Anak Diberhentikan Prasekolah Ibu Bapa Tuntut Permohonan Maaf Ganti Rugi Rm100 000


Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff, menunjukkan laporan polis oleh seorang wanita mengenai sebuah pusat prasekolah antarabangsa, di sini kerana didakwa memberhentikan anak lelakinya yang bersekolah di situ, atas alasan kurang munasabah di perkarangan ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pusat prasekolah antarabangsa, di sini kerana didakwa memberhentikan anak lelakinya yang bersekolah di situ, atas alasan kurang munasabah.

Selain tindakan undang-undang, wanita berusia 33 tahun itu turut membuat dua laporan polis mendakwa pihak sekolah melakukan kecuaian sehingga anaknya yang berusia tiga tahun itu mengalami kecederaan ketika berada di dalam kelas.

Laporan polis turut dibuat terhadap pihak sekolah yang didakwa membuat pelbagai tuduhan mengenai perlakuan anaknya yang dikatakan membahayakan keselamatan kanak-kanak lain seterusnya menjadi penyebab dia tidak lagi dibenarkan bersekolah di situ.

Kedua-dua laporan polis dibuat pada 11 dan 12 September lalu di Balai Polis Brickfields dan Balai Polis Jinjang.

Peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff, berkata kes berkenaan dirujuk oleh ibu kanak-kanak terbabit kepada pihaknya dan kini dalam proses mengambil tindakan sivil terhadap pusat prasekolah terbabit.

“Pada 2 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit yang kita panggil sebagai Z sedang bermain bersama-sama beberapa kanak-kanak lain dan mereka menarik ‘color wheel’ yang digantung di dalam kelas sehingga terjatuh dan mengenai mereka.

“Pihak sekolah pada awal menafikan ada kanak-kanak cedera tetapi selepas dibawa ke doktor, ibu Z dapati ada benjol pada kepala anaknya itu namun tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak lain turut cedera atau tidak,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Muhammad Hariz berkata, pihak sekolah juga turut mendakwa bahawa Z yang menarik sehingga ‘color wheel’ seperti rim basikal itu terjatuh, sedangkan beberapa kanak-kanak lain turut sama menarik hiasan itu ketika mereka bermain.

“Bila ditanya mengenai keperluan menggantung ‘color wheel’ itu di dalam kelas, pihak sekolah beri alasan ia adalah satu tradisi. “Namun bila diteliti, ‘color wheel’ yang digantung seperti itu dan boleh dicapai oleh kanak-kanak adalah satu yang membahayakan keselamatan kerana ia diperbuat daripada bahan seperti besi,” katanya.

Katanya, pihak sekolah juga didakwa membuat tuduhan bahawa Z ada menolak kepala rakannya ke pintu kaca namun selepas ibunya menyemak rakaman CCTV (kamera litar tertutup), perkara itu sebenarnya tidak berlaku, sebaliknya Z hanya memukul rakannya itu.

“Dakwaan sekolah mengatakan Z menolak kepala rakannya ke pintu cermin itu menyebabkan ada ibu bapa kanak-kanak lain tidak berpuas hati dan seterusnya pihak sekolah memutuskan untuk memberhentikan Z daripada terus bersekolah di situ,” katanya.

Perkara itu, katanya, memberi kesan kepada Z yang sering menangis kerana mahu bersekolah di situ semula dan menyatakan dia merindui rakan-rakan dan gurunya.

“Pihak ibu menuntut pihak sekolah membuat permohonan maaf kepada Z sendiri kerana anaknya amat terkesan dengan kejadian itu selain menuntut ganti rugi dalam bentuk pampasan wang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/anak-diberhentikan-prasekolah-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

Ibu Bapa Hadiahkan Ameera Khan Bmw I7 Netizen Dedah Harga Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 180 hits
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat hadiah sebuah kereta mewah jenis BMW i7 dari ibu bapanya Hadiah Ameera Khan BMW i7 Video kenyataan tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok peminat keluarga mereka dikena...
Saya Benci Ibu Bapa Harap Balasan Buruk Pada Anak Anak Anak Tak Boleh Pilih Siapa Ibu Bapa Mereka

Saya Benci Ibu Bapa Harap Balasan Buruk Pada Anak Anak Anak Tak Boleh Pilih Siapa Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini di laman Twitter seorang aktivis serta merupakan seorang peguam iaitu Asiah Abdul Jalil tampil memberi pandangannya mengenai isu 8216 panas 8217 yang sedang berlaku dalam keluarga penyanyi popular Shila Amzah Difahamkan dalam ...
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat

Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 166 hits
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat Ada masanya ibu bapa tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak anak Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas santai tinggi disiplin atau ...
Pemandu Cedera Ditembak Polis Dapat Ganti Rugi Lebih Rm600 000

Pemandu Cedera Ditembak Polis Dapat Ganti Rugi Lebih Rm600 000

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 232 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Tinggi Taiping mengarahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM602 500 kepada seorang pekerja ladang kelapa sawit yang ditembak oleh anggota polis dalam kejadian tujuh tahun lalu Pesuruhjay...
Jerebu Ibu Bapa Tidak Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan Terjejas

Jerebu Ibu Bapa Tidak Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan Terjejas

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 173 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Ibu bapa yang risau tentang kesihatan anak anak mereka ekoran jerebu dibenarkan untuk tidak menghantar anak anak ke sekolah namun perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah Itu antara 10 garis panduan yang d...
Dapat Biaya Ganti Rugi Korban Tabrakan Beruntun Di Senayan Ogah Tuntut Pengemudi Ferrari

Dapat Biaya Ganti Rugi Korban Tabrakan Beruntun Di Senayan Ogah Tuntut Pengemudi Ferrari

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 238 hits
Meski tidak menuntut dan telah ikhlas berdamai Danang mengaku belum mengetahui hasil keputusan dari polisi
Hiburan Gemuk Macam B Bi Kuning Pensohor Media Sosial Kekal Didenda Bayar Ganti Rugi Rm100k

Hiburan Gemuk Macam B Bi Kuning Pensohor Media Sosial Kekal Didenda Bayar Ganti Rugi Rm100k

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 239 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan denda bernilai RM100 000 kekal dikenakan buat seorang pempengaruh media sosial Eira Aziera gara gara perbuatan menghina dan memalukan seorang pesuruhjaya sumpah wanita menerusi Facebook Live tiga tahun l...
Bonding Ibu Anak

Bonding Ibu Anak

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum hai semua Dah lunch ke tu Bila LM selak semula gambar kami berpimpin tangan ni terasa sebak pula hati Kalau Allah ambil LM cepat siapa nak pimpin Aish macam ni ke tadika Kalau sebaliknya pula mampu kah LM hidup tanpa anak ke...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year