25 Kata Kata Peransang Minda Yang Terkenal Untuk Anda Baca Dan Cuba Renungkan




Ada banyak kata-kata peransang minda yang terkenal diucapkan oleh, samada orang yang terkenal atau para pemimpin hebat.
Membaca kata-kata itu dan merenungnya dapat menaikkan semangat dan memberikan inspirasi kepada kita semua.
Sebelum itu, sebagai nota, perlu saya sebut bahawa, dah tentu bagi kita yang muslim, tiada kata-kata paling baik yang dijunjung tinggi dan perlu diamalkan selain kata-kata sahih, junjungan besar Nabi Muhammad (Selawat dan Salam ke atas beliau). Itu tak perlu dipertikaikan lagi dan saya yakin anda semua tentu sering mengulang kaji segala sabda nabi kita yang tercinta itu.
Segala kata-kata motivasi berikut di bawah adalah sebagai tambahan untuk anda semua yang suka merenung dan mencari semangat untuk terus gigih berusaha membentuk cara berfikir yang baik.
Kata-kata peransang mindaKenapa kata-kata peransang minda ini menjadi inspirasi ramai orang?
Salah satu sebabnya adalah kerena, ketika hidupm orang yang sebut itu berjaya mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding kebanyakan orang lain.
Sudah tentu kejayaan tersebut adalah hasil daripada cara mereka berfikir dan fikiran tersebut diterjemahkan ke dalam amalan hidup.
Cara seseorang itu berfikir sedikit sebanyak dapat digambarkan melalui apa yang mereka ucapkan. Dan ucapan mereka tergambar melalui amalan mereka. Maka sebab itulah, kata-kata mereka sering menjadi sumber inspirasi ramai orang.
Saya kongsikan kata-kata tersebut untuk simpanan peribadi di blog hidupringkas ini.
#1. “I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.” –Maya Angelou


Segala kata-kata atau perbuatan sebenarnya hanya akan memberi kesan apabila ia menimbulkan kesan emosi terhadap seseorang.
Apa orang cakap tak penting. Apa orang buat juga tak penting. Tapi apa kesan yang berlaku dalam jiwa dari kata-kata atau perbuatan itu yang menentukan segala-galanya.
Oleh itu, sebelum nak cakap, sebelum nak buat sesuatu yang melibatkan orang lain, fikirkan apakah kesan yang bakal berlaku dalam jiwa orang tersebut.
#2. “Whether you think you can or you think you can’t, you’re right.” –Henry Ford


Jika direnung betul-betul petikan dari Henry Ford ini, memang tepat sangat. Semua orang bertanggung jawab penuh terhadap dirinya sendiri.
Kalau percaya yang anda boleh buat, betul bagi diri anda. Jika anda percaya tak boleh buatpun, memang betul juga buat anda sendiri. Tak ada sesiapa yang boleh paksa apa yang anda percaya.
Oleh itu, kalau nak lakukan sesuatu yang baik dan mendatangkan manfaat buat diri sendiri juga buat orang lain, lebih bijak jika anda percaya boleh. Kemudian lakukannya, hanya dengan bersikap percaya saja, separuh dari kejayaan sudah tercapai.
#3. “Perfection is not attainable, but if we chase perfection we can catch excellence.” –Vince Lombardi


Sebagai makhluk, kita tak boleh lari dari sifat lemah dan tidak sempurna. Yang sempurnya hanyalah Pencipta. Dari situ, amat logik jika kita percaya kesempurnaan adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Namun begitu, sasaran untuk mencapai kesempurnaan perlu ada dalam setiap perkara yang mahu dilakukan. Ia dapat membantu kita mencapai kecemerlangan walaupun ianya bukanlah yang sempurna.
#4. “Life is 10 percent what happens to me and 90 percent of how I react to it.” –Charles Swindoll


Macam yang saya kata kat atas tadi, bukan apa yang berlaku pada diri yang menentukan kehidupan kita. Sebaliknya apa reaksi kita terhadap yang berlaku itu banyak memberikan impak terhadap kehidupan.
Oleh itu berfikir terlebih dahulu sebelum nak bertindak terhadap apa yang berlaku pada diri sendiri.
Walaupun orang yang sebut itu merupakan seorang paderi Kristian, ada perkara yang boleh kita belajar dari kata-katanya itu.
#5. “If you look at what you have in life, you’ll always have more. If you look at what you don’t have in life, you’ll never have enough.” -Oprah Winfrey


Masa muda dulu saya suka sebut ayat, ‘indah sebelum dimiliki’. Ini punya maksud yang sama dengan kata-kata di atas.
Masa muda sebelum kahwin, wanita yang kita jatuh suka nampak sangat indah. Maka dikejar dan sanggup berjanji bulan dan bintang demi mendapatkannya.
Tapi bila dah dapat, segala keindahan itu mula hilang dengan pantas. Dah berkenan kat orang lain pula. Itu hasilnya bila tumpuan hanya pada apa yang tidak dimiliki, tak pernah puas.
Tapi kalau kita sentiasa menilai dengan baik dan fokus pada apa yang kita ada, baru sedar bahawa kita dah ada segala-galanya.
#6. “Remember no one can make you feel inferior without your consent.” –Eleanor Roosevelt


Ada saja orang yang nak mengata tak baik tentang diri kita. Itu lumrah kehidupan yang perlu dihadapi.
Tapi yang menentukan samada kita betul-betul sebagaimana yang diperkatakan adalah diri sendiri. Kalau anda percaya perkara buruk yang diperkatakan, maka anda telah membenarkan kata-kata tersebut.
Jiwa yang kuat sesekali tidak akan benarkan kata-kata dari orang lain yang membuatkan anda rasa rendah dan hina.
Tepis saja semua kata-kata itu dan ajar orang itu bahawa tiada orang lain boleh hina dan rendahkan anda tanpa mendapat terlebih dahulu keizinan dari anda. Paling mudah, kata saja padanya, ‘boleh blah.. !’
#7. “I can’t change the direction of the wind, but I can adjust my sails to always reach my destination.” –Jimmy Dean


Manusia biasanya tak dapat nak halang faktor luaran yang berlaku dalam kehidupannya. Ekonomi lembab, bank tak luluskan permohonan pinjaman, kena buang kerja sebab kilang pindah ke negara lain dan macam-macam lagi boleh berlaku tanpa dapat dikawal.
Ada dua cara kita menghadapinya,
Merungut dan salahkan keadaan yang berlaku – Ini sikap orang yang tak akan berjaya dalam apa saja usaha yang dilakukan.Ubah perancangan dan tindakan bersesuaian dengan keadaan – Ini sikap orang yang berjaya.Macam perumpamaan didalam kata-kata di atas tu. Tak ada orang yang boleh tentukan arah angin bertiup. Kalau nak mrungut dan tunggu angin bertiup ke arah yang dia mahu, sampai bilapun tak akan sampai ke destinasi.
Tapi kalau anda ubah payar kapal bersesuaian dengan arah angin bertiup, kapal akan sentiasa bergerak ke arah destinasi yang nak dituju.
#8. “Do or do not. There is no try.” -Yoda


Sama macam arwah bapak saya selalu berikan peringatan.
Kalau nak buat kerja, buat betul-betul, jangan main-main atau cuba-cuba. Jangan sekadar nak lepaskan batok di tangga, pesannya.
Kalau nak cuba-cuba tanpa kesungguhan, lebih baik jangan buat terus.
Akibat sering kena marah diherdik bapak masa kanak-kanak dulu. Saya tanam sikap yang sama. Kalau nak buat, buat betul-betul. Kalau tak, tak payah buat lansung.
#9. “Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve.” -Napoleon Hill


Masalah besar yang banyak orang hadapi adalah tak berani nak berimpian besar. Malu atau tertanam dengan didikan supaya jangan amalkan angan-angan Mat Jenin, mungkin ?
Bagi orang yang langgar saranan tak betul tu, mereka berimpian besar dan sentiasa membayangkannya di dalam kepala. Dan kebanyakannya berjaya mendapatkan apa yang dia impikan itu lambat atau cepat.
Oleh itu, tanamlah impian sebesar mana saja yang logik dek akal. Jika anda mampu membayangkannya dengan jelas dan terang, anda pasti, insyaallah, akan berjaya mendapatkannya.
#10. “Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do, so throw off the bowlines, sail away from safe harbor, catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.” -Mark Twain


Memang dah lumrah sikap manusia akan sesalkan perkara yang dia tak dapat lebih daripada perkara yang dia dapat.
Oleh itu gunakan pengetahuan tersebut untuk kejar apa saja perkara yang anda ingin dapat. Asalkan logik, halal dan beretika, teruskan saja. Jangan sampai dah terlantar atas katil baru nak menyesal. Dah tak guna.
Antara perkara yang orang tahu dia dah nak mati sesalkan, seperti mana yang dicatitkan oleh seorang Nurse penjaga kes berat, yang pernah saya baca, adalah, menyesal asyik buat apa yang orang nak dia buat dan korbankan diri sendiri tak buat perkara yang dia sendiri nak buat.
Ramai juga menyesal kerja terlalu kuat sampai tak sempat mengecapi kehidupan. Ada juga yang menyesal sebab tak pernah buat keputusan untuk hidup bahagia.
Semuanya adalah sesalan terhadap perkara yang dia tak buat.
Anda nak berhenti kerja makan gaji dan berniaga kan ?
Tunggu apa lagi ya ?
#11. “I’ve missed more than 9000 shots in my career. I’ve lost almost 300 games. Twenty-six times I’ve been trusted to take the game winning shot and missed. I’ve failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed.” -Michael Jordan


Lagi banyak kesilapan dan kegagalan, lagi dekat anda menghampiri kejayaan.
Dengan semua pengalaman kegagalan itulah, yang membuatkan kejayaan menjadi sesuatu yang amat manis. Bukan saja kejayaan itu yang manis, malah kegagalan itu juga adalah jauh lebih manis.
#12. “Strive not to be a success, but rather to be of value.” -Albert Einstein


Janganlah terlalu obses dengan kejayaan. Sebab kejayaan itu adalah destinasi, bila dah sampai nak tentukan destinasi baru pulak yang tak pernah habis.
Kejayaan itu juga adalah hasil dari perjalanan berat berusaha. Nikmati usaha atau perjalanan itu, ia sentiasa meningkatkan nilai diri dan kehidupan anda. Itulah yang jauh lebih baik.
Buat apa saja sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh. Itu sikap yang perlu ada bagi semua orang yang bernilai tinggi.
#13. “I am not a product of my circumstances. I am a product of my decisions.” -Stephen Covey


Biarlah apa saja yang berlaku disekeliling anda. Yang paling penting, anda sendiri yang kawal keputusan yang nak dibuat.
Jangan sesekali nak salahkan keadaan sebab semua keputusan ada dalam tangan anda. Tak ada sesiapa pun tahu apa akan berlaku di hadapan.
Yang dah berlaku memang tak boleh nak ubah, tapi siapa tahu yang di depan ? buat keputusan, nekad dan berusahalah.
Jatuh bangun semula, siapa tahu samada akan jatuh lagi atau tidak selepas ini… ?
#14. “When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.” -Henry Ford


Kalau belajar sains, anda tentu faham apa yang disebut oleh Henry Ford kat atas tu. Halangan dari angin itulah yang membuatkan kapal terbang boleh dilonjakkan naik.
Jadi kenapa nak merungut apabila usaha anda dihalang. Kenapa nak marah bila anda bawa bola nak jaringkan gol, dihalang oleh pemain lawan ?
Memang macam itu peraturannya. Tak ada halangan, tak adalah kejayaan. Terima hakikat itu dan gunakan segala halangan untuk maju ke depan.
#15. “It is during our darkest moments that we must focus to see the light.” –Aristotle Onassis


Semakin gelap keadaan sekeliling, semakin mudah untuk anda mengesan sebarang cahaya walaupun cahaya yang amat malap.
Oleh itu fokus pada mencari cahaya, jangan takut dan jangan hilang arah. Kegelapan itu sedang membantu anda mengenal pasti kewujudan cahaya.
#16. “Don’t judge each day by the harvest you reap but by the seeds that you plant.” –Robert Louis Stevenson


Jangan sombong dan angkuh dengan kejayaan yang dah dicapai. Tapi berikan tumpuan pada usaha baru yang boleh anda lakukan sekarang untuk menjadi lebih baik lagi.
#17. “If you hear a voice within you say, ‘You cannot paint,’ then by all means paint and that voice will be silenced. –Vincent Van Gogh


Memang betul saranan ini. Kadang kala bisikan anda sendiri dalam kepala yang menghalang dari bertindak.
Jika anda lawan dan buat juga, bisikan itu dengan sendirinya akan hilang entah ke mana. Jadi  jika ada bisikan mengarut mengatakan anda lemah, tak boleh itu dan tak boleh ini, buat saja untuk padamkan terus semua bisikan tersebut.
#18. “Build your own dreams, or someone else will hire you to build theirs.” –Farrah Gray


Lebih banyak anda dipergunakan, lebih rendah kedudukan anda dalam hiraki masyarakat. Lebih banyak anda menggunakan orang, lebih tinggi kedudukan anda dalam hiraki masyarakat.
Yang paling baik adalah saling guna menggunakan dan masing-masing menyumbang antara satu sama lain untuk mencapai maksud kehidupan.
Yang paling malang adalah apabila anda sentiasa dipergunakan hanya untuk membantu orang lain mencapai maksudnya sahaja. Dan anda sendiri makan hati tak ke mana.
Pilih sendiri di mana kedudukan anda yang sesuai.
#19. “A person who never made a mistake never tried anything new.” -Albert Einstein


Lumrah kejadian apabila anda mencuba apa saja perkara baru, akan berlaku kesilapan samada besar atau kecil. Dari kesilapan itulah kita berlatih untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Kalau anda takut nak buat silap, anda juga akan takut untuk mencuba perkara baru. Tiada orang yang akan maju ke depan tanpa mencuba perkara baru.
#20. “When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us.” –Helen Keller


Sama macam yang anda dah tahu, segala kajadian berlaku secara berpasangan.
Bila datang negatif, akan ada di sebaliknya yang positif. Cumanya kita sering terleka merenung yang negatif itu saja sampai terlupa nak cari pasangannya yang positif.
#21. “When I was 5 years old, my mother always told me that happiness was the key to life. When I went to school, they asked me what I wanted to be when I grew up. I wrote down ‘happy.’ They told me I didn’t understand the assignment, and I told them they didn’t understand life.” -John Lennon


Kita boleh terjemahkan kegembiraan hidup di atas sebagai menjadi orang yang bersyukur. Jika menjadi insan yang bersyukur merupakan sasaran hidup kita, maka kita faham apa itu kehidupan.
Tapi perlu faham pula apa itu bersyukur dan bagaimana nak jadi orang yang bersyukur.
#22. “The only person you are destined to become is the person you decide to be.” –Ralph Waldo Emerson


Berapa ramai dari kita yang dah sedar tentang ungkapan ini ?
Kalau anda banyak merenung kehidupan diri sendiri, anda tentu akan sedar betapa benarnya ungkapan ini. Masalahnya ramai tak pernah tahu apa yang dia nak jadi, dibiarkan saja kaki melangkah dan bersikap seperti lalang.
Apa yang jadi padanya bergantung pada arah mana angin bertiup ketika itu.
Itu akibat dari tak tahu nak jadi apa, maka jadilah lalang.
#23. “Everything you’ve ever wanted is on the other side of fear.” –George Addair


Antara perkara besar yang sering menghalang kita buat apa yang kita nak buat adalah ketakutan. Ada macam-macam takut menyerang ke dalam minda.
Takut mati, takut miskin, takut sakit, takut susah dan paling banyak berlaku adalah takut apa orang kata.
Yang pastinya, ketakutan sentiasa akan muncul terlebih dahulu menjadi benteng penghalang untuk mengejar apa yang kita mahu capai. Jika anda berjaya merentasi benteng ketakutan itu, kejayaan sedang menunggu di sebelah sana.
Oleh itu, jangan tunggu takut hilang sebab ia akan sentiasa ada. Redah saja benteng ketakutan itu dan kejayaan sedang menunggu anda di sebalik sana.
#24. “Believe you can and you’re halfway there.” –Theodore Roosevelt


Ini dapat ada kaitan dengan kata-kata Henry Ford kat atas tadi. Jika anda memilih untuk yakin dan percaya pada kebolehan diri sendiri, separuh dari perjalanan sudah berjaya ditempa.
#25. “To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart.” -Eleanor Roosevelt


Untuk kuasai diri sendiri adalah jauh lebih mudah dari kuasai orang lain. Jika anda dapat gunakan akal dengan baik, cara berfikir yang baik, anda tentu mampu kuasai diri sendiri.
Tapi setakat menggunakan akal dan fikiran yang baik sahaja belum tentu dapat kuasai orang lain. Akal perlu digabungkan dengan hati yang jujur dan ikhlas. Gabungan itu akan memancarkan aura dan mampu meresap ke dalam jiwa orang lain dengan lebih mudah dan berkesan.
Kata-kata motivasi anda sendiriAnda mungkin juga ada kata-kata motivasi tersendiri yang boleh memberikan inspirasi. 
Kalau ada bolehlah kongsikan kat ruang komen bawah ni jika sudi… !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/11/25-kata-kata-peransang-minda-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Bukan Waktu Cuba Cuba Kata Hasni

Pru15 Bukan Waktu Cuba Cuba Kata Hasni

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 143 hits
Pengerusi Barisan Nasional dan Umno Johor Hasni Mohammad ketika menghadiri program bersama NGO di Kg Sahari SIMPANG RENGGAM Pengerusi Barisan Nasional dan Umno Johor Hasni Mohammad mengingatkan rakyat tidak memperjudikan masa depan negara k...
Apabila Hari Jadi Je Beli Kek Apa Kata Cuba Swiss Roll Pula Design Pun Mantap

Apabila Hari Jadi Je Beli Kek Apa Kata Cuba Swiss Roll Pula Design Pun Mantap

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 206 hits
Selalunya apabila tiba hari jadi kita sambut dengan kek Bermacam macam kek ada Kek keju kek span begitu jugalah dengan kek mentega Apa kita kita cuba pula swiss roll Swiss roll pun boleh dipelbagaikan dengan hiasan yang dilukis secara manua...
Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Khairy Kata Pemerhati

Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Khairy Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 181 hits
UMNO cuba membunuh karier politik Khairy Jamaluddin dengan mencalonkan bekas ahli Parlimen Rembau itu sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum akan datang kata pemerhati Pakar politik bersetuju Khairy hampir ti...
Annuar Musa Kata Bn Tak Relevan

Annuar Musa Kata Bn Tak Relevan

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 214 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Malaysia Bakal Ditadbir K Jaan Campuran Lagi Kata Penganalisis

Malaysia Bakal Ditadbir K Jaan Campuran Lagi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 137 hits
malaysiakini comMelihat senario semasa ramai pemerhati politik tidak menolak kemungkinan Malaysia sekali lagi akan ditadbir oleh kerajaan campuran melalui Pilihan Raya Umum ke 15 pada 19 Nov ini Sama ada Barisan Nasional Perikatan Nasional ...
Pru15 Bn Tanding Parlimen Beluran Kata Bung Moktar

Pru15 Bn Tanding Parlimen Beluran Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 154 hits
Pengerusi BN Sabah Bung Moktar berkata Benedict Asmat menjadi taruhan gabungan itu di kerusi yang disandang Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee sejak lima penggal lalu KOTA KINABALU Barisan Nasional akan bertanding di kerusi Parlimen Belur...
Mahathir Kata Tiga Tahun Pula

Mahathir Kata Tiga Tahun Pula

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 168 hits
Kikikiki Politik MAHATHIR bukan setakat dengan pembangkang dan kaki bangkang tetapi juga dengan penyokong PH yang berpuak puak Sokong PH tapi sokong SI anu sahaja Sokong PH tapi sokong kalau aku DAPAT jawatan Sokong PH tapi tapi dengan syar...
Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

Ibarat Kahwin Diatur Kata Tajuddin Selepas Digugur Calon

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 134 hits
freemalaysiatoday com November 4 2022 7 30 PMPenyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau berterima kasih kepada Umno kerana memberinya banyak peluang sebelum ini PETALING JAYA Penyandang kerusi Parlimen Pasir...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator