Malaysia Bakal Ditadbir K Jaan Campuran Lagi Kata Penganalisis


malaysiakini.com
Rosmalis Anuar & Bernama
Diterbitkan: Nov 4, 2022 8:44 AM
Melihat senario semasa, ramai pemerhati politik tidak menolak kemungkinan Malaysia sekali lagi akan ditadbir oleh kerajaan campuran melalui Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov ini.

Sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH), masing-masing dijangka sukar memperoleh majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Ini kerana kata mereka, landskap politik tanah air berubah selepas dibadai ‘tsunami kecil’ PH pada PRU14, yang bukan sahaja menamatkan penguasaan BN selama 60 tahun, tetapi turut melemahkan gabungan itu apabila beberapa parti komponennya termasuk dari Sarawak, bertindak keluar daripada BN.

Sepanjang tempoh empat tahun lima bulan Parlimen ke-14, pelbagai ‘episod politik’ berlaku termasuk menyaksikan negara dipimpin oleh tiga perdana menteri daripada tiga kerajaan berbeza, dengan dua daripadanya adalah kerajaan campuran.

Justeru, sekalipun BN dilihat berkeyakinan dapat menguasai PRU15 ini berdasarkan rekod cemerlangnya pada lima pilihan raya kecil (PRK) dan dua pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung sepanjang penggal lepas, pemerhati berpendapat ia bukan petunjuk kukuh bahawa BN akan mampu mengulangi kejayaannya seperti sebelum PRU14.

Tiada parti dominan

Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, ketika mengulas mengenainya, berkata rata-rata penganalisis politik bersetuju tidak ada sebuahpun parti yang dominan buat masa ini.

“Walaupun BN telah memenangi beberapa PRK dan PRN, mengambil kira keadaan sebelum ini dengan tiga perdana menteri, kestabilan politik masih sukar dicapai dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi kerajaan campuran,” katanya kepada Bernama.
Shamsul Amri BaharuddinBerkongsi pandangan serupa, Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Dr Azmi Hassan berkata disebabkan tidak keruan politik, PRU kali ini dijangka menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru hampir di semua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“(Justeru) walaupun BN dikatakan parti yang bakal memperoleh kerusi terbanyak, ia masih tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan. Kerana itu saya jangkakan pasca-PRU15, BN (boleh menjadi) parti dominan (dalam kerajaan) bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” ulasnya.

Menurutnya, pandangan itu berdasarkan cadangan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri sementara, tentang pewujudan dua jawatan timbalan perdana menteri, iaitu masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

“… ini mungkin jajaran baharu BN dengan GPS dan GRS,” ulas Azmi.
Untuk rekod, selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, PH yang dianggotai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah, dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Ketujuh.

Namun kerajaan yang kemudian dikukuhkan oleh sokongan Parti Warisan Sabah, tumbang selepas kira-kira 22 bulan mentadbir apabila Dr Mahathir melepaskan jawatan pada 24 Feb 2020, disusuli tindakan Bersatu keluar daripada PH.

Pada 1 Mac 2020, kerajaan campuran pertama terbentuk hasil kesepakatan Bersatu, PAS, BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Lima bulan selepas pentadbiran, PN terbentuk menerusi gabungan Bersatu, PAS dan STAR sebelum disertai Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti Gerakan.

Kerajaan yang dipimpin PN ini hanya bertahan selama 17 bulan. Negara kemudian diterajui oleh kerajaan campuran BN, PN, GPS dan PBS pada 30 Ogos 2021.
PRU kali ini bukan sahaja menyaksikan pertarungan tiga gabungan politik - BN, PH dan PN - tetapi juga penyertaan kerjasama tidak rasmi Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir menerusi Parti Pejuang Tanah Air, yang dilapor akan meletakkan calon di 121 kawasan.

Akta lompat parti

Sementara itu, ditanya tentang keberkesanan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diperuntukkan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan berkuat kuasa 5 Okt lepas dalam membantu menstabilkan kedudukan kerajaan, Azmi berkata perkara tersebut hanya boleh dilihat selepas PRU15.

“Dengan adanya akta ini, tidak mungkin ada seorang dua wakil rakyat yang boleh meruntuhkan kerajaan. Sekiranya ada sekalipun, keseluruhan parti itu sendiri yang perlu keluar daripada kerajaan,” kata beliau.
Pandangan serupa turut dikemukakan oleh Dr Jamaie Hamil yang berkata undang-undang mengikat seseorang ahli parlimen atau individu daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kerajaan bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini.

Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pernah dikuatkuasakan ketika era pemerintahan BN bagi mengawal rakyat atau ahli politik daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat termasuk mengkritik kerajaan secara melampau.

“Walaupun nampak berlainan, ia sebenarnya hampir sama dengan undang-undang antilompat parti yang bertujuan menstabilkan kerajaan,” kata pensyarah kanan program sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Di bawah Akta A1663 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai lepas dengan sokongan sebulat suara ahli Parlimen itu, mana-mana ahli dewan yang bertukar parti akan hilang kedudukan sebagai Ahli Dewan Rakyat.

MOU kerajaan-pembangkang

Dalam pada itu, Jamaie mengesyorkan beberapa langkah yang perlu diambil sekiranya kerajaan campuran terhasil daripada PRU15 nanti.
Antaranya ialah pemeteraian satu memorandum persefahaman di antara kerajaan memerintah dan blok pembangkang seperti yang dilakukan pada era pentadbiran Ismail Sabri, bagi mengelakkan konflik yang boleh menggugat kestabilan negara.

Selain itu, beliau turut mencadangkan penggiliran perdana menteri melibatkan parti-parti dalam kerjasama tersebut.

“Contohnya, perdana menteri ketika kerajaan PH ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikutnya yang dicadangkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun atau dua tahun setengah, dan perkara itu sepatutnya hendaklah dilaksanakan dan tidak dimungkiri,” katanya.

Bagi mewujudkan kestabilan berpanjangan kerajaan campuran, beliau berkata perlu ada kemahuan politik yang kuat dan persefahaman yang mana setiap keputusan dibuat secara konsensus dan dilaksanakan mengikut persetujuan semua parti.

Tidak boleh hanya parti dominan dalam kerajaan campuran membuat keputusan kerana situasi tersebut boleh mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan parti yang bergabung, ujarnya.

“Sudah berlaku di negara luar seperti Britain apabila ada parti menarik sokongan kepada kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam konsensus,” katanya.

Tegas beliau, kestabilan kerajaan campuran itu amat penting memandangkan ada kemungkinan berlaku kegawatan ekonomi global pada tahun depan, sekali gus memerlukan kerjasama baik antara parti gabungan dalam menghadapi situasi mencabar berkenaan.

Konflik kepimpinan

Konflik kepimpinan yang berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kerajaan tumbang, tidak sepatutnya berlaku lagi dalam situasi ekonomi yang masih terkesan oleh pandemik Covid-19, dan sewajarnya amalan toleransi antara kaum semasa zaman kepimpinan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman disuburkan kembali, kata Jamaie.
“Pastikan kerajaan dibentuk mengutamakan kepentingan negara supaya situasi ekonomi, isu peluang pekerjaan, harga barang yang melambung dapat diatasi dan bantuan-bantuan kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Bagi Azmi pula, beliau berharap barisan jemaah menteri dilantik mengikut kepakaran serta kebolehan seseorang wakil rakyat, dan bukan atas dasar kuota parti.

Ini kerana katanya, ahli kabinet kerajaan campuran sebelum ini dilantik atas dasar kuota parti sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat berfungsi dengan efisien

“Saya mengharapkan barisan kabinet kerajaan campuran nanti adalah kuat dan terdiri dalam kalangan mereka yang boleh bekerja, berwibawa dan juga intelek supaya dapat menghadapi cabaran terutamanya cabaran ekonomi pada masa hadapan,” katanya.

Pada 20 Okt lepas, SPR menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov. Pengundian awal pula pada 15 Nov.

Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Okt lepas, memberi laluan kepada 222 kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan semula. Dalam pada itu, tidak seperti kelaziman, kali ini hanya tiga negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen, iaitu Perak yang melibatkan 59 kerusi, Pahang (42) dan Perlis (15).

Turut diadakan serentak ialah PRK DUN Bugaya, Sabah.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/malaysia-bakal-ditadbir-kjaan-campuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Song Jihyo Sah Bakal Datang Malaysia Pada November Ini

Song Jihyo Sah Bakal Datang Malaysia Pada November Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 332 hits
Setelah sekian lama akhirnya Song Ji hyo bakal melawat Malaysia untuk menyapa peminatnya ARTIKEL BERKAITAN Umum Glutanex Malaysia menerusi Instagram rasmi mereka pelakon wanita itu disahkan akan menghadiri majlis pelancaran jenama berkenaan...
Bn Berpeluang Rebut Undi Atas Pagar Jika Zahid Tidak Bertanding Kata Penganalisis

Bn Berpeluang Rebut Undi Atas Pagar Jika Zahid Tidak Bertanding Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 190 hits
Barisan Nasional berpeluang merebut sebahagian pengundi atas pagar jika berani tampil dengan imej lebih bersih kata penganalisis ketika persoalan timbul mengenai hayunan undi golongan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Pemerhati politik ...
Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 164 hits
Rahezzal Shah Abd Karim berkata memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak menguruskan sendiri peruntukan pembangunan bagi Malaysia Timur lebih baik daripada tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak PETALING JAYA Seorang...
Faktor Calon Punca Perikatan Bakal Dipilih Di Perak Utara Kata Hamzah

Faktor Calon Punca Perikatan Bakal Dipilih Di Perak Utara Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 121 hits
FAKTOR calon yang bersih dan diterima pengundi bakal menjadi pemangkin kepada kejayaan Perikatan Nasional terutama di empat kerusi Parlimen di utara Perak yang ditandingi calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agung PN H...
Terima Kasih Hamzah Atas Keprihatinan Kata Shamsul

Terima Kasih Hamzah Atas Keprihatinan Kata Shamsul

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comCalon Pakatan Harapan kerusi parlimen Bagan Datuk Shamsul Iskandar Md Akin berkata bahawa dia percaya pengundi kawasan parlimen itu bijak dalam memilih ahli parlimen baru di Pilihan Raya Umum ke 15 Terima kasih DS Hamzah di ...
Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 136 hits
PERBEZAAN sasaran kerusi Parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 19 November ini bukan menggambarkan wujud ketidaksefahaman antara kepimpinan PKR Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebaliknya berkata perbezaan sas
Mahathir Out Pejuang Masuk Pru15 Untuk Pecah Undi Kata Anwar

Mahathir Out Pejuang Masuk Pru15 Untuk Pecah Undi Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 142 hits
Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program santai di Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya TANGKAK Pakatan Harapan menganggap tindakan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad menyertai pilihan raya umum ke 15 sekadar untuk memecahkan undi Pengerusi Pa...
Tanding Tanpa Kebenaran Parti Keahlian Bersatu Terhenti Serta Merta Kata Hamzah

Tanding Tanpa Kebenaran Parti Keahlian Bersatu Terhenti Serta Merta Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 121 hits
MANA mana ahli Bersatu yang tidak mendapat kebenaran parti untuk bertanding pada pilihan raya keahliannya adalah terhenti secara serta merta kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata keahlia...
Perlembagaan Akan Dipinda Untuk Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara Kata Zahid

Perlembagaan Akan Dipinda Untuk Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 171 hits
BARISAN Nasional berjanji akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara juga menjadi rakyat negara ini umum Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN ...
Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Yerba Mate Teh Hijau Banyak Manfaat

Beringatlah Semua

From Mr Olayemi Michael Cardoso

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer