25 Mangsa Sindiket Tipu Kerja Di Myanmar Tiba Di Malaysia


 
Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myanmar tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam hari ini. (Gambar Bernama)
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 25 lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, Myanmar selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 4.40 petang Rabu.
“Semua mangsa diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan lanjut,” kata Kementerian Luar sambil menambah Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok memudah cara penghantaran pulang mangsa.
“Mereka sebahagian daripada warga asing yang diselamatkan pihak berkuasa Myanmar dalam operasi pembanterasan sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy,” menurut Kementerian Luar yang lebih dikenali Wisma Putra dalam kenyataan.
Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon melakukan lawatan konsular ke Myawaddy di wilayah Kayin, Myanmar bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia sebelum menyerahkan mereka kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
“Pegawai ini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand di Mae Sot, wilayah Tak, Thailand untuk menguruskan kepulangan mereka melalui jalan darat.”
Wisma Putra berkata, bantuan konsular menyeluruh diberikan kedua-dua kedutaan Malaysia, termasuk menghubungi waris, mengeluarkan dokumen perjalanan sementara, mengatur pengangkutan, menyediakan barangan keperluan asas seperti makanan dan pelitup muka serta mengiringi mangsa dari Mae Sot ke Bukit Kayu Hitam.
“Proses penghantaran pulang ini kesinambungan kepada operasi serupa pada 24 Feb lalu, apabila Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok memudah cara kepulangan 15 rakyat Malaysia.”
Katanya, kejayaan proses penghantaran pulang itu turut disumbang kerjasama erat Kementerian Dalam Negeri, polis, Jabatan Imigresen dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
“Kementerian Luar merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Thailand dan pihak berkuasa Myanmar atas bantuan mereka dalam menerima serta mempercepatkan proses penghantaran pulang 25 warganegara Malaysia itu.
“Kementerian Luar kekal komited memastikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara dan melalui perwakilan diplomatiknya akan terus memberikan bantuan konsular apabila diperlukan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/25-mangsa-sindiket-tipu-kerja-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengaku Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Rupanya Ejen Pemerdangan Manusia

Mengaku Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Rupanya Ejen Pemerdangan Manusia

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 148 hits
Ernalisa OthmanMereka yang memakai pelitup muka seterusnya dilihat memasuki bangunan balai polis untuk urusan selanjutnya Foto fail Astro AWANIKUALA LUMPUR Polis mengesahkan seorang daripada 25 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sin...
Kerajaan Persekutuan Negeri Perlu Kerja Keras Bina Masa Depan Malaysia Pm Anwar

Kerajaan Persekutuan Negeri Perlu Kerja Keras Bina Masa Depan Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 170 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor di Shah Alam pada 13 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimSHAH ALAM 13 Mar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras...
Siri Xiaomi Pad 7 Tiba Di Malaysia Skrin 3 2k Cip Snapdragon Harga Serendah Rm1 299

Siri Xiaomi Pad 7 Tiba Di Malaysia Skrin 3 2k Cip Snapdragon Harga Serendah Rm1 299

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 149 hits
Xiaomi turut memperkenalkan siri Xiaomi Pad 7 terdiri daripada Xiaomi Pad 7 Pro dan Xiaomi Pad 7 yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan hiburan Tablet ini menampilkan skrin 11 2 inci 3 2K dengan kadar segar semula 144Hz empat pembe...
Why Do Corporate Malaysia Persist With Flogging A Dead Horse When The Outcome Is Obvious

Why Do Corporate Malaysia Persist With Flogging A Dead Horse When The Outcome Is Obvious

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 177 hits
ACCORDING to the Merriam Webster dictionary to flog a dead horse means to waste time and effort in trying to do something impossible So why do so many organisations persist in doing so This seems to be the question posed by Facebooker Toong...
Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 219 hits
Diamond pendants have long been a symbol of elegance and sophistication Whether worn as a personal statement or given as a meaningful gift they enhance any jewelry collection with timeless beauty In Malaysia Diamond Talk stands out as a tru...
How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 206 hits
Why Background Screening Matters for Banks Hiring the right employees is crucial for banks and financial institutions where security trust and integrity are top priorities A bank employee background check Malaysia helps verify a candidate s...
Ftklaa Dilarang Sertai Agm Olahraga Malaysia

Ftklaa Dilarang Sertai Agm Olahraga Malaysia

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 102 hits
V Pulainthiran dari FTKLAA pada mesyuarat ahli majlis Olahraga Malaysia KUALA LUMPUR Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilarang menyertai mesyuarat agung tahunan Olahraga Malaysia pada 15 Jun ini Melalui pindaan perlembaga...
Agong Kurnia Bot Pemintas Berteknologi Tinggi Kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang

Agong Kurnia Bot Pemintas Berteknologi Tinggi Kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang menerusi Royal Boat Hangar Johor di Pos Maritim Teluk Gading semalam Timbalan Ke...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama