3 Peristiwa Bagaimana Tebuk Atap Berlaku Tidak Diketahui Umum


 Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.


Peristiwa Pertama


Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.


Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.


Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.


Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.


Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.


Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.


Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.


Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


Peristiwa Kedua


Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.


Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.


Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.


Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.


Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.


Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.


Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.


Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.


Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.


Peristiwa Ketiga


Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.


Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.


Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.


Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.


Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.


Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.


Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.


Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?


Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.


Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.


Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.


Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.


“Bijak berpenchak langkah bertukar


Bijak berakal mengawal diri


Adat berhutang kami membayar


Adat berjanji kami tepati”


Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Penerangan,
Parti Keadilan Rakyat.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/3-peristiwa-bagaimana-tebuk-atap-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya 70 Menteri Masih Tak Cukup Untuk Kerajaan Tebuk Atap

Rupanya 70 Menteri Masih Tak Cukup Untuk Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 464 hits
Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan cara terbaik untuk meletakkannya di bawah satu bumbung dengan menyediakan peruntukan yang khusus untuk manfaat masyarakat pribumi ujarnya seperti dipetik Berita Harian Untuk rekod Kabinet PAKATAN HARAP...
Jadi Mb Pun Cara Tebuk Atap Baru Dua Bulan Komen Politik Mcm Pegang Menteri Dah 20 Tahun

Jadi Mb Pun Cara Tebuk Atap Baru Dua Bulan Komen Politik Mcm Pegang Menteri Dah 20 Tahun

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 372 hits
Nak kritik Anwar pun cerminlah diri dulu Fokus jaga rakyat negeri bukan tersengih dengar rakyat mengeluh susah
10 Fakta Yang Tak Diketahui Umum Mengenai Perang Dunia Kedua Bahagian Satu

10 Fakta Yang Tak Diketahui Umum Mengenai Perang Dunia Kedua Bahagian Satu

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 414 hits
Sedikit fakta sejarah yang ingin saya kongsikan sekadar buat pengetahuan nak cerita lebih lebih saya tak dilahirkan di zaman tersebut Tapi selalu dok ingat ingat cerita dari arwah Opah dan juga emak memang masa zaman pendudukan Jepun di Tan...
Kerajaan Tebuk Atap Bakal Berkubur

Kerajaan Tebuk Atap Bakal Berkubur

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 188 hits
Macam aku pernah sebut dulu kerajaan tanpa mandat rakyat dapat kuasa ikut atap takkan dapat keberkatan Allah Sebab itu macam2 berlaku Menteri ramai pecah rekod sampai 70 menteri dan timbalan dan melambak MP dilantik ketuai GLC tapi tidak ma...
Pas Tebuk Atap Demi Perpaduan

Pas Tebuk Atap Demi Perpaduan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 220 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata daripada jumlah itu pihaknya membuka satu kertas siasatan membabitkan dua individu yang disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi Siasatan ini masih dijalankan dan kedua ...
Hiburan Kami Tidak Bermusuhan Umum Undur Diri Sejak Mac Lalu Amy Dikhabarkan Terus Menjauhkan Diri Dari Kumpulan Search

Hiburan Kami Tidak Bermusuhan Umum Undur Diri Sejak Mac Lalu Amy Dikhabarkan Terus Menjauhkan Diri Dari Kumpulan Search

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 407 hits
Sejak mengumumkan pengunduran diri daripada kumpulan Search vokalis kumpulan itu iaitu Amy dikhabarkan terus menyepikan diri Berikut merupakan luahan Nasir Daud yang merupakan pemain bass kumpulan lagenda itu Nasir turut menyatakan pernah m...
Yidin Tercungap Umum Pakej Prihatin

Yidin Tercungap Umum Pakej Prihatin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 197 hits
Ipohmali Takda ribut takda hujan PM tebuk atap tak pasai pasai org makan tengah hari dia tercungap cungap dok umum Pakej Prihatin 2 0 depa TV Apapun pengumuman tersebut melambangkan kedangkalan Kerajaan PN nak pulih kan Ekonomi Awat umum ha...
Baru Je Anwar Umum Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong Sekali Ini Titah Agong

Baru Je Anwar Umum Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong Sekali Ini Titah Agong

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 464 hits
Baru Je Anwar Umum Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong Sekali Ini Titah AgongTerkini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan r...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba