28 Studio Kl Kopi Seni Komuniti Dalam Satu Ruang


Kini ada satu lagi port wajib singgah buat penggemar kopi dan pencinta seni.Terletak di Taman Setapak Indah, 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe biasa – ia merupakan ruang inspirasi yang menggabungkan kopi, seni visual, studio foto layan diri dan ruang komuniti dalam satu tempat yang unik dan penuh gaya.

ELEMEN ESTETIK  Diperindahkan dengan elemen kayu dan sentuhan seni hasil idea pemiliknya sendiri, 28 Studio KL tampil sebagai simbol permulaan baru, bukan saja untuk pemiliknya, Qistina Batrisyia, malah untuk setiap pelanggan yang datang mencipta memori di sini.

“28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen dan menikmati secawan kopi yang disediakan. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk,” ujar Qistina.
Menariknya, keseluruhan interior kafe ini direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa.

Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang memutar papan roda untuk memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir menyokong hari bersejarah ini.

Turut kelihatan di acara ini adalah beberapa nama dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial. Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil di mana karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL.
Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. “Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,” ujar Dzili. Sementara itu, menu minuman seperti Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) menjadi pilihan utama.



28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif. Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. 28 Studio KL memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; menjadikan setiap kunjungan sebagai pengalaman yang lebih daripada sekadar minum kopi
LOKASI :
9-1, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur
WAKTU OPERASI :
12pm- 1 am ( setiap hari)
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak

Resipi Kuah Sup Kuetiau Celup Yang Sedap & Mudah

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Kuih Cara Gula Sedap, Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official



from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/04/28-studio-kl-kopi-seni-komuniti-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 140 hits
Sekarang ni harga emas makin naik ramai yang berkira kira nak beli Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita Datin Atikah Suhaime memang selalu mencuri perhatian netizen dengan sikap lemah lembut dan wajah berserinya Baru sahaja menimang ...
Staycation Dua Hari Satu Malam Di Geo Resort Hotel Genting Highlands

Staycation Dua Hari Satu Malam Di Geo Resort Hotel Genting Highlands

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 243 hits
Staycation Dua Hari Satu Malam di GEO Resort Hotel Genting Highlands Pernah pergi Genting Highlands Nona pernah and this is my first time jejakkan kaki ke Genting Highlands Disebabkan ini Kali pertama healing ke Genting Nona pilih untuk sta...
Konsert Solo Mega Stacy Bakal Gegar Kota Kinabalu Satu Konsert Seribu Kreativiti

Konsert Solo Mega Stacy Bakal Gegar Kota Kinabalu Satu Konsert Seribu Kreativiti

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 174 hits
Penantian peminat akhirnya berakhir apabila konsert solo mega Stacy Aku Stacy Menggegar Kota U diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media meriah di Sabah International Convention Centre Diadakan Di SICC Sabah via Joeprcinternational Ber...
The Last Of Us Complete Dua Permainan Dalam Satu

The Last Of Us Complete Dua Permainan Dalam Satu

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 156 hits
Minggu lalu Nintendo Direct memang menunjukkan gambaran positif tentang Switch 2 tapi beberapa persoalan masih tertinggal Kini kita mulai menjelajahi lebih jauh tentang konsol baru yang belum diluncurkan ini dan realita mulai terasa lebih j...
Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Anggota Polis Disiasat Ajak Wanita Check In Hotel

Is Dr M S Bangsa Malaysia Only Available In Sabah And Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Bubur Nasi Segera

Ayam Masak Kicap Madu Sedapnya Naik Satu Level Ini Resipinya

Rasa Tak Yakin Bila Diminta Jadi Imam

Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

Ketamakan Tidak Akan Membantu Pasaran

Kedai Mykasih Johor Senarai Kedai Cara Buat Semakan