3 Tip Solekan Ysl Beauty Anda Patut Cuba Kala Pkp
Wanita dan kecantikan sememangnya dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Malah, ramai yang berani mempelbagaikan teknik solekan agar wajah kelihatan lebih cantik dan menyerlah.
Antaranya ialah jenama kecantikan YSL Beauty, yang mana ia telah mengeluarkan siri tutorial paling mudah untuk anda cuba sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP).
Dengan cara solekan yang dihasilkan oleh jurusolek artis Belanda, Celine Bernaerts, anda masih kekal menawan biarpun tidak mengenakan solekan yang mampan pada wajah.
Berikut adalah tiga tip solekan YSL Beauty yang anda patut cuba sepanjang tempoh #PKP.
PERSEDIAAN UNTUK KULIT YANG SEMPURNA
Cara-caranya:
Bersihkan wajah sebelum mengenakan solekan. Ini adalah untuk membuang kotoran dan minyak pada wajah.
Oles losen Pure Shots Hydra Bounce pada wajah. Ia mempunyai tekstur ringan dan diperkaya dengan campuran Vitamin E serta B3. Malah, berfungsi untuk menghidratkan kulit agar kekal segar.
Kemudian gunakan Pure Shots Y Shape Serum, dengan menepuk perlahan pada wajah. Serum ini berfungsi untuk mengembalikan keanjalan kulit anda.
Sapukan krim muka Pure Shot Perfect Plumper. Ia adalah kunci kelembapan kulit anda. Kulit yang kekal lembap dikatakan mampu menaikkan lagi seri solekan anda nanti.
Kemudian, sapukan bedak asas cecair All Hours Foundation. Jika anda mahu hasilkannya dengan lebih kemas, gunakan kedua-dua jari anda. Tetapi, jika anda inginkan litupan sederhana, anda boleh menggunakan berus solekan.
Jika anda ingin menutupi cela atau bintik hitam pada wajah, anda boleh lebihkan sedikit penggunaan cecair bedak asas itu tadi dengan menggunakan berus.
Lengkapkan riasan wajah anda dengan sapuan Top Secrets Instant Moisture Glow untuk kemasan sempurna dan menaikkan lagi seri wajah anda.
BAGAIMANA UNTUK KELIHATAN MENYERLAH
Cara-caranya:
Sapukan Touche Eclat Le Teint dengan nipis pada keseluruhan wajah.
Untuk kemasan sederhana, oleskannya dengan menggunakan kedua-dua jari. Jika ingin litupan yang penuh, oleskannya dengan berus solekan.
Sapukan Radiant Touch/ Touche Eclat pada bahagian yang anda ingin tonjolkan agar lebih berdimensi. Kemudian, ratakannya dengan menggunakan jari.
Untuk langkah kontur wajah, anda boleh cuba tip ini. Pastinya ramai yang keliru mahu bermula dari mana, bukan? Letakkan hujung ibu jari sama aras dengan cuping telinga (membentuk seakan V). Dan inilah titik sapuan kontur yang tepat.
5. Sapukan juga Touche Eclat High Cover Radiant Concealer pada bahagian pipi, bawah dagu dan hidung agar kelihatan lebih berdimensi dan terbentuk. Kemudian, ratakannya dengan berus. Perlu diingatkan, ratakannya dengan lebih berhati-hati agar tidak bercapuk.
MENGHASILKAN EYELINER BERSAYAP DENGAN SEMPURNA
Cara-caranya:
Buat penanda di bahagian tengah mata anda. Mulakan lakaran daripada hujung ekor mata, leret kemas sehingga titik tengah dan lengkapkan garisan. Kemudian, daripada hujung ekor mata, tarik perlahan-lahan membentuk sayap.
Cuba penggaris mata jenis cecair Couture Liqiud Eyeliner. Ia mampu menghasilkan lakaran anda dengan kemas dan tepat. Malah, lebih mudah untuk anda lakarkan sayap pada ekor mata.
Lengkapkan riasan mata dengan melayang Mascara Volume untuk serlahan mata yang lebih bundar, galak dan memukau.
Sumber Gambar: YSL Beauty
Baca juga: Rias Wajah Sempurna Kala Lebaran
The post 3 Tip Solekan YSL Beauty Anda Patut Cuba Kala #PKP appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/3-tip-solekan-ysl-beauty-yang-anda-patut-cuba-kala-pkp/