23 Perangai Yang Ada Pada Orang Yang Berjaya Dalam Apa Yang Diusahakan Dalam Hidup




Artikel kali ini nak kongsikan berkenaan 23 karakter yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya pergi jauh dalam dunia keusahawanan mereka.
Saya yakin perangai sama ada pada orang yang bukan usahawan yang berjaya dalam dunia kerjaya atau apa saja yang mereka usahakan dalam hidup.
Jika anda nak cari kawan, pastikan karakter yang saya kongsikan di sini ada padanya. Agar anda juga turut sama bina karanter yang sama dan berjaya dalam hidup.
Sejak mula buat keputusan untuk sara hidup dengan berniaga, saya berikan tumpuan untuk berkawan dan berkenalan dengan seramai mungkin para usahawan.
Sebelum berhenti kerja lagi saya dah mula kenal pasti para usahawan yang menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk saya dekati. 
Bukan sekadar usahawan biasa-biasa saja, saya berikan perhatian lebih pada mereka yang berjaya.
Dari kawan-kawan yang berjaya, saya dapat kenal ramai lagi kawan-kawan lain yang turut sama berjaya. 
Mereka juga temukan saya kawan-kawan yang tak berjaya dan tak ke mana-mana walaupun dah buat macam-macam perniagaan.
Ada ramai usahawan yang berjaya sebenarnya. Berjaya dalam erti kata mampu menyara kehidupan mereka dan semua tanggungan mereka ke tahap yang selesa.
Tapi, jumlah mereka yang tak berapa menjadi dalam usaha perniagaan yang dijalankan, adalah jauh lebih ramai dari yang berjaya ke tahap selesa.
23 karakter ada pada usahawan berjayaApa yang membezakan antara 2 kumpulan tersebut?
Saya kongsikan 23 karakter atau sikap menarik yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya pergi lebih jauh kat bawah ini untuk panduan semua.
1. Punya tahap inisiatif tinggiMereka boleh mula bergerak sendiri untuk usahakan sesuatu. Sangat mudah untuk mulakan ikhtiar sendiri tanpa perlu ditekan atau dipaksa oleh sesiapa

2. Punya motivasi diri yang tinggiMereka berupaya memujuk dan memotivasikan diri sendiri tanpa perlu ke kursus motivasi berbayar atau percuma.

3. Kurang penyabarTak sabar dalam ertikata yang tidak negatif. Mereka sentiasa mahu bersegera dalam segala tindakan. Tak boleh nak tangguh-tangguh

Dalam ertikata lain, mereka jenis yang sangat laju bertindak.

4. Kerja cepatKawan-kawan yang berjaya jauh ni semuanya jenis yang buat kerja cepat. Bergerak macam Bruce Lee menewaskan lawan. Kawan-kawan usahawan yang tak menjadi biasanya akan merungut kalau ikut mereka.

5. Jiwa kental hadapi akibatBanyak cabaran bila punya sikap tak sabar dan kerja cepat. Mereka akan menempuh banyak kecelaruan dan keadaan kucar-kacir bila sangat cepat berindak dan cepat bergerak. Tapi jiwa mereka macam dah bersedia untuk hadapi semua itu.

6. Tahan lasak Sama macam jiwa kental kat atas, mereka juga amat lasak mental atau fizikal dalam menghadapi segala rintangan. Samada rintangan fizikal atau mental.

7. Sentiasa tengok ke depan dan belajar dari kesilapanBergerak cepat dan tak sabar nak bertindak membuatkan banyak kesilapan berlaku. Tapi macam biasa, mereka hanya tengok ke hadapan dan jadikan segala langkah silap sebelum itu sebagai pedoman untuk terus bergerak maju lagi.

8. Sentiasa berfikir tentang pembaikan berterusanMereka tak pernah jemu cari jalan bagaimana nak buat pembaikan dalam semua perkara di sekeliling mereka.

9. Amat menghargai kepakaranSamada kepakaran yang ada pada mereka atau kepakaran yang ada pada orang lain, mereka amat memandang tinggi dan menghargai semua keupayaan tersebut.

10. Sentiasa kusyuk bila buat kerjaBila mereka buat kerja, nampak sangat kesungguhan dan daya tumpuan yang tinggi diberikan. Susah nak ganggu tumpuan mereka.

11. Sentiasa ingin tahuSikap nak tahu yang ada pada mereka memang amat tinggi. Seluruh deria mereka amat sensitif melihat, merasa dan mencari jawapan. Kalau seseorang yang berilmu atau pakar dalam bidang tertentu, bersembang dengan mereka memang jenuh nak jawab soalan.

12. Mudah bekerjasamaKalau buat apa saja urusan dengan mereka memang menyeronokkan sebab sikap mudah berikan kerjasama dan bersungguh-sungguh membantu.

13. DegilSemua kawan-kawan usahawan yang pergi jauh ini memang jenis degil sikapnya. Tak payah nak gertak atau nak patahkan semangat mereka, buang masa saja.

14. Mampu tangguhkan kesenanganBersusah-susah dahulu untuk mendapat hasil yang jauh lebih baik dalam jangkamasa panjang adalah amalan biasa mereka.

15. Sentiasa optimis Dari riak muka, dari segala tindakan, nampak jelas sikap optimistik yang tinggi sentiasa ada pada mereka.

16. Punya sejarah kerja teruk masa mudaHampir ksemua mereka yang berjaya pergi jauh dalam dunia keusahawanan mereka punya sejarah dan pengalaman kerja rutin macam hamba di zaman muda mereka. Mereka biasa kerja teruk dan pengalaman itulah yang banyak membentuk fizikal dan mental mereka.

17. Punya keupayaan dan gerak hati yang baik untuk melihat gambaran besarKalau orang biasa melihat sesuatu, mereka hanya sekadar melihat apa yang berlaku depan mata sahaja. Tapi kawan-kawan usahawan berjaya ini biasanya mampu meneropong lebih jauh dan mampu melihat gambaran yang lebih besar dan dapat mencari corak berulang yang boleh dipelajari.

18. KreatifIni memang amat jelas ada pada semua kawan-kawan usahawan yang berjaya. Perkara susah bagi kebanyakan orang lain (yang hanya pandai merunggut), bila dapat kat mereka diselesaikan dengan amat kreatif tak terfikir oleh kebanyakan orang.

19. Sentiasa bersedia untuk berubahBila bila masa saja jika diperlukan untuk berubah, mereka mampu lakukannya dengan mudah sekali.

20. Sentiasa fokus pada objektif Segala keputusan mereka biasanya tidak dipengaruhi oleh isu peribadi atau masalah peribadi. Mereka fokus pada objektif dan itulah biasanya prinsip yang diambil dalam segala keputusan.

21. Kadangkala ikut gerak hati Ini salah satu dari keupayaan yang ada pada mereka. Tiba-tiba saja buat keputusan dan tindakan yang tak disangka. Tak ada angin tak ada ribut mereka boleh saja bertindak berdasarkan gerak hati.

22. Ada sedikit kecelaruan peribadi atau gila gilaSamada suka atau tidak suka, saya memang lihat ramai dari mereka yang ada sedikit masalah ini. Mereka ada potensi punya 2 watak yang berbeza kalau diperhatikan. Kalau tak ada krisis identitipun, mereka ada sedikit perangai gila gila yang ringan. Hanya kawan-kawan yang kenal lama akan dapat kenal pasti perkara ini. Tapi bukanlah ke tahap yang teruk tak terkawal. Hanya sedikit saja …

23. Punya kecenderungan amat tinggi untuk laksanakan urusan Kalau diberikan 10 kerja pada mereka, paling lekeh 7 dari kerja itu anda boleh yakin akan diselesaikan oleh mereka. Malah boleh jadi kesemuanya akan selesai jika masa mengizinkan. Berbeza dengan kawan-kawan yang tak menjadi, kalau beri 10 kerja, paling kurang 7 hampas malah ada yang satupun tak selesai.
Bina 23 sikap menarik ini sekarangKalau dilihat kesemua 23 sikap menarik yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya di atas, kelihatan macam tak ada harapan bagi mereka yang tak punya sikap-sikap tersebut.
Macam mana nak ubah kalau sikap yang ada pada anda seperti dah sebati sejak sekian lama.
Mungkin sebab itu ada yang berpandapat sikap keusahawanan yang ada pada diri seseorang tak boleh dipelajari.
Tapi saya yakin semua sikap yang ada pada diri seseorang boleh untuk diubah.
Apa saja sikap boleh dibuang atau boleh ditambah. Sebab sikap yang dah melekat dalam diri hanyalah hasil daripada aktiviti berulang mengamalkan perkara yang sama. Dari amalan berulang itulah akhirnya melekat jadi sikap.
Oleh itu, anda hanya perlu kenal pasti satu sikap demi satu sikap ang mahu diterap ke dalam diri dan ulang sampai jadi sebati. Ianya bermula dari memujuk hati untuk bersahabat dengan sikap yang kita nak terapkan itu terlebih dahulu.
Untuk memujuk hati agar berkawan dengan sikap tersebut, carilah kawan-kawan yang memang dah punya sikap itu. Memang pada mulanya hati akan meronta meluat pada kawan-kawan sebegitu. tapi bila dipaksa, bertahan, lama kelamaan hati akan lembut dan mula menerimanya.
Bila hati dah terima, maka ianya akan mula bertukar menjadi amalan.
Oleh itu, pergilah berkawan dengan kawan-kawan yang anda lihat berjaya. Usaha supaya menjadi rapat dan tambah supaya lebih ramai kawan-kawan sebegitu ada di sekeliling anda. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/11/23-perangai-yang-ada-pada-orang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangis Adele Pecah Saat Guru Masa Kecil Hadiri Konsernya Anda Benar Benar Mengubah Hidup Saya

Tangis Adele Pecah Saat Guru Masa Kecil Hadiri Konsernya Anda Benar Benar Mengubah Hidup Saya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 250 hits
Jadi sosok yang berjasa dalam hidupnya sosok guru Bahasa Inggris itulah yang membuat Adele menyukai sastra hingga mampu menulis lirik yang apik
Bekas Ketua Hakim Ingatkan Umno Tolak Slogan Hidup Bossku Mahu Zahid Disingkir

Bekas Ketua Hakim Ingatkan Umno Tolak Slogan Hidup Bossku Mahu Zahid Disingkir

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 167 hits
MALAYSIA NOW Menurut Abdul Hamid orang Melayu sudah memberikan peluang kedua kepada Umno untuk ia lakukan perubahan Najib Razak beramah mesra dengan salah seorang penyokong Umno di Melaka baru baru ini Gambar Facebook Bekas ketua hakim nega...
Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui Hidup Semula Di Rumah Mayat

Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui Hidup Semula Di Rumah Mayat

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 288 hits
Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui 8216 Hidup 8217 Semula Di Rumah Mayat SEORANG lelaki di India yang diisytiharkan telah mati selepas kemalangan jalan raya mengejutkan saudara maranya apabila dia didapati masih bernafas walaupun semalama...
Patut Umur Macam Ni Berehat Netizen Seb4k Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi Rider Untuk Sara Hidup

Patut Umur Macam Ni Berehat Netizen Seb4k Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi Rider Untuk Sara Hidup

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 248 hits
Kebanyakan dari kita memang ada soft spot untuk warga emas Bila kita nampak orang tua sedang berjalan sorang sorang pun boleh rasa sedih sebab teringat dekat ibu ayah di kampung Jumpa atuk jadi riderLagi menyedihkan bila kita lihat warga em...
Hidup Tu Jangan Suka Sangat Menunjuk

Hidup Tu Jangan Suka Sangat Menunjuk

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum Aku Nura Aku sharing aku ni di post supaya boleh dijadikan tauladan dalam kehidupan kita Ni bukan kisah aku tapi keluarga terdekat Semua ni aku dapat tahu bila balik kampung beraya hari tu Agak panjang sila bertabah membaca ...
Injil Yohanes 14 Ayat 6 Akulah Jalan Dan Hidup Oleh Dr Mura Riau Ph D

Injil Yohanes 14 Ayat 6 Akulah Jalan Dan Hidup Oleh Dr Mura Riau Ph D

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 266 hits
YOHANES PASAL 14 AYAT 6 SELURUH NABI ADALAH JALAN MENUJU TUHAN TIDAK AKAN SAMPAI TANPA MELALAUI MEREKA
Dapat Jangan Seronok Sangat Tidak Dapat Jangan Sedih Begitulah Hidup

Dapat Jangan Seronok Sangat Tidak Dapat Jangan Sedih Begitulah Hidup

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 322 hits
DAPAT JANGAN SERONOK SANGAT TIDAK DAPAT JANGAN SEDIH BEGITULAH HIDUP Assalammualaikum wbt Mengawal perasaan bukan perkara mudah Kadang apa yang dilakukan diluar kesedaran dan tanpa berfikir pun sebenarnya Mudahnya adalah bertindak di luar p...
Tudia Jangan Rebus Udang Kara Ketam Hidup Hidup

Tudia Jangan Rebus Udang Kara Ketam Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 298 hits
Kerajaan UK melarang udang galah untuk direbus hidup hidup YouTubeLONDON Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang undang kebajikan h...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan