3 Resepi Ekspres Untuk Nikmati Durian Semasa Bercuti


Kredit: Pinterest.com Saat bercuti dalam kumpulan besar khususnya bersama keluarga sentiasa penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Mana tidaknya? Anda perlu bersabar dengan bermacam-macam jenis ragam. Itu tak termasuk yang terlupa baranglah, yang asyik nak berhenti di kawasan rehatlah dan semestinya, bagi yang ada anak kecil, pergaduhan tarik rambut kerana berebut tempat duduk memang wajib berlaku.
Oleh itu, dalam kepeningan anda menguruskan semua masalah ini, memang cukup fahamlah kalau kebetulan anda terjumpa perkara-perkara kecil seperti makanan yang anda teringin nak makan ataupun makanan kegemaran anda semasa dalam perjalanan.
Raja Buah, Raja Hati Rakyat Malaysia Bagi peminat buah-buahan tempatan, musim yang paling dinanti-nantikan semestinya ialah musim buah durian. Jadi, memang cukup seronoklah golongan ini apabila dengan mudahnya dapat menikmati buah berduri berisi lemak manis ini dek lambakan gerai-gerai di tepi jalan yang menjual pelbagai jenis buah durian. Pilihlah mana saja yang anda mahu!
Kebetulan pula, musim buah durian kali ini jatuh pada musim cuti. Lagi bergandalah keseronokan anda apatah lagi jika anda terjumpa durian semasa dalam perjalanan ke destinasi percutian anda. Bak orang mengantuk disorong bantal!
Terubat jugalah rasa pening kepala dan sakit hati akibat melayan kerenah ahli keluarga mahupun rakan-rakan, betul tak?
Nikmati Durian Bila-Bila Masa!
Nak makan durian begitu saja dalam kuantiti yang banyak memang satu risiko besar, tambah-tambah lagi jika anda terbeli semasa bercuti. Kalau anda tak muak, anda mungkin akan terlebih makan sampai badan panas-panas.
Akhirnya, hasrat untuk makan durian banyak-banyak terbantut dan percutian terbantut. Jadi, makan berpada-pada dan caranya adalah dengan bajetkan kadar pengambilan durian anda sepanjang percutian anda.
Untuk jadikan, sesi makan durian anda lebih menarik, ada 5 resepi ekspres yang anda boleh buat di tempat penginapan anda yang tak merenyahkan mahupun memerlukan banyak bahan. Menarik, kan? Jom kita tengok apakah resepi-resepi tersebut.
1. Cucur Durian Kredit: Kuali.com Resepi cucur durian ini bolehlah nak dibuat kalau tempat penginapan anda ada periuk elektrik dan tak melarang anda untuk membawa balik durian. Tapi, kalau anda nak juga makan pastikan anda beli durian yang sudah siap dibalut dalam bekas tapi itu atas risiko sendirilah ya. Saya tak menyokong mahupun melarang anda.
Resepi cucur durian ini cukup ringkas dan hasilnya memang menyelerakan. Sajian ini sesuai dibuat snek semasa anda keluar bersiar-siar ataupun sebagai bekalan berkelah jika anda bercadang untuk menjalankan aktiviti luar seperti berkelah.
Bahan-Bahan:
1 paket tepung cucur manis segera1/2 cawan isi durian, dilecek hingga halus2 cawan air panas1 sudu teh garam Cara-Cara:
Campurkan air panas dan tepung cucur. Gaul rata.Masukkan isi durian dan garam. Gaul rata.Dalam periuk elektrik, isikan minyak hingga 1/4 periuk. Tunggu hingga wap naik dan buih mula terbentuk.Sudukan 1/2 sudu adunan dan goreng dalam periuk selama 3-5 minit hingga adunan menjadi kuning keemasan. Ulang hingga semua adunan habis.
2. Durian Onigiri Kredit: star2.com Kalau anda peminat tegar pulut durian dan wajib sediakan hidangan tersebut setiap kali anda nak nikmati durian, inilah resepi ekspres yang anda wajib, ya, wajib ingat apabila nak pergi bercuti. Manalah tahu ternampak gerai durian dalam perjalanan.
Nak menyediakan resepi ini mudah saja. Tak merenyahkan dan paling penting, dapat memberi kepuasan yang sama seperti anda menikmati pulut durian.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut 4 cawan santan cair1/2 sudu teh garam1 sudu besar gula10 ulas durian, dibuang biji10 helai daun pandan
Cara-Cara:
Cuci beras pulut sebersih-bersihnya. Dua bilasan mencukupi.Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tekan punat untuk masak. Selang 5 minit, buka dan kacau pulut agar pulut masak secara sekata. Sementara pulut masak, lenyekkan isi durian hingga menjadi krim.Apabila pulut sudah masak, biarkan pulut menyejuk sepenuhnya. Lapikkan papan potong dengan plastik, ambil sedikit pulut dan ratakan di atas plastik. Letakkan satu sudu besar krim durian di tengah dan ratakan. Anda boleh letakkan lebih banyak lagi jika anda mahu.Letakkan sedikit pulut di atas dan ratakan agar menutupi lapisan krim durian yang anda sapu. Kemudian bentukkan pulut dalam bentuk segi tiga sama kaki.Ambil sehelai daun pandan dan potong menjadi dua. Ambil satu bahagian yang dipotong dan balut bahagian bawah onigiri durian anda. Nota:
Jangan lupa untuk memakai sarung tangan semasa menyediakan onigiri anda supaya pulut anda tak basi dengan cepat.

3. Ais Pop Durian Kredit: anakdaracun Resepi ekspres terakhir untuk anda cuba adalah resepi pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang cukup nostalgik. Ya, betul tekaan anda! (Dah tulis pun di tajuk kecil di atas)
Perkara yang menarik tentang resepi ekspres ini ialah saya akan berkongsi resepi aiskrim Malaysia durian yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
10 ulas durian, dibuang biji500ml susu segar2 sudu besar gula Cara-Cara:
Dalam periuk besar, masukkan isi durian, susu dan gula. Panaskan atas api sederhana besar. Kacau semua bahan hingga rata dan sebati. Kacau hingga mula mendidih selama 5-10 minit.Sejukkan cecair sepenuhnya dan masukkan dalam tiub plastik panjang sehingga 3/4 penuh dan ikat menggunakan getah ataupun simpulkan saja. Ulang langkah ini hingga semua cecair habis.Simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menikmatinya.
Percutian Durian Terunggul Bagaimana dengan resepi-resepi di atas? Anda mesti dah tak sabar nak mencubanya. Sempena musim cuti yang bakal kunjung tiba, ambillah kesempatan ini untuk mencuba resepi-resepi tersebut sebagai bekalan anda.


Jika anda masih tak tahu nak bercuti ke mana, apa kata anda merancang percutian di pergunungan sejuk Genting Highlands. Kebetulan pula, pihak Genting mengadakan pesta durian khas untuk para pencinta durian yang berkunjung ke sana.
Jadi, ambillah peluang ini untuk bercuti sambil menikmati buah kegemaran anda! Layarilah laman web Genting Highlands untuk hubungi pihak Genting tentang pesta durian ini!
The post 3 Resepi Ekspres Untuk Nikmati Durian Semasa Bercuti appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/selera-kita/3-resepi-ekspres-untuk-nikmati-durian-semasa-bercuti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Durian Tidak Boleh Di Makan Bersama Bahan Bahan Ini Betul Ke Atau Hanya Mitos

Durian Tidak Boleh Di Makan Bersama Bahan Bahan Ini Betul Ke Atau Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 480 hits
Makan buah durian memang sedap tapi rupanya ada makanan yang tidak boleh di ambil bersama Maksudnya makanan i ni tak boleh di makan bersekali dengan memakan durian Durian ini walaupun rasanya sedap sifatnya panas Kalau di ambil bersama maka...
Bayi 3 Bulan Cedera Kepala Ditimpa Buah Durian

Bayi 3 Bulan Cedera Kepala Ditimpa Buah Durian

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 516 hits
The ReporterSeorang bayi lelaki mengalami kecederaan di kepala telinga pipi dada dan tangan kiri akibat ditimpa buah durian Menurut Azizul Mohamad yang berkongsikan gambar itu di Facebook Group Gabungan Anak Terengganu mangsa baru berusia t...
Anak 3 Bulan Luka Di Muka Ibu Tak Sempat Elak Tertimpa Durian Gugur

Anak 3 Bulan Luka Di Muka Ibu Tak Sempat Elak Tertimpa Durian Gugur

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 595 hits
Tidak disangka sangka buah durian gugur sudah dielak tetap tertimpa ibu dan bayi Walau pun tiada kecederaan serius kepada si kecil buah durian seberat kurang 1 kg itu telah mengakibatkan keadaan lebam pada dada ibu bayi berkenaan Menurut ba...
Ibu Mengandung Tidak Boleh Makan Durian Betul Atau Tidak

Ibu Mengandung Tidak Boleh Makan Durian Betul Atau Tidak

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 517 hits
Ketika ini boleh dikatakan hampir setiap kawasan sudah pasti ada sahaja peniaga yang sedang menjual durian Keenakkannya menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan peringkat umur Namun pernah tak anda dengar dakwaan yang mengatakan wani...
Pencuri Durian Dibelasah Motosikal Dibakar

Pencuri Durian Dibelasah Motosikal Dibakar

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 464 hits
Kantoi mencuri buah durian seorang lelaki dibelasah sekumpulan duduk dalam kejadian awal pagi Isnin dalam kejadian di sebuah dusun di Lubuk Batu Marang Terengganu Motosikal milik suspek yang dipercayai digunakan untuk mengangkut hasil curia...
Misbakhun Ajak Bumn Bangun Jalan Di Desa Penghasil Durian Di Pasuruan

Misbakhun Ajak Bumn Bangun Jalan Di Desa Penghasil Durian Di Pasuruan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 174 hits
Anggota Komisi XI DPR Mukhamad Misbakhun terus berupaya memastikan para konstituennya di daerah pemilihan Jawa Timur II memperoleh infrastruktur yang paling dibutuhkan Untuk itu pula legislator Golkar tersebut menggandeng PT Sarana Multigri...
Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

Durian Itu Jatuh Kena Isteri Dulu Selepas Itu Melantun Ke Kepala Anak Durian Jatuh Timpa Bayi 4 Bulan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 641 hits
Musim durian telah tiba Pergi sahaja ke mana mana pasti akan terjumpa peniaga durian di tepi tepi jalan Kelazatan isi dan aroma yang memukau dari durian membuatkan orang ramai tergila gilakannya Namun menerusi Harian Metro satu kejadian yan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids