Koleksi Resepi Telur Paling Diminati Ramai


Resepi telur adalah antara hidangan yang mudah disediakan dengan cepat, resepi telur juga merupakan hidangan pantas dan cara masaknya yang mudah membuat menjadi pilihan popular dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan single! Bukan itu sahaja, harga telur yang berpatutan dan kemampuannya untuk dimasak dalam pelbagai gaya sama ada sebagai hidangan utama atau sebagai tambahan dalam masakan.
Kali ini admin akan kongsikan pelbagai resipi telur yang boleh anda lakukan di rumah! Admin yakin masakan resepi telur ringkas ini sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk kerana resipi telur sememangnya menjadi pilihan yang tidak hanya lazat tetapi juga mudah dan sedap untuk menikmati pada bila-bila masa.
Kreativiti Dengan Pelbagai Hidangan Telur : Ikuti Resepi Telur ini, Cipta Kelazatan Bersama! Apakah itu telur ayam Telur ayam adalah telur yang dihasilkan oleh burung ayam betina, telur ayam merupakan salah satu jenis telur yang paling umum dan luas dikonsumsi di seluruh dunia, telur ayam biasanya digunakan dalam masakan dan dimakan sebagai sumber protein yang baik, ia mempunyai cangkang keras dan terdiri daripada putih telur yang cair serta kuning telur yang kaya dengan nutrien seperti protein, lemak,vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.
Senarai Resepi Telur yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah Sendiri Sila ikuti artikel ini admin berkongsi berbagai jenis resepi telur kepada anda untuk menambah pelbagai pilihan hidangan yang sedap dan mudah disediakan! Antaranya ialah:
1) Resepi Sambal Tumis Rebus Goreng Pekat Dan Likat Kredit : Kotaqwa – Koperasi Masjid Taman Bertam Indah
Bahan-bahan: Bahan-bahan kisah halus:
4 ulas bawang putih 4-6 biji bawang merah kecil ½ biji bawang besar Bahan-bahan lain:
1 mangkuk minyak masak ½ biji bawang besar 7 biji telur (saiz B) 15-20 biji cili kering 2 sb sos tiram 2 sb sos cili Sedikit air asam jawa 1 sb gula melaka Garam secukup rasa ½ sb serbuk seasoning 1 biji bawang merah Sedikit air, untuk berkuah 1 sb cuka Cara penyediaan: Sambal tumis telur rebus: Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar. Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar). Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus. Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan). Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka. Kacau sampai pecah minyak. Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus. Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut. Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih. 2) Resepi Masak Kicap Simple Kredit : Yusrie Yusoff
Bahan-bahan: 4 – 5 biji telur – goreng mata kerbau 2 biji bawang besar (di hiris) 2 tangkai cili merah (di hiris) 2 ulas bawang putih (diketuk) kicap manis sedikit garam Cara penyediaan: Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi. Campurkan 3 sudu besar kicap manis dan garam Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar Siap dan sedia untuk dimakan 3. Resepi Telur Rebus Goreng Masak Merah Kredit : Inspirasi Resepi
Bahan-bahan: 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng) 1 cawan santan pekat / susu cair 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar) 2 biji bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 sm halia (dikisar) 1 sm lengkuas (dkisar) – optional 1 senduk cili giling (-/+) 1 sudu besar puri tomato / sos tomato sedikit sos cili sedikit kicap sedikit sos tiram garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan: Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api. Masukkan telur dan gaulkan. Bolehlah dihidangkan bersama nasi 4. Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi Kredit : SuiSan AliezSha
Bahan-bahan: 1 biji kelapa parut 5 batang cili api (ditumbuk) ½ Kunyit hidup (ditumbuk) 1 batang serai (diketuk) Telur (Boleh mana-mana gred telur) Kundang muda dan peria Asam keping 1 Cara penyediaan: Perah kelapa dan masukkan santan ke dalam kuali. Masukkan cili yang ditumbuk. Masukkan serai. Masak sehingga kuah pekat dan permukaan santan kelihatan licin, pastikan sentiasa dikacau untuk elak santan berketul. Kemudian masukkan asam keping, kundang dan peria dalam beberapa minit. Perlahankan api. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Agak-agak telur putih sudah kelihatan warnanya naik, besarkan api dapur dalam sederhana. Kacau jangan terlalu kuat dan tidak perlu terbalikkan telur. Biarkan beberapa minit lalu padamkan api. Untuk masak telur itik tidak perlu lama nanti keras putihnya tidak sedap, biar lembut dan kuningnya separa cair baru sedap, selamat mencuba semua. 5. Resepi Telur Dadar Rangup Ala Thai Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Bahan-bahan: Telur 2 biji Tepung jagung (1 sudu teh penuh) Daun sup dan daun bawang hiris Bawang merah dadu Bawang putih (di hiris) Cili merah (dihiris, nak letak cili padi pun boleh) Serbuk perasa ayam Garam Cara penyediaan: Campur semua bahan diatas dan kacau sampai berbuih. Cara goreng : Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga kuali berasap. Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing. Kalau 2 biji telur sebaiknya goreng 2 kali supaya lagi rangup. Soalan FAQs Berkenaan Resepi Telur Bagaimana cara memisahkan kuning telur dari putih telur dengan mudah? Gunakan dua cawan bersih, pecahkan telur di atas satu cawan dan biarkan putihnya mengalir ke dalam cawan yang lain sementara kuning telur tetap di dalam cawan pertama.
Apakah cara terbaik untuk membuat telur rebus yang tidak pecah kulitnya? Sebaiknya letakkan telur dalam periuk dengan air yang sudah mendidih dan masak selama waktu yang tepat: 7-8 minit untuk telur rebus separuh masak dan kira-kira 10 -12 minit untuk telur rebus penuh.
Apakah cara terbaik untuk menyediakan telur bagi pemakanan kanak-kanak? Telur yang dimasak dengan baik dan dengan cara yang selamat seperti telur rebus atau telur dadar yang dibuat dengan sedikit minyak boleh menjadi pilihan yang baik bagi kanak-kanak.
Bolehkah telur digunakan selepas tarikh luput? Penting untuk memeriksa keadaan telur sebelum digunakan selepas tarikh luput, jika telur masih dalam keadaan baik dan tidak berbau ia masih boleh dimasak.
Berapa lama telur boleh disimpan dalam peti sejuk? Biasanya, telur boleh disimpan dalam peti sejuk selama kira-kira 3 hingga 5 minggu dari tarikh pengeluaran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/01/resepi-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Tumis Telur Rebus

Resepi Tumis Telur Rebus

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 225 hits
Resepi Tumis Telur Rebus Assalamualaikum Hai korang semua rasa dah lama Cik Ash tak kongsi koleksi masakan dapurcikash dekat blog ni Hari ini ad kerajinan dan kebetulan pulak cuba resepi baru yang jumpa kat instagram tu Alhamdulilah percuba...
Nasi Goreng Malaysia Di Undi 50 Makanan Paling Teruk Di Dunia

Nasi Goreng Malaysia Di Undi 50 Makanan Paling Teruk Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 194 hits
Nasi goreng kambing adalah salah satu variasi nasi goreng tradisional yang berasal dari Malaysia tetapi juga populer di Singapura dan Indonesia Nasi goreng ini dibuat dengan campuran nasi daging kambing cincang wortel bawang merah bawang pu...
Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 219 hits
Jerung Greenland antara haiwan purba yang masih hidupSalah satu haiwan tertua di planet ini iaitu jerung Greenland berusia 393 tahun mendiami Lautan Artik sejak tahun 1627 Ia juga dikenali sebagai Gurvy Shark atau Grey Shark Ia adalah jerun...
5 Pemain Paling Bernilai Bakal Gegarkan Piala Asia 2023

5 Pemain Paling Bernilai Bakal Gegarkan Piala Asia 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 258 hits
Debaran Piala Asia 2023 Qatar semakin terasa apabila kejohanan tersebut bakal bermula kurang 2 minggu daripada sekarang Bagi menambah kemeriahan Piala Asia 2023 kali ini ayuh kenali 5 pemain Asia paling bernilai yang bakal menggegarkan kejo...
Sejarah Politik Mahathir Yang Paling Hebat Ialah Pecah Belah

Sejarah Politik Mahathir Yang Paling Hebat Ialah Pecah Belah

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 186 hits
Che Ibrahim pernah pecahkan institusi raja raja melayu hingga wujud Mahkamah Khas pernah pecahkan institusi kehakiman hingga terpecatnya Tun Salleh Abas pernah pecahkan UMNO hingga UMNO lama diharamkan dan dia tubuh UMNO Baru Hampir semua t...
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 239 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
Senarai Motorsikal Paling Top Di Malaysia

Senarai Motorsikal Paling Top Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 237 hits
Motorsikal paling top biasanya merujuk kepada model atau jenama motosikal yang paling popular atau paling diminati di pasaran Malaysia Keadaan pasaran sentiasa berubah dengan model terbaru jadi perlu diperhatikan bahawa senarai ini mungkin ...
Arif Aiman Player Paling Mahal Di Asian Cup Fantasy Sebaris Player Epl Japan Korea Player Indonesia Jauh Ketinggalan

Arif Aiman Player Paling Mahal Di Asian Cup Fantasy Sebaris Player Epl Japan Korea Player Indonesia Jauh Ketinggalan

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 97 hits
adalah kompetisi sepak bola antar negara negara Asia dan Oseania yang diselenggarakan oleh AFC Turnamen ini akan berlangsung di Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024 Sebanyak 24 tim nasional akan berpartisipasi termasuk Qatar sebaga...
Anwar Pm Paling Singkat Dalam Sejarah Lim Kit Siang

Anwar Pm Paling Singkat Dalam Sejarah Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 139 hits
Sejak pilihan raya umum 2018 Malaysia telah menyaksikan empat perdana menteri mengangkat sumpah dengan Anwar Ibrahim menjadi yang terbaru apabila membentuk kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu Dr Mahathir Mohamad bertukar darip...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin