25 Hari Bersidang Parlimen Lulus 10 Rang Undang Undang


KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Hukuman lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara dua perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam.
Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui tiga rang undang-undang berkaitan mahkamah iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020; Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 dan Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020.
Selain empat rang undang-undang itu, persidangan selama 25 hari itu turut menyaksikan enam lagi rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.
Turut diluluskan pada persidangan ini ialah tiga rang undang-undang berkaitan pandemik Covid-19 iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.
Persidangan pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini juga secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap blok PN apabila dua usul yang dibuat menerusi undi belah bahagian memihak kepada mereka.
Undi belah bahagian itu ialah untuk Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 dan usul Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya yang dibawa oleh Muhyiddin.
Selain kelulusan rang undang-undang, persidangan kali ini turut menyaksikan dua rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua ditarik balik.
Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan Perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.
Selain itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, yang dijadual dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan kali ini, ditangguh ke persidangan akan datang.
Turut dibawa ke persidangan akan datang ialah Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.
Seiring pertukaran kerajaan, persidangan kali ini turut menyaksikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10.
Persidangan kali ini turut melakar sejarah apabila buat pertama kali melantik seorang wanita sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Persidangan dewan kali ini ditutup dengan pemilihan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad.
Antara isu menarik dibangkitkan Ahli Parlimen pada minggu terakhir bersidang ialah isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar perintah kuarantin wajib setelah pulang dari Turki, selain isu rundingan terus 101 projek di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.
Berlangsung ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, prosedur operasi standard (SOP) tertentu turut diaktifkan di dalam Dewan Rakyat bagi mengekang Covid-19 termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan satu meter, selain penghadang cermin diletakkan antara tempat duduk Ahli Parlimen.
Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 November. – Bernama
The post 25 hari bersidang, Parlimen lulus 10 rang undang-undang appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/28/25-hari-bersidang-parlimen-lulus-10-rang-undang-undang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rang Undang Undang Perbekalan 2020 Lulus Dengan Majoriti 5 Undi

Rang Undang Undang Perbekalan 2020 Lulus Dengan Majoriti 5 Undi

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional boleh bertahan selepas hanya mendapat sokongan 111 ahli Parlimen dalam pengundian Rang Undang Undang Perbekalan Penguntukan Semula Per...
Menteri Pas Langgar Kurantin 14 Hari Datang Ke Parlimen

Menteri Pas Langgar Kurantin 14 Hari Datang Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 335 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar prosedur operasi standard Covid 19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu Te...
Kerajaan Tidak Perlu Beri Alasan Rang Undang Undang Ditarik Balik Takiyuddin

Kerajaan Tidak Perlu Beri Alasan Rang Undang Undang Ditarik Balik Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 308 hits
26 total views 26 views today KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu memberi sebarang sebab dan alasan mengenai penarikan balik Rang Undang Undang Perlembagaan berkaita...
Sambutan Hari Jadi Dalam Suasana Diterangi Bintang Satu Kenangan Terindah Di Atsky

Sambutan Hari Jadi Dalam Suasana Diterangi Bintang Satu Kenangan Terindah Di Atsky

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 971 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Siapa sini yang hari jadinya jatuh pada bulan Ogos Maha punya bulan ulang tahun dah lepas bulan Julai hehehehe Kalau korang ada plang ...
Mengenal Habib Husein Mutahar Keturunan Rasulullah Yang Menjadi Pencipta Lagu Hari Merdeka Syukur Dan Himne Pramuka

Mengenal Habib Husein Mutahar Keturunan Rasulullah Yang Menjadi Pencipta Lagu Hari Merdeka Syukur Dan Himne Pramuka

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 1017 hits
Tokoh legendaris H Mutahar yang dikenal sebagai pencetus pasukan bendera pusaka pertama adalah keturunan Rasulullah Muhammad SAW Tokoh dengan nama lengkap Muhammad Husein bin Salim bin Ahmad bin Salim bin Ahmad al Mutahar itu akrab dipanggi...
Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 318 hits
SINGAPURA Seorang lelaki warga Singapura adalah antara enam kes import COVID 19 yang dilaporkan pada Ahad menurut kemas kini Kementerian Kesihatan pada sebelah malam MOH sebelum itu menyatakan Singapura melaporkan 86 kes baru virus k
Hari Ini Transjakarta Mulai Beroperasi Pukul 09 00 Wib

Hari Ini Transjakarta Mulai Beroperasi Pukul 09 00 Wib

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 229 hits
Selain itu dia menyatakan pihaknya akan memutarkan lagu kebangsaan Indonesia Raya di seluruh halte dan bus milik Transjakarta Untuk pemutaran lagu kebangsaan itu melalui radio rekaman
Bayi 10 Bulan Maut Akibat Pendarahan Di Kepala Selepas 4 Hari Rawatan

Bayi 10 Bulan Maut Akibat Pendarahan Di Kepala Selepas 4 Hari Rawatan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 358 hits
Polis berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi perempuan itu ialah pendarahan di kepala kesan jatuh dari tempat tinggi KUALA LUMPUR Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia kelmarin akibat pendarahan di kepala...
Hari Ini Bi Luncurkan Uang Baru Nominal Rp75 000 Begini Penampakannya

Hari Ini Bi Luncurkan Uang Baru Nominal Rp75 000 Begini Penampakannya

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 379 hits
Bank Indonesia meluncurkan uang baru dengan nominal Rp75 000 hari ini Uang baru tersebut diterbitkan untuk memperingati Hari Ulang Tahun ke 75 RI pada 17 Agustus 2020 Berdasarkan keterangan BI Senin uang yang akan diterbitkan tersebut berje...
Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella