3 Menu Sinonim Tradisi Warisan Hidangan Dekat Di Hati
Rugi kalau tak pandai masak Rendang Ayam Daun Pegaga, Siput Sedut Masak Lemak dan Kari Ayam kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan.
Buat sendiri lagi segar masakannya, RASA kongsikan tiga menu tradisi warisan zaman yang dekat di hati kita .
1. RENDANG AYAM DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2kg ayam kampung | potong sederhana1kg santan3 sudu makan kerisik2 keping asam gelugor5 helai daun kunyit | hiris6 batang serai | titik350gm daun pegagaGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah8 ulas bawang putih4cm kunyit hidup3cm halia4cm lengkuas4 batang serai30 biji cili padiCARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan kemudian toskan.Masukkan ayam dalam periuk atau kuali, campurkan dengan separuh bahan kisar.Gaul rata dan renehkan atas dapur.Setelah ayam kecut masukkan santan, lebihan bahan kisar dan serai titik, renehkan semula.Bila ayam empuk masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula.Apabila kuah hampir pekat dan ayam empuk masukkan kerisik.Kecilkan api, masukkan daun pegaga dan daun kunyit.Biarkan mereneh beberapa minit lagi sebelum tutup api.Rendang Ayam Daun Pegaga sedia dihidangkan.
2. SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
2 kg siput sedut | cuci bersih1kg santan pekatGaram secukup rasa2 keping asam gelugor3 batang serai | ketuk350gm batang keladi | buang kulit ari3 helai daun kunyitBAHAN KISAR:
20 biji cili padi4cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, rebus sekejap siput sendut, angkat dan toskan.
2, Seterusnya dalam periuk lain,celur batang keladi, kemudian masukkan dalam tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Ketepikan
3. Masukkan bahan kisar, serai titik daun kunyit dan asam keping dalam periuk, tambahkan santan dan renehkan atas dapur.
4. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan siput sendut, batang keladi, gaul rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Tutup api dan Gulai siput sedut sedia dihidangkan.
3. KARI AYAM UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan3 sudu makan rempah kari5 ulas bawang merah | mayang halus4 ulas bawang putih | mayang halus3cm halia | mayang halus1 tangkai daun karai | lurut dari tangkai1 biji keledek merah | buang kulit dan potong dadu200gm yogurtGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam.
4. Apabila ayam empuk masukkan ubi keledek dan sedikit air.
5. Setelah mereneh masukkan yogurt, kacau lagi.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api, kari sedia dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.
ATAU VIDEO MENARIK INI :
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/06/3-menu-sinonim-tradisi-warisan-hidangan.html