Apabila Hari Jadi Je Beli Kek Apa Kata Cuba Swiss Roll Pula Design Pun Mantap
Selalunya apabila tiba hari jadi, kita sambut dengan kek. Bermacam-macam kek ada. Kek keju, kek span begitu jugalah dengan kek mentega. Apa kita kita cuba pula swiss roll? Swiss roll pun boleh dipelbagaikan dengan hiasan yang dilukis secara manual.
RASA dapatkan sedikit informasi mengenai swiss roll daripada wanita yang selesa dipanggil Mek yang mengusahakan, Mek and Bake.
NAMPAK MACAM TUALA DALAM KOTAKMenurut Mek, dia telah dua tahun aktif berniaga swiss roll yang dilukis secara free hand.
“Saya suka dengan swiss roll sebab cantik gebu dan tak nampak macam kek. Sekali pandang, macam tuala dalam kotak. Apabila saya survey market yang menjual, saya perhatikan tak ramai yang buat dessert swiss roll ni. Selalunya kalau pergi kedai swiss roll yang ready made memang jenis seketul dah siap dan plain. Keunikan swiss roll saya ni adalah pada bentuk dia iaitu saiz dan portion yang saya dah siapkan. Lagi satu keunikan ada pada design yang saya boleh lukis ikut kepada permintaan pelanggan. Saya lukis secara manual tapi saya jual dengan harga yang murah iaitu RM50 saja,” katanya.
Tidak mengehadkan pelanggan kepada kanak-kanak sahaja, tetapi Mek akui memang banyak tempahan daripada ibu bapa yang ingin menyambut hari jadi anak mereka.
“Dalam satu kotak, saya boleh lukis dua atau tiga tema bergambar. Gambar itu saya warnakan dengan meriah, jadi sebab itulah saya rasa secara tak langsung golongan ibu-ibu berkenan nak jadikan hadiah untuk kanak-kanak. Selain tu, saya juga ada pelanggan korporat yang akan minta design ikut kepada tema logo syarikat. Jadi pelanggan kami tak terhad kepada kanak kanak sahaja,” katanya lagi.
SERONOK APABILA PELANGGAN KATA CANTIKSebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Apabila pelanggan kata cantik dan puas hati, sudah pasti kita akan tersenyum lebar.
“Memang ketika mula mula saya belajar lukis, susah betul. Jenuh rasanya sebab tangan bergegar apabila nak free hand drawing. Saya ada masuk kelas secara bersemuka dan belajar melukis untuk tambah skill serta cara guna berus lukisan untuk kek. Alhamdulillah sekarang dah tak susah lagi nak melukis. Saya seronok melukis atas swiss roll. Apabila siap, pelanggan kata puas hati dengan produk saya, perasaan penat itu hilang terus. Saya boleh siapkan lukisan kurang dari 30 minit. Dari segi masa, semua bergantung kepada jenis design. Kalau lagi complicated lagi lama pernah saya duduk melukis antara empat hingga lima jam tak bergerak gerak sampai siap,” cerita Mek lagi.
ANGGARAN 500 HINGGA 700 SWISS ROLL SEBULANSiapa sangka, bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hingga kini perniagaan swiss roll Mek telah semakin maju. Dia bergabung dengan sebuah majlis korporat untuk festival kuih bulan. Untuk tujuan ini, dia perlu hasilkan antara 500 hingga 700 kotak swiss roll.
“Pada masa akan datang, saya berminat untuk menambah beberapa menu lagi and asah skill sampai boleh buat human potrait drawing atas swiss roll atau kek. Saya ingin Mek anda Bake terus berkembang dan terus jaga kualiti produk jualan,” katanya menutup bicara.
JOM TENGOK 10 DESIGN LUKISAN SWISS ROLL MEK AND BAKE
Amacam? Cantik-cantik kan? Jadi, selepas ini, bolehlah raikan hari jadi anak dengan swiss roll pula. Tidaklah asyik raikan dengan kek saja setiap tahun. Kan?
Kredit: Instagram mek.andbake
The post Apabila Hari Jadi Je, Beli Kek. Apa Kata Cuba Swiss Roll Pula? Design Pun Mantap! appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/apabila-hari-jadi-je-beli-kek-apa-kata.html