30 Tahun Pas Jaga Kelantan Air Tetap Berkarat Ahmad Zahid



PARTI dalam kerajaan perpaduan perlu menawarkan untuk membawa perubahan besar ke atas pembangunan asas seperti bekalan air di Kelantan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau pada masa sama menyelar kerajaan pimpinan PAS yang masih gagal membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
“Banyak agenda pembangunan asas, terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar. Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam.
“Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih. Soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba,” katanya.
Tambah beliau lagi pemimpin PAS tidak mampu memperbaiki mutu bekalan air bersih tersebut walaupun sudah mentadbir Kelantan selama tiga dekad.
“Apakah mereka tidak diberi peluang? Tiga puluh tiga tahun menjadi pemerintah di negeri dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal dijernihkan.
“Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka,” kata Ahmad Zahid.
Beliau sehubungan itu menyeru pengundi dari negeri tersebut memberikan peluang kepada kerajaan perpaduan bagi membolehkan kebajikan mereka terus terjaga.
“Oleh yang demikian, sudah tiba masanya anak-anak Kelantan, Kedah dan Terengganu di perantauan, fikirkanlah nasib ibu ayah yang tinggal di negeri-negeri berkenaan.
“Janganlah dek kerana satu undi yang kita berikan, kita akan terus membiarkan ibu ayah kita, berhadapan dengan kesulitan hidup berterusan.
“Inilah masanya untuk mereka bersama-sama dengan kerajaan Malaysia,” kata Ahmad Zahid lagi dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 hari ini.
Katanya, selain Kelantan, Umno perlu memastikan negeri majoriti Melayu seperti Kedah, dan Terengganu dapat dirampas kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Presiden Umno itu berkata, negeri yang kini ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak wajar dibiarkan terpisah daripada pentadbiran kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
“Umno memikul amanah yang amat besar kerana berhadapan dengan negeri-negeri yang dikategorikan sebagai jalur Melayu atau ‘the Malay belt’ iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa umat Melayu dan rakyat di negeri-negeri berkenaan, menjadi sebahagian daripada kerajaan Madani yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.
“Kita tidak mahu negeri-negeri berkenaan diheret ke kancah fahaman politik yang memisahkan rakyatnya, daripada hakikat laman politik tanah air,” kata Ahmad Zahid - TMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/30-tahun-pas-jaga-kelantan-air-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Pas Leaders Hearts As Murky As Kelantan Water

Zahid Pas Leaders Hearts As Murky As Kelantan Water

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 160 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has drawn a parable between the murky water issue plaguing Kelantan and PAS leaders administering the state Basic development agenda especially in Kedah and Kelantan is in desperate need of change The clean...
Budak 7 Tahun Lemas Mandi Di Kolam Taman Tema Air

Budak 7 Tahun Lemas Mandi Di Kolam Taman Tema Air

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 225 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myBanting Seorang kanak kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas ketika mandi bersama kakaknya di kolam sebuah taman tema air dekat sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mo...
Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 198 hits
Lim Kit Siang said that Abdul Hadi had failed to substantiate his seven wild and preposterous allegations against DAP and him for as long as six months File picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR May 26 Lim Kit Siang today said that Parti Pri...
Rentasan 1385 Gempar Ini Amaran Umno Kelantan Terhadap Pas

Rentasan 1385 Gempar Ini Amaran Umno Kelantan Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 152 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1385 1 UMNO AKAN JADI HUBBUL WATTAN YANG SEDERHANA 2 ANTARA PERKAUMAN DAN BALAS DENDAM 3 BUKU BERTEMU RUAS SIAPA MENJILAT SIAPA YANG AKAN KENA NGAP
Air Kelantan Splashes Cold Water On Integrity

Air Kelantan Splashes Cold Water On Integrity

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 233 hits
The state water authorities confirmed the Aidilfitri bonus payment but not before getting its legal officer to make a damning report against the whistleblower BRITISH rock band Coldplay s first concert in Malaysia attracted comments from so...
Caj Minima Air Kelantan Rm19 50 Walaupun Tiada Air

Caj Minima Air Kelantan Rm19 50 Walaupun Tiada Air

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 253 hits
Dalam kita mengejar pentadbiran cara islamic perbankan cara islamic kehidupan cara islamic dan pelbagai lagi berlandaskan islamic Sepatutnya ia tidak membebankan dan patut menjadi contoh Sudah berpuluh tahun isu air kelantan dan berpuluh ta...
Warfare To Sports Kelantan Pas Analogies For Counter Attack

Warfare To Sports Kelantan Pas Analogies For Counter Attack

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 172 hits
Kelantan PAS offered a slew of analogies in reference to its plan to launch a counter offensive against its political rivals who have been bombarding the state government with criticisms Its deputy commissioner Mohd Amar Nik Abdullah first ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza