3 Pencuci Mulut 3 Lauk Utama Dari Timur Tengah Menu Arab Ni Memang Terbaiklah


Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH

BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza10 gm zaitun hitam | dicincang halus10 gm bijan1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris1 biji tomato | dipotong bulat3 sudu makan minyak zaitun1 sudu teh garamCARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY

BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)4 sudu makan rempah bukhary3 sudu makan puri tomato1.5 liter air stok rebusan daging2 biji bawang besar /dikisar10 ulas bawang putih/ diketuk5 sm halia2 batang kayu manis50 gm daun ketumbar /dihiris halus5 biji bunga cengkih5 biji buah pelaga5 biji bunga lawang5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm2 biji tomato dipotong empat2 sudu makan minyak masak2 sudu makan minyak sapiGaram secukup rasaSedikit pewarna saffronCARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat2 sudu rempah hanith1/2 sudu makan garam halus1/2 sudu pewarna saffron2 biji bawang holland /dimayang1 biji lemon /dihiris bulatCARA MEMASAK :
1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron.
2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah
3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar.
4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam.
5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam
6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF : Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA

BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )250 ml air250 gm gula50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan8 gm serbuk penaik10 gm serbuk kulit kayu manis1 sudu makan tahina ([email protected] sos bijan)350 gm sirap (campuran gula dan madu,)300 gm kacang pistachioCARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan.
7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING

BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar80 gm tepung jagung60 ml air2 ml blossom water (esen dari bunga)5 ml air mawar100 gm gula1/2 sudu teh esen vanilla1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)100 ml krim putar100 gm kacang pistachio5 gm serbuk kulit kayu manisCARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur500 gm susu segar500 gm krim masakan200 gm gula halus (castor)1 sudu teh serbuk kulit kayu manis70 gm kelapa parut500 gm puff pastri gulung * boleh dibeli di pasarayaCARA MEMASAK :
1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam.
3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit
4. Masukkan ke dalam bekas pembakar.
5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi).
6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah
Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/3-pencuci-mulut-3-lauk-utama-dari-timur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Delegasi Palestina Sebut Keputusan Australia Rusak Proses Perdamaian Di Timur Tengah

Delegasi Palestina Sebut Keputusan Australia Rusak Proses Perdamaian Di Timur Tengah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 318 hits
Delegasi pemerintah Palestina di Australia mengkritik keras keputusan pemerintah negeri Kangguru mengakui Yerusalem barat sebagai ibu kota Israel pada Sabtu Keputusan ini berpotensi memicu peningkatan perang agama di kawasan
Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 405 hits
Usaha McDonald s Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji Alhamdulillah gembira rasa di hati ini tatkala dapat bersama masyarakat di dalam sebuah majlis yang penuh berhemah bertempat di perkara...
Aneka Pencuci Mulut Super Enak

Aneka Pencuci Mulut Super Enak

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 641 hits
Pasti ramai yang gemar menikmati hidangan pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama Bahkan seolah olah ada yang tidak kena jika tidak menjamahnya Terdapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut sama ada pastri bubur kuih muih dan sebaga...
Aktivis Perempuan Sebut Beberapa Negara Di Timur Tengah Sudah Larang Poligami

Aktivis Perempuan Sebut Beberapa Negara Di Timur Tengah Sudah Larang Poligami

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 230 hits
Dia mengungkapkan langkah berani PSI sebenarnya bukan merupakan hal baru Karena pada masa pemerintahan Presiden Soeharto ASN memang sudah dilarang untuk melakukan poligami Bahkan beberapa negara di Timur Tengah sudah menerapkan aturan serup...
Menu Xxl Di Thai Siam Cuisine Jenjarom

Menu Xxl Di Thai Siam Cuisine Jenjarom

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1099 hits
Sesekali melayan tekak XXL CN Encik Suami di THAI Siam Cuisine Jenjarom best gak Sedap hokay Encik Suami sudah tentu dengan faveret nasi goreng ketam XXL manakala CN pula dengan menu nasi goreng sotong raja Licin weoulss berdua makan tau Me...
7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari

7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 590 hits
7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari Anda ada impian nak turunkan berat badan dalam tempoh 7 hari sahaja Apa pendapat anda Adakah ia mustahil Jika tidak bagaimanakah caranya Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunka...
Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 577 hits
Anak tak sihat mulalah susah nak makan Lagi lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan makanan yang bantu tambah selera makan tingkatkan imun dan sebagainya Ibu bole...
Kerabu Salad Kacang Botor Cara Saya Menu Diet Ni

Kerabu Salad Kacang Botor Cara Saya Menu Diet Ni

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 641 hits
Kerabu salad kacang botor cara saya Menu diet ni Assalamualaikum wbt Bagi cikla nak sediakan makanan ni kadang kadang kena kreatif juga kan Kalau asyik asyik cara sama je lama lama jemu juga Kalau kacang botor orang makan mentah je buat ula...
10 Cadangan Menu Sedap Hasil Dari Lebihan Kuah Kari

10 Cadangan Menu Sedap Hasil Dari Lebihan Kuah Kari

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 539 hits
Kari atau gulai tidak kisahlah samada gulai ayam mahupun daging adalah menu utama yang sering di masak oleh rakyat Malaysia Seminggu kalau tak pekena sekali rasa macam tak sah sebabnya daku dan family antara penggemar setia masakan yang ber...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi