Emas Vintaj Dan Antik Masih Mendapat Tempat Di Hati Penggemar Barangan Kemas
Cantik dan antik. Gabungan dua perkataan yang diambil untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas yang terdapat di kedai emas jenama Chantique di bawah naungan Kumpulan Habib. Idea dari Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib untuk membuka kedai emas Chantique ini tercetus apabila mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar barangan kemas lama dan antik. Maka Chantique yang berada di Ampang Point sering menjadi tumpuan dan pilihan para pengumpul koleksi barangan kemas antik dan ‘preloved’
Selain itu, rekaan barangan kemas klasik ini bukan hanya sesuai digayakan oleh golongan wanita yang berusia tetapi juga genarasi muda. Rekaan yang dahulunya popular kini mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada si pemakainya dan sangat sesuai dijadikan harta warisan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya. Setiap barangan kemas Chantique dijaga rapi dan dijamin keaslian serta ketulenannya
Istimewanya di Chantique, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran emas namun masih mementingkan kualitinya. Tambahan pula, proses pembuatan barangan kemas Chantique menggunakan mesin yang sudah tidak lagi digunakan dalam pemuatan barangan kemas moden. Jadi rekaan itu tidak akan boleh didapati di mana-mana kedai barangan kemas yang lain kecuali di Chantique kerana hanya satu sahaja yang dijual untuk satu rekaan
Mengimbau kembali zaman-zaman di mana rekaan popular seperti cincin buah kana dan anting-anting penyapu pastinya membawa seribu satu kisah di sebaliknya yang menarik untuk dikongsi bersama orang ramai. Di Chantique terdapat beberapa koleksi yang pernah dimiliki dan digayakan oleh kerabat Diraja dan orang kenamaan. Jadi jika orang ramai ingin memiliki barangan yang pernah menjadi milik figura terkenal atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, berkujunglah segera ke Chantique kerana pelbagai koleksi ditawarkan termasuklah koleksi barangan kemas berlian dan batu permata. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-42532282
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2020/06/emas-vintaj-dan-antik-masih-mendapat.html