Agong Kurnia Bot Pemintas Berteknologi Tinggi Kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang






KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menerusi Royal Boat Hangar Johor di Pos Maritim Teluk Gading, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan bot berkenaan untuk meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan dalam operasi kawalan perairan negara.
"Kurniaan ini mencerminkan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong terhadap keselamatan perairan negara dan kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam mengekang ancaman jenayah maritim.
"Bot ini adalah pinjaman tanpa kos bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mac 2025 dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempertingkatkan keupayaan rondaan serta operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab dan wakil Royal Boat Hangar Johor Mohamad Yuni Ismail.
Saiful Lizan berkata bot tersebut akan digunakan dalam pelbagai operasi yang dilaksanakan Maritim Pahang merangkumi Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), penguatkuasaan undang-undang di laut dan rondaan maritim.
"Keupayaannya akan memperkasakan peranan Maritim Malaysia dalam menghalang pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di perairan Pahang. Kurniaan ini bukan sahaja satu penghormatan buat Maritim Malaysia Negeri Pahang tetapi juga satu amanah besar dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara," katanya.
Bot IC 1170CC itu mempunyai spesifikasi canggih dengan panjang 12.6 meter dan lebar 3.5 meter serta dilengkapi enjin berkuasa tinggi yang membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 56 knot manakala kelajuan pelayaran optimum ialah 40 knot.
Reka bentuk dalaman bot ini turut diubah suai secara khusus bagi memastikan keselesaan serta kelancaran pergerakan kru semasa operasi, selain turut dilengkap aluminium trailer membolehkannya dipindahkan dengan mudah mengikut keperluan operasi serta memudahkan proses up-slip dan down-slip dalam tempoh segera.
Dibina berasaskan kejuruteraan moden, bot ini direka sebagai aset pemintas berkelajuan tinggi yang berupaya beroperasi secara optimum, menjadikannya aset strategik dalam usaha memperkukuh keselamatan perairan negara. #AWANI
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/agong-kurnia-bot-pemintas-berteknologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 363 hits
TEMERLOH Kuching City FC tidak berdepan masalah untuk membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Sri Pahang FC 2 0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak turun den...
Fandi Sri Pahang Fc Beri Tumpuan Sepenuhnya Baki Saingan Liga Super Berbanding Final Piala Malaysia

Fandi Sri Pahang Fc Beri Tumpuan Sepenuhnya Baki Saingan Liga Super Berbanding Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 363 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada baki saingan Liga Super berbanding final Piala Malaysia Namun legenda bola sepak Singapura itu berkata keutamaan tetap pada aksi final Piala Malaysia teruta...
Jaecoo Malaysia Sedia Capai Mercu Lebih Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Untuk Lancarkan Jaecoo J7 Phev

Jaecoo Malaysia Sedia Capai Mercu Lebih Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Untuk Lancarkan Jaecoo J7 Phev

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 329 hits
Peralihan tenaga automotif Malaysia sedang aktif dijalankan dengan sebahagian besar masyarakat masih mempertimbangkan kesesuaian Kenderaan Elektrik dan ekosistem EV secara keseluruhan Melancarkan JAECOO J7 PHEV JAECOO hadir dengan menyokong...
Najib Obama Tinggi Saya Orang Pahang Tinggi Juga

Najib Obama Tinggi Saya Orang Pahang Tinggi Juga

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 267 hits
Datuk Seri Najib Razak mendakwa Malaysia bukan sebuah negara yang gagal bawah pemerintahan Umno BN Sebaliknya perdana menteri berkata Malaysia semakin hari semakin maju bawah pentadbiran beliau Di bawah Umno kita boleh melihat bahawa negara...
Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Nasional Bukit Jalil Ceo Sri Pahang Sambut Baik Keputusan Mfl

Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Nasional Bukit Jalil Ceo Sri Pahang Sambut Baik Keputusan Mfl

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 296 hits
KUANTAN Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang FC Datuk Mohammed Suffian Awang yakin bahawa pasukan mereka sudah bersedia untuk menghadapi Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 25 yang akan berlangsung pada 12 April di Stad...
Denza D9 Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Denza D9 Malaysia Spesifikasi Varian Harga

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 359 hits
Denza D9 sebuah kenderaan pelbagai guna elektrik premium di bawah jenama mewah BYD telah dilancarkan di Malaysia pada 20 Februari 2025 MPV ini hadir dalam dua varian iaitu Advanced dan Premium dengan harga masing masing RM259 000 dan RM309 ...
Ramadan 2025 Malaysia

Ramadan 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 468 hits
Menjelang beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan datang kepada kita Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini InsyaAllah Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi...
Resepi Burger Malaysia Yang Best Kredit Zieramad

Resepi Burger Malaysia Yang Best Kredit Zieramad

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 300 hits
Resepi Burger Malaysia yang Sedap Kredit zieramad Kalau cakap pasal burger siapa je yang boleh tolak Burger Malaysia terkenal dengan rasa yang unik dan pelbagai pilihan yang menggugah selera Jom kita lihat resepi mudah untuk buat burger yan...
Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Keretapi Sarong 2025

Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Dengan Keadaan Golden Cross Chainlink Berkemungkinan Untuk Mengukuhkan Hari Ini Jumaat 12 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Mereka Yang Hyperthyroid Perlukan Rai

Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir

Terong Berlado

How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai