3 Menu Luak Filipina Boleh Layan Sedapnya
Nak cuba masakan Filipina? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu Filipina yang ada pengaruh Indonesia dan Malaysia. Soal bahan-bahan, sama saja dengan bahan-bahan orang kita masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana5 helai daun limau purut2 helai daun pandan2 batang serai | titik760gm air1 biji tomato | potong dadu2 batang daun bawang | hiris halusGaram dan gula secukup rasaDaun Kemangi | secukupnyaBAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering3 biji cili merah5 biji cili padi4 sudu makan minyak masak6 biji buang keras3cm kunyit hidup3cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.Sedia dihindangkan.
.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil2 sudu makan pes cili dikisarSedikit belacan1 sudu teh serbuk kunyit2 batang serai | titik2 keping asam gelugor1 litter santanGaram, gula secukup rasaMinyak masakAir | jika perluBAHAN KISAR:
5 biji bawang merah3 ulas bawang putih3 cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
.
SALMON PIDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul1 biji limau nipis | ambil jus sahaja1 1/2 liter air5 ulas bawang merah | hiris4 ulas bawang putih | cincang3 cm halia | hiris nipis4cm lengkuas | hiris nipis10-15 biji cili padi3 batang serai | titik2 helai daun salam1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh belacan | bakar3 biji tomato | potong kiub300gm nanas | potong daduGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam.Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api, sedia dihidangkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/3-menu-luak-filipina-boleh-layan.html