30 Sungai Enam Negeri Catat Paras Waspada Hingga Bahaya Malam Ini
Tiga puluh sungai di enam negeri mencatat bacaan paras air melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya, menurut data publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini sehingga jam 8.45 malam ini (25 Oktober 2022).
Sebanyak 13 daripada sungai itu melibatkan Sarawak; diikuti Johor (10); masing-masing dua di Melaka serta Negeri Sembilan; dan masing-masing satu di Selangor, Kedah dan Pahang.
Hanya satu sahaja sungai mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Batang Rajang yang diukur di stesen Jabatan Laut, Sibu, Sarawak. Paras air dicatat ialah melebihi 3.09 meter (m) berbanding 1.30m paras normal.
Peningkatan paras air sungai terbabit dikatakan akibat hujan lebat dan ribut petir yang berlaku beberapa jam hari ini, seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Berikut adalah catatan data paras air bagi sungai dan negeri-negeri sehingga jam 8.45 malam ini:
Sarawak (13 sungai)
Tahap Amaran:
Sungai Salim B, Sibu (3.01m/2.00m);
Sungai Bidut, Sibu (3.00m/1.80m);
Sungai Batang Baram, Long Teru, Miri (7.31m/3.00m); dan
Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.25m/0.00m).
Tahap Waspada:
Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit (9.59m/5.37m);
Sungai Batang Rajang di Kapit New Headworks (12.17m/6.25m);
Sungai Batang Rajang di Durin Bazaar, Sibu (3.95m/2.50m);
Sungai Batang Oya di Stapang B, Sibu (12.27m/10.00m);
Sungai Similajau, Bintulu (8.16m/4.00m);
Sungai Batang Suai di Kuala Tutong, Miri (4.20m/1.20m);
Sungai Miri di Batu Niah Bazaar, Miri (2.71m/0.86m); dan
Sungai Batang Baram di Long Jegan, Miri (11.14m/4.50m).
Johor (10 sungai)
Tahap Amaran:
Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.86m/18.00m);
Sungai Muar di Tangkak (0.90m/0.10m);
Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.52m/2.00m);
Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (3.10m/2.20m); dan
Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru (0.71m/-0.30m).
Tahap Waspada:
Sungai Sarang Buaya di Kampung Parit Tengah, Muar (2.36m/0.50m);
Sungai Mati di Pulau Penarik, Tangkak (1.38m/0.50m);
Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.25m/14.50m);
Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian (4.85m/3.50m); dan
Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (2.50m/1.00m).
Melaka (2 sungai)
Tahap Amaran:
Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.40m/2.20m); dan
Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (1.81m/1.30m).
Negeri Sembilan (2 sungai)
Tahap Waspada:
Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol (31.82m/28.00m); dan
Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin (37.92m/36.50m).
Selangor (satu sungai)
Tahap Amaran:
Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam (2.01m/1.00m).
Kedah (satu sungai)
Tahap Waspada
Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap (25.39m/23.00m).
Pahang (satu sungai)
Tahap Waspada
Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran (29.36m/27.40m).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/10/30-sungai-enam-negeri-catat-paras.html