3 Jenis E Wallet Yang Perlu Anda Ada
Penggunaan dompet digital semakin berkembang dengan adanya pelbagai keuntungan yang diberi oleh pihak penyedia kepada pengguna iaitu pulangan tunai dan potongan harga ketika membeli.
Dompet digital ini dikembangkan ketika zaman kegemilangan matawang blockchain sehingga matawang crypto ini disekat oleh pemerintah dalam pada sama banyak syarikat korperat mengambil bahagian dalam membina cuba membina teknologi yang seakan sama iaitu berkonsepkan cashless.
Tanpa perlu cerita panjang jom kita lihat beberapa jenis dompet digital menjadi pilihan kami sebelum menjelang tahun 2020.
#3. RAZER PAY
Razer Pay adalah aplikasi e-dompet yang direka untuk generasi belia dan milenium terutama kepada yang suka dalam arena online game kerana boleh terus membuat tambah nilai seperti molpoints. Razer Pay juga dikatakan sebahagian dari anak syarikat kumpulan Berjaya dimana ketika pelancaran tempoh hari ia pernah memberi RM10 dalam e-Dompet dengan setiap pendaftaran tapi lama kelamaan kami dapati pemasarannya agak perlahan.
https://pay.razer.com/my-ms/
#2. BOOST
Selepas beberapa minggu Boost dilancarkan aplikasi ini terus menjadi pilihan penulis kerana ia berfikir diluar kotak dimana mampu memberi pulangan tunai kepada pengguna ketika selesai melakukan pembayaran melaluinya dengan syarat pelangan harus goncang telefon bimbit. Paling banyak pernah dapat adalah sebanyak RM5, kempen pulangan tunai ini juga masih aktif semasa artikel ini dibuat.
https://www.myboost.com.my/
#1. TOUCH n'GO
Jika kami kata aplikasi ini sedang panas pasti korang tidak percaya nak tahu sebabnya? Ini satu-satunya aplikasi yang boleh melepasi TOL lebuhraya dengan melalui lorong RFID atau PayDirect, bukan itu sahaja ia juga sedang giat membuat kempen pulangan tunai dan belanja pengguna minuman dan makanan berjumlah lebih dari separuh harga iaitu sekitar RM1 sehingga RM2.50 di permis terpilih.
https://www.tngdigital.com.my/
Jadi tunggu apa lagi, cepat pilih dan muat turun e-Dompet ini dan nikmati ganjaran istimewa dari mereka dengan itu bolehlah kita berjimat. Dibawah ini adalah statistik peratusan yang sedang giat diguna pakai oleh pengguna di Malaysia dari semasa ke semasa.
https://iprice.my/trends/insights/best-ewallet-malaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.redahjer.com/2019/12/3-jenis-e-wallet-yang-perlu-anda-ada.html