3 Kluster Baharu 2 Di Sabah


3 KLUSTER BAHARU, 2 DI SABAH
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 membabitkan dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kluster baharu di Sabah dikenali Kluster Buang Sayang dan Kluster Kg Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster Setapak.
Beliau berkata, Kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September lalu.
“Kes mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.
Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September lalu dan kes sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
“Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan di mana seramai 10 individu sudah disaring sehingga hari ini dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Kluster Kg Sakong pula dikesan di Semporna, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10,154) dikesan positif pada 18 September lalu, melalui saringan komuniti. Kes adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kluster ini juga dijalankan iaitu seramai 66 individu disaring sehingga hari ini dengan sembilan kes dikesan positif, manakala 57 lagi menunggu keputusan.
Mengenai kluster Setapak, Dr Noor Hisham berkata kes indeks (kes ke-10,689) mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 17 hingga 20 September lalu.
“Kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 Sept dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada 25 Sept di mana saringan COVID-19 didapati positif pada hari yang sama, seterusnya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
“Dua lagi kes positif yang dikesan adalah rakan serumah (iaitu kes ke-10,770) dan rakan (iaitu kes ke-10,771) kepada kes indeks. Mereka turut dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan dan seramai 20 individu disaring sehingga hari ini dengan tiga kes dikesan positif, 16 negatif, manakala seorang lagi masih menunggu keputusan.
Katanya, langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang sudah dikenal pasti bagi ketiga-tiga kluster baharu ini. – BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/3-kluster-baharu-2-di-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Hajiji Km Bung Moktar Jeffry Joachim Tkm Sabah Yang Baharu

Hajiji Km Bung Moktar Jeffry Joachim Tkm Sabah Yang Baharu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 156 hits
HAJIJI KM BUNG MOKTAR JEFFRY JOACHIM TKM SABAH YANG BAHARU KOTA KINABALU Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke 16 selepas mengangkat sumpah pada jam 10 32 pagi tadi Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di Per...
57 Kes Baru Lagi Kluster Dikesan Di Tongod Sabah Kkm

57 Kes Baru Lagi Kluster Dikesan Di Tongod Sabah Kkm

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 225 hits
MALAYSIAKINISebanyak 57 kes baru dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Kes baru hari ini melibatkan 51 penularan tempatan dan enam import dengan kes aktif kebolehjangkitan kini 751 Darip...
Covid 19 52 Kes Baharu 27 Daripadanya Kes Baharu Kluster Benteng Ld

Covid 19 52 Kes Baharu 27 Daripadanya Kes Baharu Kluster Benteng Ld

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 255 hits
Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Kluster Benteng LD hari ini menyaksikan peningkatan apabila sebanyak 27 kes baharu dilaporkan di Sabah Ia merupakan sebahagian daripada 52 kes baharu positif Covid 19 yang dilaporkan setakat 12 tengahari...
Istana Negeri Sabah Jadi Tumpuan Siapa Km Sabah Baharu

Istana Negeri Sabah Jadi Tumpuan Siapa Km Sabah Baharu

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 269 hits
Anggota polis membuat kawalan di hadapan pintu Istana Negeri Sabah sebagai persediaan sekiranya berlansung istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke 16 di Kota Kinabalu Sabah ...
2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 246 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PETALING JAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan 2 lagi kluster baru dilaporkan hari ini masing masing 1 di Sabah dan Selangor Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah...
Siapa Km Baharu Sabah Diumumkan Esok

Siapa Km Baharu Sabah Diumumkan Esok

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 202 hits
SIAPA KM BAHARU SABAH DIUMUMKAN ESOK KUALA LUMPUR Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka membuat pengumuman berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu esok Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Mas...
Esok Mungkin Tahu Siapa Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Esok Mungkin Tahu Siapa Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 341 hits
FAZLI RADZI Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka mengumumkan Ketua Menteri baharu esok Perkembangan itu dikongsikan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dalam mesej Twitter hari ini Jam 2 30 petang tadi Datuk S...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks

In Src International Civil Suit Former Director Says Najib Was Chess Grandmaster In Company S Scheme Of Things