Aneka Pencuci Mulut Super Enak


Pasti ramai yang gemar menikmati hidangan pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama. Bahkan, seolah-olah ada yang ‘tidak kena’ jika tidak menjamahnya. Terdapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut sama ada pastri, bubur, kuih muih dan sebagainya. Tepuk dada, tanya selera.
PUDING SANTAN PISANG 
BAHAN-BAHAN:
400ml santan pekat
200ml air
5gm serbuk agar-agar
65gm gula pasir
½ sudu teh garam
Pisang berangan secukupnya |potong dadu kecil
1 helai daun pandan
Air secukupnya
BAHAN AIR SUSU GULA MELAKA:
60gm gula Melaka
120gm susu segar
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan santan, air, serbuk agar-agar, garam secukup rasa dan daun pandan sehingga mendidih dan sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.Kacau adunan sehingga adunan sedikit likat.Tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki. Dan taburkan pisang yang telah dipotong dadu.Biarkan sejuk. Ketepikan.Untuk menyediakan air susu gula Melaka; Satukan semua bahan iaitu gula Melaka, susu segar dan sedikit garam. Kemudian panaskan dan kacau hingga sebati dan sedikit likat.Sebelum dihidangkan, tuangkan sedikit air susu gula melaka. Sedia untuk dinikmati.Info chef: pisang juga boleh dihancurkan dan dimasukkan ke dalam puding semasa memasak proses memasak.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis pisang dan santan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Rebus
Anggaran kos: RM10

LEMON CREAM CHEESE BAR 
BAHAN-BAHAN:
180gm tepung gandum
70gm gula perang
40gm gula aising
120gm mentega
100gm oat
60gm walnut dibakar dan dihancurkan sedikit
220gm krim keju
1 biji telur
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula aising dan gula perang. Masukkan juga mentega dan gaul menggunakan jari hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan oat dan kacang walnut. Dan tekankan adunan ke dasar Loyang bersaiz 10 x 10 yang telah disapu sedikit mentega pada keliling dan dasarnya.Pukul krim keju bersama telur hingga sebati dan masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Gaul hingga sekata. Tuangkan adunan keju tadi ke atas adunan yang ditekan di dalam Loyang tadi. Ratakan dan tabur kacang walnut di atasnya.Bakar pada suhu 200 ⁰C selama 30 minit hingga perang permukaan atasnya.Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong kepada kepingan sama besar dan dihidangkan.Info chef: Taburkan juga oat pada lapisan atas keju untuk rasa dan rupa yang menarik.
Saiz hidangan:3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak dan masam bangkitkan selera
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14

SERAWA LABU 
BAHAN-BAHAN:
300gm labu |potong dadu saiz sederhana
40gm gula
50gm gula Melaka
200ml santan pekat
2 helai daun pandan
3 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak air bersama labu sehingga labu sedikit empuk.Masukkan gula melaka, gula, garam, daun pandan dan gaul sekata hingga gula larut.Kecilkan api dan masukkan santan. Kacau supaya santan tidak pecah.Kacau sehingga labu betul-betul empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.Info chef: Tambahkan biji sagu semasa memasak untuk lebih keenakan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis labu
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus
Anggaran kos: RM9

BEBOLA KELAPA COKLAT 
BAHAN-BAHAN:
50gm kacang walnut |bakar dan dihancur kasar
130gm mentega |cairkan
250gm gula bising
120gm kelapa parut kering
130gm susu pekat
300-400gm Coklat |untuk celup bebola kelapa
Coklat putih secukupnya untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, kelapa kering, gula aising dan tuangkan susu pekat. Gaul hingga sebati.Masukkan kacang walnut dan gaul hingga sekata.Bahagikan kepada beberapa biji bebola dengan berat lebih kurang 13-15 gram setiap satu.Masukkan beberapa minit ke dalam peti sejuk.Sementara itu cairkan coklat dengan kaedah ‘double boiler’ ataupun menggunakan microwave.Keluarkan bebola kelapa dan celupkan ke dalam coklat. Letakkan di atas loyang yang telah disapu sedikit minyak supaya bebola tidak melekat. Ulangi langkah hingga selesai.Apabila coklat mulai mengeras. Cairkan coklat putih dan picit ke atas bebola.Biarkan bebola seketika hingga coklat mengeras.Sedia untuk dihidangkan.Info chef:  Bebola coklat kelapa sesuai dihidangkan sama ada dalam suhu bilik mahupun dihidangkan secara sejuk. Boleh dibalut dengan kertas pembalut coklat untuk memudahkan penyimpanan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak kelapa dan manis coklat serasi
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : ‘Double Boiler’
Anggaran kos: RM15

KEK KEJU PISANG 
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang berangan
225gm krim keju
150gm biskut marie |hancurkan
80gm mentega |cairkan
75gm gula aising
100gm yogurt
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan hingga sebati dan tekankan pada acuan mufin atau bekas kek berukuran 7 x 7.Kemudian bakar sekejap dengan suhu 200⁰C selama 5-8 minit. Keluarkan dan letakkan di dalam peti sejuk sementara membuat lapisan kek. Ketepikan.Pukul krim keju bersama gula aising hingga sebati dan masukkan pisang. Pukul sehingga pisang hancur.Selepas itu masukkan yogurt bersama esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.Tuangkan adunan kek ke atas lapisan biskut tadi. Dan bakar 30-35 minit dengan suhu 200Keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik.Sesuai dihidangkan sejuk.Info chef: Hidangkan dengan sedikit krim atau ais krim di atas kek.
Saiz hidangan: 3.5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan manis pisang
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM15

Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam 
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/aneka-pencuci-mulut-super-enak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Ini Menyuruh Isterinya Memicit Jerawat Super Besar Di Kepalanya Tapi Tidak Disangka Apa Yang Keluar

Suami Ini Menyuruh Isterinya Memicit Jerawat Super Besar Di Kepalanya Tapi Tidak Disangka Apa Yang Keluar

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 320 hits
Seorang lelaki selalu merasa ada sesuatu yang aneh di kepalanya setelah ia pulang dari Hutan Amazon Kulit kepalanya terus gatal sampai akhirnya tumbuh jerawat yang sangat besar seperti ini Kerana sudah tidak tahan dia pun menyuruh isterinya...
Teraso Salai Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru Kl

Teraso Salai Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru Kl

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 818 hits
TERASO SALAI MASAK LEMAK CILI API ENAK DI KAMPUNG BARU KL Assalamualaikum semua Dulu aku pernah duduk di Negeri Sembilan selama 5 tahun Jadi sememangnya aku sentiasa dihidangkan dengan menu masak lemak cili api Opps ni bukan masak lemak cil...
Amristar Dan Jaipur Senarai Senarai Lokasi Yang Super Cantik Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

Amristar Dan Jaipur Senarai Senarai Lokasi Yang Super Cantik Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 500 hits
Nagara India kini menjadi trend sebagai lokasi perlacongan terbaru rakyat Malaysia dilihat ramai antara kita menjadikan negara berkenaan sebagai target lokasi percutian terutamanya Kashmir selepas terpengaruh dengan kecantikannya yang menja...
Oppo Super Vooc Pengecasan Terpantas

Oppo Super Vooc Pengecasan Terpantas

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 270 hits
APA TEKNOLOGI FAST CHARGING PALING PANTAS UNTUK 2018 Dengan teknologi yang paling hebat ini tahu kah anda ia mampu mengecas bateri smartphone OPPO Find X Lamborghini dari 0 100 hanya dalam masa 35 minit sahaja Yaa Anda hanya perlu tunggu 35...
Menurut Penelitian Kalau Cewek Pendek Dan Cowok Tinggi Menikah Mereka Pasti Super Bahagia Lho

Menurut Penelitian Kalau Cewek Pendek Dan Cowok Tinggi Menikah Mereka Pasti Super Bahagia Lho

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 305 hits
Bukan cuma ilmu kira kira ternyata cowok tinggi cocok banget sama cewek pendek Wah so sweet
Daftar Lagu Dead By April Enak Didengar Populer Dan Terbaik

Daftar Lagu Dead By April Enak Didengar Populer Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 389 hits
Daftar Lagu Dead By April Enak Didengar Populer dan Terbaik Dead By April adalah sebuah band metal yang berasal dari Gothenburg Swedia dibentuk pada Februari 2007 ketika Jimmie Strimell penyanyi utama Nightrage memutuskan untuk berkolaboras...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025