3 Resipi Aiskrim Malaysia Yang Tetap Diminati Sampai Bila Bila
Aiskrim Malaysia adalah aiskrim yang dibuat dengan cara mengisi bancuhan aiskrim dalam bekas plastik dan kemudian bekas plastik itu diikat kemas. Selepas itu, bungkusan tersebut dibekukan. Pelbagai perisa aiskrim Malaysia dibuat termasuklah resipi yang moden misalnya choki-choki dan caramel macchiatto.
Kali ini RASA ingin berikan resipi aiskrim Malaysia yang tetap diminati sampai bila-bila. Misalnya aiskrim asam boi. Aiskrim itu memang tetap disukai ramai.
Rasa berikan resipi aiskrim asam boi, jagung creamy dan coklat milky yang dikongsikan oleh Eishya Aqashah. Aiskrim ini dilihat tetap digemari walau terdapat banyak perisa baharu dicipta. Jom kita lihat resipinya.
AISKRIM COKLAT MILKY
BAHAN-BAHAN
2 tin susu cair
2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
6 sudu besar tepung jagung
5 liter air
Coklat spread
Plastik aiskrim secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
2. Hidupkan api dan tunggu sehingga bancuhan mendidih.
3. Selepas mendidih, bancuh tepung jagung bersama air sejuk. Masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan sehingga bancuhan mendidih sekali lagi.
4. Kacau bancuhan perlahan-lahan.
5. Tutup api. Biarkan sejuk.
6. Sementara itu, masukkan coklat spread ke dalam plastik aiskrim.
7. Setelah bancuhan sejuk, tapiskan dahulu. Selepas ditapis, barulah isikan ke dalam plastik aiskrim yang telah dimasukkan coklat spread tadi.
8. Ikat kemas. Bekukan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
AISKRIM JAGUNG CREAMY
BAHAN-BAHAN
2 tin susu cair
2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
6 sudu besar tepung jagung
5 liter air
Perisa jagung
Jagung creamy
Plastik aiskrim secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
2. Hidupkan api dan tunggu sehingga bancuhan mendidih.
3. Selepas mendidih, bancuh tepung jagung bersama air sejuk. Masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan sehingga bancuhan mendidih sekali lagi.
4. Masukkan perisa jagung dan biarkan mendidih sekali lagi. Kacau bancuhan.
5. Tutup api. Biarkan sejuk.
6. Sementara itu, masukkan jagung creamy ke dalam plastik aiskrim.
7. Setelah bancuhan sejuk, tapiskan dahulu. Selepas ditapis, barulah isikan ke dalam plastik aiskrim yang telah dimasukkan jagung creamy tadi.
8. Ikat kemas. Bekukan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
AISKRIM ASAM BOI
BAHAN-BAHAN
6 liter air
800 gram gula
1 sudu kecil garam
5 sudu besar tepung jagung
Asam boi merah secukupnya
Perisa asam masin
CARA MEMBUAT
1. Masukkan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan gula dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidih, bancuh tepung jagung bersama air sejuk. Masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan sehingga bancuhan mendidih sekali lagi.
4. Masukkan perisa asam masin dan biarkan mendidih sekali lagi. Kacau bancuhan.
5. Tutup api. Biarkan sejuk.
6. Sementara itu, masukkan asam boi ke dalam plastik aiskrim.
7. Setelah bancuhan sejuk, tapiskan dahulu. Selepas ditapis, barulah isikan ke dalam plastik aiskrim yang telah dimasukkan asam boi tadi.
8. Ikat kemas. Bekukan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Eishya Aqashah
The post 3 Resipi Aiskrim Malaysia Yang Tetap Diminati Sampai Bila-Bila appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/3-resipi-aiskrim-malaysia-yang-tetap.html