3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Ibubapa Wajib Tahu
3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur). Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup
3 Tanda Anak Lelaki Baligh
Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki. 3 Tanda Baligh Bagi Anak LelakiKenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita sudah baligh ia wajib solat. Kalau tak solat berdosa. Sebagai ibubapa jika tidak mendidik anak-anak maka ia menanggung dosa. Oleh itu mari kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki
1. Mimpi Basah
- mengenai mimpi basah ini saya rasa tidak perlu diterangkan lagi ini kerana semua ibubapa sudah tahu mengenainya. Ia berlaku pada waktu malam dan ini adalah tanda baligh utama bagi lelaki
2. Perubahan Pada Bentuk Badan
Antara perubahan yang akan berlaku adalah seperti bentuk badan dewasa seperti bahagian dada lebih sasa, perubahan suara, tumbuh jerawat, bau badan, pembesaran pada bahagian sulit dan lain-lain lagi
3. Umur 15 Tahun
- Sekiranya tidak ada tanda-tanda diatas, apabila sampai pada umur 15 tahun maka secara automatik dianggap baligh.
4. Mengeluarkan dengan sengaja (onani)
- Maaf cakap, cabaran hari ini dengan kemajuan teknologi tanpa had membuatkan pornografi mudah di akses tanpa had dan telah sedikit mengusai remaja hari ini sehingga ada yang mengeluarkan air mani dengan sengaja. Dengan cara ini juga sebenarnya anak lelaki sudah dikira BALIGH.
BACA MENGENAI 5 TANDA AKIL BALIGH BAGI ANAK PEREMPUAN
Maaf sekali lagi walaupun saya cuma sebut 3 tanda diatas tetapi dengan situasi masalah hari ini telah menjadi ianya antara tanda baligh bagi anak lelaki dan ibubapa wajib tahu. Ini kerana ianya melibatkan soal wajib solat
Semoga artikel ini membantu kita semua dalam memahami masalah kehidupan hari ini. Sebarang kekurangan, kesilapan harap dimaafkan ianya tidak lain sekadar berkongsi ilmu mudah-mudahan memberikan manfaat kepada kita semua
Didiklah anak kita dengan cara hidup Islam mudah-mudahan kita mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Jumpa lagi dalam artikel akan datang 5 Tanda Baligh Bagi Anak Perempuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.arzmoha.com/2020/01/3-tanda-akil-baligh-bagi-anak-lelaki.html