3 Jenis Penyakit Jangkitan Kulit


Kulit merupakan organ yang tercipta untuk menjaga dan melindungi tubuh badan daripada bahaya tetapi ia juga masih berisiko untuk terkena pelbagai jenis jangkitan kulit.


Selain kuman, bakteria atau virus, kulit juga mungkin boleh terdedah dengan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan ‘makhluk asing’ atau lebih tepat lagi, parasit.


Persoalannya, apakah antara parasit yang boleh jadi punca penyakit jangkitan kulit ini? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut lagi!


Parasit boleh jadi punca jenis jangkitan kulit?Untuk pengetahuan anda semua, kulit merupakan organ paling besar dan paling luar serta berfungsi untuk menghalang segala jenis infeksi atau jangkitan daripada anasir jahat.


Kadangkala, kulit itu sendiri yang mungkin mengalami infeksi daripada anasir seperti parasit dan ini boleh jadi punca jenis jangkitan kulit yang agak berbahaya.


Infeksi kulit angkara parasit ini biasa akan terjadi pada individu yang mungkin kurang menjaga kebersihan diri dan persekitaran khususnya di dalam ruang kediaman anda.


Antara jenis parasit yang biasa jadi dalang penyakit jangkitan kulit ini adalah serangga, kutu dan cacing. Simptomnya pula berbeza bergantung kepada jenisnya.


Disebabkan itu, kita semua perlu tahu apakah antara jenis parasit dan penyakit jangkitan kulit yang wujud untuk lebih peka tentang cara untuk mengelakkannya.


Ini jenis jangkitan kulit angkara parasit!Sebenarnya, terdapat beberapa jenis infeksi pada kulit yang boleh jadi angkara ‘makhluk asing’ apabila ia mula tinggal di dalam kulit. Berikut adalah antaranya:


#1. SkabiesSkabies atau kudis buta adalah penyakit jangkitan kulit yang disebabkan oleh parasit Sarcoptes scabiei, sejenis kutu yang sangat gemar tinggal di dalam kulit.


Ia juga mampu hidup selama berbulan-bulan di dalam kulit untuk bersembunyi, berkembang dan bertelur dalam usaha mereka terus hidup dengan makan darah.


Akibatnya, kulit anda akan mengalami simptom-simptom seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit yang perlu dirawat dengan segera sebelum ia bertambah teruk.


Kutu ini juga sangat mudah untuk berpindah dari individu ke individu hanya dengan kontak rapat, alas tidur atau pakaian yang mungkin tidak perlu sentuhan kulit ke kulit.


Pun begitu, anda mungkin tidak perlu risau kerana kondisi ini boleh dicegah dan dirawat dengan ubatan untuk membunuh kutu serta telur selain mengawal simptomnya.



#2. PedikulosisPedikulosis juga merupakan antara jenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh parasit Pediculus humanus, sejenis kutu yang sangat gemar tinggal di dalam kulit kepala.


Kutu yang sangat kecil ini sangat gemar kawasan kulit berbulu lebat khususnya kepala dan juga mampu untuk kekal hidup dan membiak dengan menghisap darah anda.


Akibatnya, kulit kepala anda mungkin akan mengalami kemerahan dan kegatalan yang mungkin agak teruk namun tidak pula menyebabkan masalah pada rambut anda.


Cara untuk mengelakkan penyakit jangkitan kulit ini adalah dengan menggunakan syampu atau ubat kutu rambut yang dilakukan selama beberapa hari sehingga kutu dan telur ini hilang.


Selain itu, kalian juga mungkin boleh mengambil inisiatif untuk menyikat atau menyisir rambut dengan sikat bergigi tajam dan rapat untuk membuang kutu dan telur.


 #3. Creeping EruptionSelain itu juga, wujud satu lagi penyakit jangkitan kulit yang bukan disebabkan oleh kutu tetapi parasit lain iaitu cacing tanah dan ia dikenali sebagai Creeping Eruption.


Infeksi ini kemudiannya akan mengakibatkan pelbagai jenis simptom yang agak teruk seperti kulit merah, gatal, melecet dan timbul ruam membesar sehingga 1 ke 2 cm.


Kebiasaannya, simptom akibat infeksi ini mungkin akan muncul di kawasan kulit yang terkena tanah dan menjadi tempat tinggal cacing seperti pada kaki dan tangan.


Untuk mengubatinya, inisiatif yang efektif adalah dengan merawat simptom-simptom terlebih dahulu dengan mengambil ubatan krim, minyak atau losen daripada doktor.


Dalam pada itu, sila elakkan daripada kawasan tanah yang kotor dan dibimbangi menjadi rumah cacing tanah agar parasit ini tidak mampu menjangkiti kulit anda.


Awasi parasit ini untuk elak infeksi pada kulit!Konklusinya, terdapat banyak parasit yang mungkin boleh jadi punca penyakit jangkitan ini khususnya kutu dan cacing seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi.


Disebabkan itu, adalah penting untuk kalian mencegah segala perbuatan atau persekitaran yang boleh jadi punca parasit-parasit ini daripada menjangkiti tubuh badan.


Sekiranya infeksi itu telah berlaku atau berulang, segera bertindak dengan berjumpa doktor atau pakar kulit agar simptom tidak bertambah teruk sebelum terlambat.


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Kredit: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kickstory.net/2022/02/3-jenis-penyakit-jangkitan-kulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Dalam Sejuta Orang Bayi Alami Penyakit Kulit Rare Hingga Sukar Bernafas

Dua Dalam Sejuta Orang Bayi Alami Penyakit Kulit Rare Hingga Sukar Bernafas

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 163 hits
Kulit seorang bayi menjadi kering dan bertukar menjadi keras seperti cengkerang penyu telah menyebabkan dia sukar bernafas lapor The Mirror Bayi tersebut dikatakan lahir pada kemuncak wabak itu pada Jun 2020 namun penderitaan yang bakal dia...
Kitsui Whitie Snow Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman

Kitsui Whitie Snow Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 267 hits
Siapa nak kulit lebih cerah korang wajib amalkan Kitsui Whitie Snow ni Fungsi utama Kitsui Whitie Snow ni untuk korang yang ada masalah jerawat kemerah merahan pori besar kulit kusam ekzema kulit sensitif mengalami usus tidak sihat dan koto...
Manfaat Kulit Kayu Manis Untuk Kesihatan

Manfaat Kulit Kayu Manis Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 182 hits
Ramai yang gemar gunakan bahan ini dalam masakan sebagai rempah ratus namun mungkin belum tahu manfaat kulit kayu manis yang sebenar termasuklah buat pesakit diabetes Ya anda tidak salah membacanya kerana sudah banyak kajian yang menyatakan...
Kulit Rangup Inti Enak Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap

Kulit Rangup Inti Enak Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 195 hits
Sedapnya Karipap Inti Ikan ni Lama rasanya tak mencuba juadah popular dari Terengganu ni Berbeza dengan karipap biasa yang menggunakan kentang atau sardine tin karipap ini menggunakan inti ikan segar yang dimasak bersama santan dan ramuan r...
Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 238 hits
Malang tak berbau walaupun kita mengelakkan anak dari masuk ke dapur ada waktunya bahaya mengundang anak kita Minyak panas atau air panas paling penting dijauhkan dari anak Letaklah di tempat yang tinggi Namun jika ia terjadi jangan cemas d...
Kesan Jangkitan Salur Kencing Pada Bayi Dalam Kandungan

Kesan Jangkitan Salur Kencing Pada Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 161 hits
Kesan jangkitan salur kencing ketika hamil bukan perkara yang boleh dipandang remeh Seperti kita sedia maklum fasa kehamilan mendedahkan ibu kepada pelbagai komplikasi Selain darah tinggi dan diabetes yang merupakan antara komplikasi paling...
Jangkitan Covid 19 Kanak Kanak Sabah Tinggi

Jangkitan Covid 19 Kanak Kanak Sabah Tinggi

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 211 hits
Ramai kanak kanak dijangkiti kesan serius Covid 19 Kes Covid 19 babit kanak kanak Sabah masih tinggi Masidi KOTA KINABALU Sabah merekodkan kadar jangkitan COVID 19 yang tinggi membabitkan kanak kanak berumur bawah 11 tahun dan belum menerim...
Lepas Asyik Batuk Selesema Akhirnya Terjawab Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru Paru

Lepas Asyik Batuk Selesema Akhirnya Terjawab Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru Paru

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 163 hits
Ibu mana yang tidak risaukan anaknya bila ditimpa sakit berpanjangan Bagi pelakon Elfira Loy satu kelegaan buat dirinya bila mana akhirnya masalah anaknya yang kerap demam batuk selesema yang di lalui anaknya terjawab bila mana doktor akhir...
Cosmoderm Glow C Set Mencerahkan Dan Menganjal Kulit

Cosmoderm Glow C Set Mencerahkan Dan Menganjal Kulit

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 279 hits
Cosmoderm Glow C Set Mencerahkan Dan Menganjal Kulit Hai korangggg nak tak kulit cerah berseri dan anjal Ni haaa sis nak share dengan korang produk terbaru dari Cosmoderm Cosmoderm kalau keluarkan produk baru memang best best semuanya rasa ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy