Manfaat Kulit Kayu Manis Untuk Kesihatan





Ramai yang gemar gunakan bahan ini dalam masakan sebagai rempah ratus, namun mungkin belum tahu manfaat kulit kayu manis yang sebenar termasuklah buat pesakit diabetes.
Ya, anda tidak salah membacanya kerana sudah banyak kajian yang menyatakan kulit kayu manis itu boleh jadi salah satu daripada alternatif penawar kencing manis.
Persoalannya, bagaimana kulit kayu manis berfungsi untuk merawat penyakit diabetes? Jom teruskan membaca artikel!


Manfaat kulit kayu manis terhadap kesihatan!Buat anda yang mungkin jarang ke dapur, kulit kayu manis adalah sejenis rempah ratus berbentuk seperti kayu pokok bergulung kecil dengan warna coklat.
Ia juga boleh hadir dalam bentuk serbuk dan sangat popular di dalam masakan masyarakat kita seperti sup dan kari ekoran aromanya yang menyelerakan.
Sejak zaman dahulu lagi, ia bukan sahaja terkenal digunakan di dalam masakan malahan ubatan tradisional ekoran kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Lebih menarik lagi, para saintis telah menyimpulkan bahawa ia mengandungi antioksidan kedua tertinggi di antara 26 jenis rempah ratus popular yang lain.
Sesuai dengan tajuk artikel ini, manfaat kulit kayu manis juga dipercayai sangat bagus buat pesakit diabetes dan ia berfungsi dengan cara yang sangat efektif.


Bagaimana kulit kayu manis merawat diabetes?Selain pengambilan ubatan dan rawatan seperti suntikan insulin, kulit kayu manis mungkin boleh dijadikan alternatif untuk merawat diabetes dengan cara:
#1. Mengurangkan kadar gula selepas makanBergantung kepada jenis dan saiz hidangan berserta karbohidrat yang dibawa, kadar gula dalam darah boleh meningkat dengan drastiknya selepas makan.
Peningkatan ini seterusnya akan meningkatkan juga kadar stres oksidatif dan keradangan yang seterusnya merosakkan sel-sel dalam tubuh badan anda.
Kajian mendapati, pengambilan 1.2 sudu kecil (6 gram) kulit kayu manis bersama puding nasi mampu mengawal kadar gula dengan menghalang enzim penghadaman.


#2. Mengurangkan kadar gula semasa puasaKajian yang melibatkan 543 pesakit kencing manis jenis 2 berjaya mengurangkan kadar gula puasa sekitar 24 mg/dL (1.33 mmol/L) jika ambil kulit kayu manis.
Ia dipercayai berkaitan dengan keupayaan rempah ratus ini yang mampu memberi kesan kepada hemoglobin A1C, yang penting untuk mengawal glukosa puasa.
Ini sekali gus membuktikan bahawa pengambilan kulit kayu manis ini adalah bagus dalam usaha menstabilkan kadar gula dalam darah termasuklah semasa puasa.


#3. Meningkatkan sensitiviti insulinBagi individu dengan kencing manis, ia mungkin bermaksud pankreas tidak dapat menghasilkan insulin atau kurang bertindak balas dengannya di tahap maksimum.
Selain mampu merendahkan kadar glukosa, manfaat kulit kayu manis juga boleh meningkatkan sensitiviti insulin dengan membantu membawa glukosa kepada sel tubuh.
Kajian terhadap 7 orang pesakit diabetes menunjukkan bahawa rempas ratus ini telah berjaya meningkatkan sensitiviti insulin sekurang-kurangnya selama 12 jam.


#4. Merendahkan risiko komplikasi diabetesDiabetes adalah kondisi kesihatan yang mungkin boleh menyebabkan komplikasi lain dalam aspek kardiovaskular termasuklah penyakit yang melibatkan organ jantung.
Kajian mendapati bahawa pengambilan kulit kayu manis boleh merendahkan risiko ini ekoran kemampuannya mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida.
Bukan itu sahaja, rempah ratus ini turut dipercayai mampu merendahkan kedua-dua tekanan darah sistolik dan diastolik jika diambil 12 minggu secara berturut-turut.


Kulit kayu manis jenis Ceylon vs Cassia?

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kulit kayu manis utama iaitu Ceylon and Cassia yang masing-masing berasal dari keluarga pokok yang berlainan.
Cassia berasal dari keluarga pokok Cinnamomum yang berharga murah dan lebih mudah ditemui di pasar raya kerana ia sangat popular dalam masakan.
Ceylon berasal dari keluarga pokok Cinnamomum verum yang berharga murah tetapi tidak banyak dijual di pasar raya kerana ia mungkin sukar ditemui.
Pun begitu, jenis Ceylon dipercayai lebih bagus sebagai penawar kencing manis berbanding jenis Cassia ekoran kandungan antioksidannya yang lebih tinggi.
Jadi, anda mungkin perlu melabur lebih banyak wang untuk mendapatkan manfaat lebih baik!


Sila hati-hati dengan kesan sampingannya!Untuk pengetahuan anda, kulit kayu manis bukan sahaja tinggi dengan antioksidan malah juga coumarin yang wujud dalam beberapa jenis tumbuhan.
European Food Safety Authority telah mengeluarkan garis panduan agar kita tidak mengambil tumbuhan dengan coumarin lebih dari 0.1 mg per kilogram.
Selain itu, mereka yang ada diabetes dan sedang mengambil ubatan atau rawatan seperti suntikan insulin perlu lebih berwaspada jika ingin ambil rempah ratus ini.
Untuk lebih pasti tentang manfaat kulit kayu manis terhadap diabetes ini, sila dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu okay!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber asal artikel - Manfaat Kulit Kayu Manis



Penafian: Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran pihak Hello Doktor. Untuk Maklumat lanjut, sila layari Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kickstory.net/2021/10/manfaat-kulit-kayu-manis-untuk-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Ahli Running Man Positif Tapi Song Jihyo Kim Jongkook Kongsi Keadaan Kesihatan Kini

Semua Ahli Running Man Positif Tapi Song Jihyo Kim Jongkook Kongsi Keadaan Kesihatan Kini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 573 hits
Tidak terlepas daripada menjadi mangsa hampir separuh ahli Running Man dijangkiti COVID 19 baru baru ini Terbaru Kim Jong kook telah memuat naik video di saluran YouTube miliknya dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman selepas dijangkiti ...
Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 316 hits
Sudah 10 hari bergelar ibu selebriti popular Neelofa sedang mengecapi proses berpantang di rumah ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal Neelofa 33 menyatakan dia tidak dapat membezakan sakit...
Pantau Tahap Kesihatan Selepas Terima Dos Penggalak

Pantau Tahap Kesihatan Selepas Terima Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR 23 Rejab 1443H Jumaat Penerima dos penggalak vaksin COVID 19 perlu peka dengan perubahan kesihatan diri dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas vaksinasi dan sekiranya mengalami kesan sampingan berlanjutan melebihi tiga hari ...
Majlis Perasmian Kolaborasi Usahawan Perintis Dimaz Keajaiban Herba Dalam Merawat Kesihatan Ppim 24 02 2022

Majlis Perasmian Kolaborasi Usahawan Perintis Dimaz Keajaiban Herba Dalam Merawat Kesihatan Ppim 24 02 2022

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 201 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendapati semakin ramai pengguna yang terpengaruh dengan trend pengambilan makanan tambahan Walaupun kesedaran pengguna tentang pentingnya makanan sihat dan seimbang ramai juga yang tidak sedar pengambilan ...
Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam

Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 244 hits
Sebelum kita bermula dengan Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA Definisi Psikometrik Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur taha...
Essential Oil Ylang Ylang Young Living Mempunyai Aroma Manis Dan Romantis

Essential Oil Ylang Ylang Young Living Mempunyai Aroma Manis Dan Romantis

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum w b t Kelebihan Essential Oil Ylang Ylang Young Living Ylang Ylang merupakan sejenis bunga yang nama lainnya adalah Cananga odorata Ianya sangat terkenal The post appeared first on
Ide Gaya Busana Couple Ala Son Ye Jin Dan Hyun Bin Manis

Ide Gaya Busana Couple Ala Son Ye Jin Dan Hyun Bin Manis

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 209 hits
Duh ikut senang deh pasangan uwu ini akhirnya bakal segera menikah
Pemuda Pas Maran Hulur Sumbangan Kepada Amilinnya Kencing Manis Di Felda Ulu Jempul

Pemuda Pas Maran Hulur Sumbangan Kepada Amilinnya Kencing Manis Di Felda Ulu Jempul

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 140 hits
MARAN Pemuda PAS Kawasan Maran telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada amilinnya Fakhrurrazi Ramli 38 yang menderita sakit kencing manis dan buah pinggang baru baru ini Difahamkan beliau telahpun mengidap penyakit itu se...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul