30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan Maiwp


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP kepada golongan asnaf di seluruh wilayah persekutuan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan slogannya ‘Memacu Kegemilangan Ummah’ sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menaik taraf hidup golongan umat Islam khususnya golongan asnaf melalui bantuan-bantuan zakat yang disalurkan. Di samping itu, MAIWP juga mempunyai visi sebagai peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah, dan disertai dengan misi untuk merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh.
Dengan adanya visi dan misi yang jelas ini, pihak MAIWP bertanggungjawab dalam menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan fakir miskin umat Islam. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), MAIWP sentiasa bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyelarasan bantuan agar golongan ini dapat disantuni daripada pelbagai aspek.
Setakat ini, pihak MAIWP mengesahkan sebanyak 21,556 buah keluarga golongan fakir dan miskin di Kuala Lumpur yang menerima Bantuan Kewangan Bulanan mereka. Skim Bantuan Kewangan Bulanan ini termasuk di bawah bantuan Pembangunan Asnaf. Selain itu terdapat juga beberapa jenis bantuan lain.
30 Skim Bantuan Zakat MAIWP Pihak MAIWP mempunyai kategori tertentu bagi setiap jenis bantuan zakat yang ditawarkan mengikut keperluan utama bagi setiap golongan masyarakat, antaranya ialah:
Pembangunan Asnaf Bantuan Kewangan Bulanan Bantuan Aidilfitri Bantuan Takaful Asnaf Bantuan Perubatan Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin) Bantuan Perkahwinan Bantuan Ibnu Sabil Bantuan Kecemasan Bantuan Guaman Syarie Bantuan Musibah Tempat Tinggal Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan Bantuan Membina/Membaiki Rumah Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah Pendidikan Bantuan Am Persekolahan Bantuan Am Pelajaran IPT Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara Bantuan Persediaan IPT Bantuan Tuisyen Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS) Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran Berdikari Bantuan Perniagaan Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah Bantuan Pertanian Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya Pembangunan Ummah Bantuan Kepada Agensi-agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan Bantuan Ar-Riqab Secara keseluruhannya, terdapat sejumlah 30 Skim Bantuan Zakat yang ditawarkan oleh MAIWP mengikut beberapa kategori tertentu seperti pembangunan asnaf, tempat tinggal, pendidikan, berdikari, dan juga pembangunan ummah.
Syarat Umum Bantuan Zakat MAIWP Berikut merupakan beberapa syarat umum yang perlu diambil tahu sebelum menghantar sebarang permohonan bantuan, iaitu:
Beragama Islam Warganegara Malaysia Bermastautun di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun, dan masih menetap di Wilayah Persekutuan. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah Terdapat syarat khusus yang berbeza-beza bagi setiap jenis bantuan bergantung kepada jenis skim bantuan yang dipohon. Apa itu Pengiraan Had al-Kifayah? Berdasarkan takrifan yang diberikan dalam laman rasmi MAIWP, Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan), manakala dari sudut syarak pula ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.
Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.
Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas, iaitu
Perlindungan: Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan. Makanan: Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah. Pakaian: Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan. Perubatan: Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan. Pendidikan: Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan. Pengangkutan: Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan. Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
Dapatkan “Borang Bantuan Zakat MAIWP” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang permohonan Bantuan Umum MAIWP yang diguna pakai untuk kesemua jenis 30 Skim Bantuan Zakat tersebut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke mana-mana cawangan Pejabat Baitulmal MAIWP. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk senarai semak bagi mengetahui dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali bersama borang permohonan. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 
Borang Bantuan Umum MAIWP
Senarai Semak bagi setiap jenis bantuan MAIWP adalah berbeza-beza mengikut jenis skim yang dipohon:
Senarai Semak Bantuan Kewangan Bulanan Senarai Semak Bantuan Menyelesaikan Hutang Senarai Semak Bantuan Dialisis/Peralatan Kesihatan/Perubatan Am Senarai Semak Bantuan Guaman Syarie Senarai Semak Bantuan Perkahwinan Senarai Semak Bantuan Segera/Kecemasan Senarai Semak Bantuan Musibah Senarai Semak Bantuan Tambang Dalam/Luar Negara Senarai Semak Bantuan Deposit/Sewa Rumah Bulanan Senarai Semak Bantuan Membaiki/Membina Rumah Senarai Semak Bantuan Perniagaan/Pertanian Senarai Semak Bantuan Deposit Motosikal OKU Senarai Semak Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi Senarai Semak Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah Senarai Semak Bantuan Am Persekolahan Senarai Semak Bantuan Persediaan Sekolah Senarai Semak Bantuan Tuisyen Senarai Semak Bantuan Am Pelajaran IPT Senarai Semak Bantuan Persediaan IPT Senarai Semak Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran Senarai Semak Bantuan Biasiswa Baitulmal (Insentif Khas Pelajar Cemerlang) Jumlah Bantuan Untuk makluman semua, jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada setiap pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon. Semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula. Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
Maklumat Lanjut Anda boleh dapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan bantuan zakat di MAIWP menerusi:
Laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Hubungi Talian: 03- 4047 9444 / 03- 4044 9444 Diharapkan perkongsian 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP ini dapat memberi maklumat dan hebahan kepada semua masyarakat yang berkelayakan untuk membuat permohonan. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan kenalan ramai yang layak memohon.
Selain itu, anda juga mungkin tertarik dengan perkongsian Permohonan Pengambilan Tingkatan Enam STAM (KISAS) 2021 ataupun Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021.
30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/30-skim-bantuan-zakat-ditawarkan-maiwp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 367 hits
Rakyat Negeri Kelantan yang terdiri daripada golongan asnaf layak menerima zakat boleh membuat permohonan Skim Bantuan Bulanan sebanyak RM200 hingga RM400 yang akan dibayar setiap bulan Pastikan anda membuat semakan kelayakan serta syarat k...
Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 429 hits
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru Jadi disini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa pinjaman zakat dan sebagainya untuk tahun 2021 Bantuan ini pastinya ...
Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 Cara Mohon Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Jordan Dan Indonesia

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 Cara Mohon Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Jordan Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 362 hits
BANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH 2021 CARA MOHON BANTUAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR JORDAN DAN INDONESIA APA ITU BANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepad...
Bantuan Dermasiswa Pengajian 2021 Zakat Pulau Pinang

Bantuan Dermasiswa Pengajian 2021 Zakat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 656 hits
BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG Untuk makluman Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP Bagi Tahun 2021 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan APA ITU BANTUAN DERMASISWA PENGAJ...
Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya Cara Mohon Borang Permohonan

Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya Cara Mohon Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 572 hits
SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA CARA MOHON BORANG PERMOHONAN Tujuan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan atau mata benda kepada pekebun kecil wargakerja RISDA SMR atau keluarga terdekat yan...
Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 334 hits
BMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi KUALA LUMPUR Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpul...
Siti Noor Madzariah Penerima Bantuan Baitulmal Hanya Dap Manipulasi Isu

Siti Noor Madzariah Penerima Bantuan Baitulmal Hanya Dap Manipulasi Isu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Siti Noor Madzariah yang menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok baru baru ini merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP sejak tahun 2016 Beliau menerima Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM300 sehingg...
Puluhan Paguron Silat Di Garut Berharap Bantuan Dari Dana Desa

Puluhan Paguron Silat Di Garut Berharap Bantuan Dari Dana Desa

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 217 hits
Ketua IPSI Kabupaten Garut Agus Mulyana menyebut bahwa sejumlah paguron pencak silat yang tersebar di 42 kecamatan di Kabupaten Garut selama ini kurang diperhatikan oleh pemerintah
Ojk Dan Industri Jasa Keuangan Serahkan Bantuan Penanganan Covid 19 Dan Bencana Alam

Ojk Dan Industri Jasa Keuangan Serahkan Bantuan Penanganan Covid 19 Dan Bencana Alam

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 167 hits
Hingga 1 Maret 2021 telah terkumpul dana sebesar Rp 4 29 miliar yang dihimpun dari Anggota Dewan Komisioner OJK 169 Industri Jasa Keuangan serta asosiasi di sektor jasa keuangan dan juga bantuan dari Pegawai OJK
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash