhafizah.com 12 tahun, Nov 2009 Perkongsian tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama & movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi.
23. Aida Hanafiah https://www.adianiez.com/ 11 tahun 9 bulan Perkongsian tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.
24. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com 11 tahun bermula 2010 Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
25. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com 14 tahun, since 2007 Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
26. Sharina (opzzpinky) www,opzzpinky.com 11 tahun sept2010 ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips
27. Bella Jamal www.bellajamal.com 5 tahun, start April 2016 I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.
28. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com 13 tahun bermula 2008 Mom with two princesses... Who love to travel with my lil family.. Either in Malaysia or outside from Malaysia
29. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com 15 tahun A personal lifestyle blog sharing travelogue posts, favorite recipes, books, some tips, reviews, and some advertorial post for products that i love.
30. Yusuf Ahmad www.usopahmad.com 1 tahun bermula penghujung tahun 2019 Full time blogger yang gemar berkongsi mengenai resepi, pelancongan dan juga mengenai bidang penulisan.
Itu dia 30 orang top blogger Malaysia yang saya sempat senaraikan. Yang tak tersenarai, jangan berkecil hati ya. Ada saja blog lain yang saya baca cuma terlalu banyak pula kalau nak disenaraikan semuanya.
Bagi saya, setiap blog mesti ada keunikan masing-masing. Ada yang jadi blog paling banyak dikunjungi sebab banyak info dan tips yang berguna untuk pembaca.
Blog mana yang korang selalu baca?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2021/03/30-top-malaysia-blogger-2021.html