27 Rohingya Tidak Lemas Sebaliknya Sudah Memasuki Malaysia Secara Haram


LANGKAWI, 27 Julai — Seramai 27 etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas di pulau ini kelmarin,  sebenarnya dalam keadaan selamat dan sudah memasuki negara ini secara haram.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata 13 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan dijumpai bersembunyi di Pulau Rebak Besar dekat sini, pada pukul 6.15 petang semalam.
Mereka ditemukan semasa Operasi Mencari dan Menyelamat yang dilaksanakan susulan  pihak berkuasa mendapat laporan awal daripada seorang etnik Rohingya yang ‘terselamat’ kononnya 24 orang penumpang lain dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun dari sebuah bot di pulau ini pada Sabtu, pukul 8 malam.
Helah itu dipercayai merupakan  modus operandi terbaharu etnik berkenaan cuba memasuki negara ini secara tidak sah kerana sebelum ini terdapat kes mereka sengaja membocorkan sebuah bot serta merosakkan enjinnya berhampiran pulau ini sebelum mendarat di Malaysia.
“(Awalnya) pasukan operasi mencari dan menyelamat itu gagal menemukan sebarang petunjuk atau mangsa. Pasukan operasi kemudian mendapat aduan dari seorang nelayan tempatan yang menemukan seorang lelaki etnik Rohingya di Pulau Rebak Besar, seterusnya bot Kilat Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi  berkenaan.
“Migran tersebut telah dibawa pulang ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan. Dia kemudian memaklumkan ada 26 lagi migran masih bersembunyi di pulau itu.
Ekoran itu, Bot Kilat dan Kapal Maritim (KM) Gagah bersama aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pencarian sebelum menemukan 26 lagi migran berusia antara lima hingga 45 tahun,” kata Mohd Zawawi.
Mohd Zawawi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua migran seramai 28 orang itu termasuk pengadu telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan menjalani saringan awal COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, migran terbabit  telah terjun dari sebuah bot nelayan sebelum berenang ke pulau berkenaan.
“Kita masih menyiasat sejak bila mereka berada di pulau tersebut dan bagaimana berjaya lolos masuk ke perairan negara. Selain itu, siasatan mendapati migran ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua tekong darat atau ‘dallal’ yang ditangkap dalam operasi melibatkan lima agensi, 21 Julai lalu.
Berkenaan modus operandi pergerakan migran ini, kita tidak menolak kemungkinan sebuah bot nelayan perlu datang untuk mengambil mereka tetapi kerana dua tekong darat itu telah ditahan menyebabkan mereka kehilangan arah menyebabkan seorang berenang menuju kawasan ‘breakwater’ (pemecah ombak) di Kuala Chenang,” katanya.
Mohd Zawawi turut melahirkan rasa kesal dengan sikap nelayan tempatan yang disyaki menjadi ‘pengangkut’  membawa masuk migran ke negara ini.
“Siasatan mendapati modus operandi sindiket menggunakan taktik menyeludup migran daripada bot induk yang berada berhampiran sempadan perairan negara ke bot nelayan tempatan bagi mengaburi pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) turut percaya kemasukan kumpulan pendatang tersebut mendapat bantuan penduduk tempatan disyaki menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan migran.
Komander NTF Laksamana Madya, Datuk Aris Adi Tan Abdullah mendakwa ia berikutan ada penduduk setempat di pulau itu yang dikesan memberi kemudahan bot-bot nelayan bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.
“Ini berikutan taktik digunakan mereka setelah memasuki perairan negara dengan cara menaiki bot-bot nelayan tempatan.
Mereka (migran) kemudiannya akan menyamar sebagai nelayan sebelum mendarat di pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aris Adi menyifatkan penglibatan penduduk tempatan yang didapati membantu kemasukan migran melalui perairan atau daratan persempadanan negara merupakan pengkhianat negara.
Beliau berkata NTF akan sentiasa membuat pemantauan berterusan serta tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terpelihara,” katanya.
“Tangkapan demi tangkapan akan dilakukan bagi mengesan saki-baki sindiket terlibat dalam penyeludupan migran.
Masyarakat digesa bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan migran, penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan melalui talian penting Pusat Operasi NTF (011-6251 1223),” katanya.
— BERNAMA
The post 27 Rohingya Tidak Lemas, Sebaliknya Sudah Memasuki Malaysia Secara Haram appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/27/27-rohingya-tidak-lemas-sebaliknya-sudah-memasuki-malaysia-secara-haram/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asus Rog Phone 3 Dijangka Memasuki Malaysia Seawal Pertengahan September

Asus Rog Phone 3 Dijangka Memasuki Malaysia Seawal Pertengahan September

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 267 hits
Asus ROG Phone 3 merupakan telefon pintar permua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi Buat masa ini beberapa informasi awal telah kedengaran termasuk disahkan bakal hadir dengan cip Snapdragon 865 Telefon pintar ini akan dilancarkan secar...
Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 277 hits
Oleh Maszureen Binti Hadzman and Nuraina Hanis Binti Abd Halim PEJABAT UNHCR di Kuala Lumpur jadi tumpuan pelarian untuk mendapatkan dokumen khas KUALA LUMPUR Percaya atau tidak pelarian Rohingya yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa ...
Usir Rayhan Kabir Senarai Hitam Daripada Memasuki Malaysia

Usir Rayhan Kabir Senarai Hitam Daripada Memasuki Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Lelaki warga Bangladesh Md Rayhan Kabir akan diusir keluar dari negara ini dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama lamanya Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata lelaki berusia 25 tahun ditahan sepasuk...
24 Pelarian Rohingya Dikhuatiri Lemas Di Langkawi

24 Pelarian Rohingya Dikhuatiri Lemas Di Langkawi

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 234 hits
91 total views 91 views today Sejumlah 24 migran dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi kira kira pukul lapan malam tadi Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis Laksamana Pertama...
Maritime Intrusions Malaysia Not Powerless Say Experts

Maritime Intrusions Malaysia Not Powerless Say Experts

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 319 hits
The intrusion of the China Coast Guard vessels in the Malaysian waters over since 2016 does not translate into Malaysia being powerless in defending its water territory said experts Universiti Malaya Department of International and Strategi...
Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

Bank Dunia Malaysia Depani Badai Covid 19 Lebih Baik Negara Lain

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR 19 JULAI Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid 19 Malaysia mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan lebih baik berbanding negara negara lain kata Bank Dunia Pengarah Negara Bank Dunia bagi Br...
Tawarkan Keunikan Game Hyper Scape Tampilkan Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia

Tawarkan Keunikan Game Hyper Scape Tampilkan Karakter Wanita Berhijab Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 266 hits
Umum tahu sekiranya sesebuah permainan video dihasilkan di luar negara amat tipis sekali peluang untuk kita melihat watak dalam permainan yang berasal dari Asia Tenggara Namun tidak bagi permainan Hyper Scape yang bukan sahaja menampilkan w...
Vivo Malaysia Perkenalkan Peranti X Series Terbaru X50 X50 Pro

Vivo Malaysia Perkenalkan Peranti X Series Terbaru X50 X50 Pro

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraVIVO MALAYSIA PERKENALKAN PERANTI X SERIES TERBARU X50 X50 PRO Baru baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis pelancaran peranti pintar terbaru keluaran jenama Vivo iaitu Vivo X50 dan X50 Pro ...
Prestasi Terkini Th Kerana Peningkatan Mendadak Ekonomi Malaysia

Prestasi Terkini Th Kerana Peningkatan Mendadak Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 293 hits
Oleh Hawa YaakubPRESTASI setengah tahun pertama 2020 Tabung Haji berkait rapat dengan peningkatan mendadak ekonomi Malaysia pasca Perintah Kawalan Pergerakan The Edge Markets pada 9 Jun lepas melaporkan Malaysia berada pada tangga teratas b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba