23 Hotel Berdekatan Klcc Penginapan Menarik Di Pusat Bandar


Apa yang menariknya menginap di hotel berdekatan dengan KLCC ni ya? Yang pasti salah satu sebabnya adalah kerana pemandangannya yang sangat mengujakan.
Selain itu, sebagai bangunan yang menjadi ikon negara Malaysia, banyak destinasi menarik yang terdapat di KLCC seperti Aquaria, tempat membeli-belah Suria KLCC, Petrosains dan bermacam lagi yang membuatkan ia lokasi yang wajib dilawati oleh sesiapa sahaja yang datang ke Kuala Lumpur ataupun ke Malaysia buat pertama kali.
Sehinggakan kalau tak melawat KLCC semasa di KL ibarat tidak ke Eiffel Tower kalau melancong ke Paris. Penginapan berdekatan dengan KLCC juga merupakan satu pilihan yang tepat kerana banyak sekali kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk memudahkan anda menerokai bandar ini.
Bagi anda yang tak kisah tentang bajet, tak perlu berfikir dua kali di mana nak menginap kalau di Kuala Lumpur, cari sahaja hotel-hotel yang terletak dekat dengan KLCC.
Walau bagaimanapun, penginapan tidak boleh dipilih secara semberono, kalau penginapan tak best, rosak mood percutian anda. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku, kami ingin membantu anda membuat pilihan terbaik dengan menyenaraikan 23 hotel berdekatan KLCC yang menarik untuk pengalaman menginap yang istimewa.
23. Hotel Maya Untuk penginapan yang benar-benar terasa sangat classy dengan pemandangan menarik kota metropolitan, hotel ini memang the best! Lokasinya juga hanyalah 5 minit perjalanan kaki untuk ke KLCC dan pusat membeli-belah Pavilion.
Setiap bilik di hotel ini dihias dengan moden, lengkap dengan katil yang sangat selesa untuk anda tidur lena dan tingkap yang besar untuk menikmati pemandangan bandaraya yang cukup indah.
Kemudahan lain yang disediakan untuk keselesaan sepanjang penginapan anda di sini adalah seperti bar mini, TV, peti deposit keselamatan, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi dan banyak lagi.
Hotel ini turut menawarkan fasiliti yang lengkap untuk anda beraktiviti sewaktu menginap seperti kolam renang dan spa yang menawarkan perkhidmatan urutan yang cukup memuaskan.
Alamat: 138 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 22. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences Hotel gah yang terletak berhadapan dengan Pavilion KL ini, Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences adalah sebuah hotel yang bakal menjadi antara penginapan terbaik yang pernah anda inapi.
Berlokasi strategik di tengah-tengah bandaraya KL yang tidak pernah lena, pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk dilakukan di kawasan sekitar supaya setiap masa padat dengan keseronokan.
Baca: 45 Hotel Murah Di Kuala Lumpur Terbaik Untuk Bajet Traveller
Bukan hanya berlokasi menarik, hotel berkonsep moden ini juga menawarkan pelbagai kemudahan menarik yang boleh digunakan sepanjang penginapan seperti kolam renang dan gimnasium. Untuk yang membawa anak kecil pula, mereka boleh dibawa untuk berseronok di Kids’ Club.
Nak bershopping? Anda boleh menggunakan jambatan yang dihubungkan secara terus dari hotel untuk ke pusat membeli-belah terkemuka Pavilion di mana anda boleh bershopping dengan sepuas hati.
Setelah seharian beraktiviti, sebaik kembali ke dalam bilik, anda akan disambut dengan suasana penginapan yang selesa. Sambil itu, anda boleh melihat pemandangan sekitar bandaraya dengan sepuas hati dari tingkap bilik yang luas.
Alamat: 4 Jalan Conlay, Bukit Bintang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 21. E&O Residences Kuala Lumpur Miliki citarasa dekorasi dalaman yang tinggi? E&O Residences Kuala Lumpur bakal menjadi antara penginapan terindah yang pernah anda jejaki.
Berkonsep urban dengan sentuhan warna natural, setiap inci hotel ini cukup sedap dipandang mata. Berlantaikan parket kayu dengan  pelbagai gabungan perabot dan hiasan moden, segalanya terasa begitu mewah.
Lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik, semua kemudahan yang disediakan di E&O Residences Kuala Lumpur adalah bertaraf premium, dari gimnasium yang sempurna dengan pelbagai peralatan terbaik hinggalah kepada kolam renang infinitinya yang menyajikan pemandangan KLCC dan Menara KL, setiap saat yang diluangkan di hotel ini mustahil untuk dilupakan.
Di samping itu, penginapan ini turut lengkap dengan taman berlanskap indah yang berkeluasan 1.2 ekar. Sewaktu bersantai di sini, segala beban di fikiran bakal lenyap dari fikiran walau seketika sebaik melihat pemandangan penuh kehijauan yang disajikan di sekitar.
Alamat: No 1, Jalan Tengah, Off Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 20. Renaissance Kuala Lumpur Hotel Tidak ubah seperti hotel di Las Vegas, Renaissance Kuala Lumpur Hotel adalah sebuah penginapan mewah yang menjanjikan keselesaan luar biasa dalam segala segi. Hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan bilik-bilik penginapan yang diberikan sentuhan dekorasi dalaman kontemporari.
Sebagai sebuah penginapan mewah, anda boleh menjangkakan kualiti tertinggi untuk setiap kemudahan yang disediakan. Dari katil empuk hinggalah kepada kemudahan wifi percuma yang berkelajuan tinggi, tiada apa yang boleh dikomenkan.
Puas sudah berehat di dalam bilik hotel? Anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan hotel untuk menghidupkan percutian anda seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis dan juga spa yang menawarkan pelbagai jenis rawatan. Bagi yang membawa anak kecil, taman permainan kanak-kanak turut terdapat di sini.
Mengenai restoran hotel ini, menu makanan yang dihidangkan sangat pelbagai untuk memenuhi selera tempatan dan juga antarabangsa, tak rugi untuk anda cuba.
Alamat: Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 19. Four Seasons Hotel Kuala Lumpur Mendapat rating sehingga 9.3 di booking.com, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menawarkan kesempurnaan yang sukar ditandingi hotel lain dalam segenap segi. Pelbagai sudut hotel ini juga cukup hi-tech. Tiada satu pun yang diambil ringan oleh pihak pengurusan hotel.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh memilih jus dengan citarasa sendiri untuk dihasilkan segar semasa sarapan pagi. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba wafflenya juga, sungguh enak!
Setelah kekenyangan dengan pelbagai hidangan sarapan yang enak, anda boleh menuju ke KLCC yang terletak hanyalah 280 meter dari hotel. Avenue K pula hanyalah 500 meter dari sini.
Dah puas makan angin atau berat kaki untuk berada jauh dari hotel yang sesempurna ni? Anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan pihak hotel untuk menjadikan percutian lebih meriah seperti kolam renang, spa yang turut menawarkan khidmat urutan dan juga gimnasium.
Alamat: 145, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 18. Sheraton Imperial Kuala Lumpur Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang terletak di Chow Kit menampilkan penginapan beraura klasik yang digabungkan dengan elemen moden. Gabungan konsep ini disampaikan dengan gaya penuh elegan melalui penggunaan material dan warna yang kelihatan eksklusif.
Mengenai kemudahan yang disediakan pula, hotel ini lengkap dengan spa mewah, gimnasium yang dibuka 24 jam dan juga kolam renang renang yang dibuka sehingga lewat malam. Di spa hotel ini, anda boleh mendapatkan rawatan kuku dan juga urutan yang melegakan badan.
Mengenai lokasinya, hotel ini terletak hanyalah dalam sekitar 10 minit pemanduan untuk ke Bukit Bintang dan Pasar Seni.
Alamat: Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 17. Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree adalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang menjanjikan atmosfera dan layanan eksklusif sepanjang percutian.
Bilik-biliknya menjanjikan privasi yang sebenar, kalis bunyi daripada sebarang gangguan luar membolehkan anda menikmati rehat di dalam bilik yang dihias elegan ini dalam penuh ketenangan.
Setelah puas menikmati waktu rehat, anda boleh menggunakan pelbagai fasiliti menarik yang disediakan seperti kolam renang infiniti, spa yang menawarkan pelbagai rawatan untuk memanjakan badan, gimnasium dan lain-lain lagi.
Lokasinya, cukup strategik. Manakan tidak, terletak di dalam kawasan segi tiga emas di Bukit Bintang, hotel ini dikelilingi oleh pelbagai pusat membeli-belah terkemuka ibu negara Malaysia. Makan? Shopping? Berseronok? Segalanya hanyalah beberapa tapak dari hotel.
Alamat: 170 Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 16. W Kuala Lumpur Mencari inspirasi rekaan dalaman yang unik dengan elemen futuristik? Penginapan yang bakal mencurahkan banyak idea adalah W Kuala Lumpur.
Rekaan dalamannya cukup kreatif, dari penggunaan material, reka bentuk hinggalah kepada pencahayaannya, idea dekorasi diketengahkan dengan sempurna.
Bukan sekadar menyajikan dekorasi indah pada setiap laluan, hotel ini turut menawarkan pelbagai fasiliti menarik yang boleh digunakan untuk menyempurnakan lagi percutian anda, tidak sesaat pun terbuang begitu sahaja.
Sepanjang berada di sini, anda mendapat keistimewaan untuk menggunakan kolam renang infinitinya yang membentangkan panorama sekitar bandar dan Menara KLCC. Anda juga boleh meningkatkan stamina dengan menggunakan gimnasium serba lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.
Sekembali di bilik selepas beraktiviti, anda boleh menghiburkan diri dengan membuka lagu kegemaran melalui phone untuk disambungkan secara bluetooth dengan soundbar yang disediakan. Sudah semestinya, wifi percuma berkelajuan tinggi menanti anda di hotel mewah ini.
Alamat: 121 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 15. The Kuala Lumpur Journal Hotel The Kuala Lumpur Journal Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden, lengkap dengan katil ergonomik dan bantal microfibre yang sudah semestinya dapat memukau anda untuk tenggelam dalam tidur yang lena.
Setelah puas menikmati tidur paling nyenyak pernah anda rasai, anda boleh menuju ke kawasan kolam renang infiniti yang terletak di bahagian rooftop hotel ini untuk menyegarkan badan atau ke gimnasium.
Untuk aktiviti yang lebih santai, anda boleh merehatkan badan di tepian kolam renang sambil menikmati pemandangan sekitar bandar ataupun menyelesaikan tugasan di ruang kerja moden yang disediakan.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan MRT dan kedai makan. Tiada apa yang perlu anda risaukan mengenai kedudukannya, cukup strategik, segalanya hanyalah beberapa langkah dari hotel.
Alamat: No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 14. The RuMa Hotel and Residences Superb! Mendapat rating hampir 10/10 di booking.com, The RuMa Hotel and Residences menjanjikan kesempurnaan yang mustahil ditandingi oleh hotel lain. Terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas KL, hotel ini juga adalah antara yang terbaik dari segi lokasinya.
Menawarkan 219 buah bilik dan 34 buah suites, The RuMa Hotel and Residences mengetengahkan konsep urban dan elegan dalam dekorasinya yang dihias dengan penuh terperinci pada setiap sudut.
Mengenai kemudahan yang disediakan pula, hotel ini lengkap dengan perpustakaan yang dihias dengan begitu stylish, gimnasium yang sempurna, kolam renang, spa dan banyak lagi.
Bookinglah penginapan ini sekiranya anda ingin tenggelam dalam dunia penuh kemewahan dan lengkap dengan pelbagai fasiliti yang menarik.
Alamat: 7, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 13. Dorset Kuala Lumpur Terletak berdekatan dengan Timesquare dan banyak lagi lokasi tarikan yang lain seperti Pavilion dan KLCC. Anda boleh berjalan kaki sahaja dari hotel untuk ke pusat-pusat membeli-belah di sini.
Baca: 16 Hotel Bajet Terbaik Di Bukit Bintang
Setiap bilik di hotel yang dihias dengan simple namun dalam masa yang sama elegan ini agak luas, bersih dan lengkap dengan penyejuk udara, TV bersaluran satelit yang menawarkan banyak siaran menarik, kemudahan membuat air teh serta kopi dan juga peti keselamatan untuk anda menyimpan barangan berharga dengan selamat semasa anda makan angin di sekitar bandar ini.
Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah akses internet percuma, kolam renang yang cantik dan juga pusat kecergasan yang menawarkan pemandangan sekitar kawasan kolam renang.
Anda pasti berpuas hati dengan tahap kualiti yang tinggi untuk setiap kemudahan yang disediakan. Wang ringgit yang anda keluarkan terasa sangat berbaloi dengan kemantapan kemudahan, kebersihan dan layanan yang diberikan hotel ini.
Alamat: 172 Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 12. Traders Hotel Bangunan 34 tingkat yang mempunyai rekabentuk sofistikated ini menyediakan ruang pejalan kaki tertutup untuk ke KLCC dan LRT.
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke KLCC, yang mana saja yang anda suka, semuanya tersedia untuk kemudahan anda.
Kalau anda ingin bersantai bersama keluarga, anda boleh meluangkan masa di laluan joging yang disediakan di Taman KLCC ataupun di spa hotel ini yang menyediakan mandian berwap dan kolam air panas, dah manjakan badan baru syok nak bersiar-siar sekitar KL.
Hotel ini memiliki 571 buah bilik kesemuanya yang didekorasi moden dengan menggabungkan warna-warna yang tenang membantu anda untuk tidur lena di tengah bandar yang sibuk ini.
Bilik-bilik di hotel ini luas dan bertingkap besar dari lantai ke siling untuk membolehkan anda menikmati pemandangan bangunan-bangunan yang gah di sekitar KL. Lengkap dengan semua kemudahan yang penting sewaktu penginapan.
Anda juga boleh bersantai di kolam renang hotel ini sambil menikmati pemandangan yang mengujakan. Turut menawarkan gym yang dibuka 24 jam, jadi bila-bila anda terasa terlalu membulat selepas makan macam-macam di KL ni, anda boleh terus ke gym ini.
Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 11. Intercontinental Kuala Lumpur Hotel yang memiliki rekaan dalaman ekslusif ini menawarkan penginapan yang sempurna untuk anda yang bercuti bersama keluarga dan inginkan hotel berhampiran KLCC. Untuk ke Menara Berkembar Petronas hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki sahaja dari hotel.
Kalau anda tidak mahu berpanas, pihak hotel turut menyediakan shuttle percuma untuk perjalanan pergi dan balik daripada Suria KLCC dan Bintang Walk. Semua bilik di hotel ini dihias moden dan memiliki keluasan yang sesuai untuk penginapan bersama keluarga.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang memberikan keselesaan kepada anda sewaktu menginap iaitu katil dan bantal yang empuk, TV bersaluran kabel dengan siaran yang banyak, kemudahan membuat air teh dan kopi, peti keselamatan peribadi dan juga bar mini. Akses internet yang disediakan hotel juga agak mantap.
Bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, malahan anda berpeluang menggunakan perkhidmatan spa yang serba lengkap dan kolam renang yang menarik. Anda juga boleh bersantai di Concierge Lounge yang mana sambil-sambil bersantai anda boleh menggunakan iPad yang disediakan untuk para penginap.
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 10. Ascott Kuala Lumpur Ascott Kuala Lumpur menawarkan penginapan apartmen mewah yang memiliki kelasnya yang tersendiri, sesuai dengan lokasinya yang terletak di pusat bandar.
Jarak apartmen ini dari KLCC hanyalah memakan masa 10 minit perjalanan kaki, bolehlah anda dan keluarga menikmati pemandangan sekitar bandar sambil menuju ke bangunan ikonik ini.
Bukan sahaja berlokasi strategik, sebagai sebuah apartmen yang mewah, sudah pasti ia dilengkapi dengan macam-macam kemudahan menarik seperti spa, gimnasium, gelanggang tenis dan kolam renang yang memiliki pemandangan yang sangat menakjubkan sekitar Kuala Lumpur.
Setiap penginapan di Ascott yang dihias dengan elegan menawarkan sistem hiburan rumah, peti deposit keselamatan, dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak, mesin pencuci pinggan mangkuk, mikrowave dan lain-lain lagi. Membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri, selesa dan lengkap untuk anda yang datang bersama keluarga.
Alamat: No 9 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 9. Impiana KLCC Hotel yang bernama Impiana KLCC ini benar-benar memberikan penginapan ‘impian’ anda sewaktu bercuti di KL. Bukan sahaja berlokasi strategik dengan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion, malahan turut bersambung dengan KLCC melalui sky bridge yang berpenghawa dingin. Pasti keluarga anda seronok dengan privilege yang diterima sebagai penginap hotel mewah ini.
Antara fasiliti lain yang perlu anda tahu adalah hotel ini memiliki sebuah spa yang telah memenangi anugerah, jadi kalau anda nakkan layanan terbaik untuk memanjakan diri anda, tak perlu fikir dua kali lagi, di sinilah anda boleh mendapatkannya tanpa perlu ke Bali. Selain itu, gimnasium yang disediakan hotel juga cukup lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.
Bilik-bilik dihotel ini dihias dengan warna-warna neutral untuk keselesaan anda, berlantaikan kayu lengkap dengan katil yang selesa untuk tidur yang lena. Bukan itu sahaja, kemudahan wifinya juga agak pantas, sesuailah dengan lokasi hotel ini kan. Kalau anda sudah puas lepak di dalam bilik dan inginkan aktiviti di luar anda boleh ke kolam renang infiniti yang disediakan, pemandangan dari kolam ini juga sangat memukau.
Alamat: 13 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 8. Corus Hotel Hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT Putra dan 5 minit untuk ke Menara Berkembar Petronas. Anda juga boleh menaiki shuttle percuma yang disediakan untuk ke Chinatown dan Bukit Bintang, sebuah hotel yang tepat untuk anda yang ingin discover semua destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara yang menyegarkan, peralatan membuat air, dan juga radio untuk menghiburkan diri sambil bersantai melihat pemandangan sekitar KL yang menarik dari bilik. Tandasnya pula lengkap dengan tab mandi, macam inilah penginapan yang betul-betul best kan?
Untuk kemudahan beraktiviti sewaktu masa lapang, anda boleh menggunakan kemudahan peralatan senaman yang terdapat di gimnasium hotel ataupun bersauna di bilik sauna yang disediakan. Untuk menjamu selera, Dondang Sayang Coffee House di dalam hotel ini menyediakan masakan tempatan dan juga Eropah, kalau waktu tengah hari pula terdapat banyak food truck di tapak parking kosong bersebelahan hotel, dah kenyang baru seronok nak berjalan.
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 7. de King Boutique Hotel KLCC Hotel ini terletak begitu dekat sekali dengan pusat membeli-belah KLCC dan Avenue K, anda hanya perlu berjalan kaki dari hotel. Bab makanan, anda tak perlu risau kerana berdekatan dengan hotel ini terdapat kawasan di mana banyak trak-trak makanan berkumpul menjual bermacam jenis makanan yang menarik dan menyelerakan.
Setiap penginapan di hotel ini dihias dengan moden dan lengkap dengan kemudahan seperti penyejuk udara, katil yang empuk, peti deposit keselamatan, bar mini dan juga TV untuk hiburan anda sewaktu bersantai di dalam bilik.
Bilik airnya pula lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan dan airnya juga deras, syok untuk mandian yang menyegarkan selepas kepenatan menerokai bandaraya ini.
Alamat: No. 160, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 6. Perdana Kuala Lumpur City Centre Menyediakan shuttle percuma untuk ke pusat membeli-belah 1 Utama dan Mid Valley, lokasinya juga agak hampir dengan KLCC, yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel, sangat menarik untuk anda yang kaki shopping.
Selain itu, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik untuk anda beraktiviti bersama keluarga tersayang seperti laluan joging, gimnasium yang berkelangkapan moden, kolam renang, sauna, gelanggang tenis dan juga pusat karaoke. Banyak yang boleh dilakukan sepanjang penginapan di sini kalau anda sudah puas menerokai KL.
Perdana Kuala Lumpur City Centre menawarkan penginapan apartmen yang dilengkapi dengan perabot kayu dan menggabungkan warna-warna yang tenang dalam rekaan, wujud suasana klasik, moden dan elegan dalam waktu yang sama.
Setiap apartmen juga menawarkan dapur dengan kemudahan yang lengkap, serta ruang santai atau lounge yang bersofa untuk keselesaan anda dan keluarga bersantai.
Untuk hiburan, anda boleh menggunakan kemudahan pemain DVD yang disediakan. Bukan itu sahaja, wifi yang disediakan di hotel ini juga di tahap yang memuaskan kerana wifi router diletakkan di setiap bilik. Cukup best bukan?
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 5. Oasia Suites Kuala Lumpur Jarak hotel suites ini dari salah satu bangunan tertinggi di dunia, KLCC hanyalah 900 meter. Untuk ke monorel Bukit Nenas pula hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari hotel.
Sekiranya anda ingin ke Bukit Bintang, anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan hotel.
Apa yang menariknya di Oasia Suites ni ya? Hotel ini menawarkan gimnasium dan juga kolam renang yang terletak di bumbung hotel, bayangkan pemandangan yang dapat anda nikmati sambil beraktiviti di sini, sangat menyejukkan mata.
Setiap bilik yang sangat luas dan sempurna untuk penginapan keluarga ini memiliki tingkap yang besar supaya anda dapat melihat pemandangan sekitar bandar sambil berehat.
Bilik-bilik ini juga lengkap dengan dapur, ruang makan dan mesin basuh. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menginap lama di Kuala Lumpur yang meriah dengan pelbagai tarikan menarik ni.
Alamat: No 10, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 4. Grand Hyatt Kuala Lumpur Kalau anda inginkan suasana dan layanan first class sewaktu percutian anda, inilah salah satu hotel yang patut anda pilih sebagai penginapan kalau di Kuala Lumpur.
Lokasinya juga strategik yang mana dalam hanya 6 minit berjalan kaki anda akan sampai ke KLCC dan untuk ke Pavilion pula anda boleh menggunakan sky bridge.
Baca: 35 Hotel Luar Biasa Di Kuala Lumpur
Agak lain dari yang lain kerana lobi hotel ini terletak di tingkat atas sekali, dari sini anda dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur yang begitu mengasyikkan.
Bilik-biliknya juga berdekorasi mewah dan luas. Anda pasti akan tertarik dengan sentuhan penuh teliti di setiap penjuru bilik di hotel ini.
Kalau anda jenis yang aktif bersenam, anda wajib meluangkan masa di gimnasium hotel ini yang dibuka 24 jam yang turut menawarkan jurulatih peribadi, skrin LCD pada peralatan senaman dan akses internet, cukup hi-tech kan?
Kalau anda ingin memanjakan diri anda dan keluarga, anda boleh ke Essa Spa yang menyediakan 11 bilik rawatan yang dilengkapi steam, jakuzi, sauna dan juga bilik ice fountain.
Untuk menjamu selera, anda boleh ke Restoran Poolside yang menyediakan makanan yang simple dan segar untuk dinikmati sambil melihat pemandangan kolam renang yang menyejukkan mata.
Alamat: 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 3. Shangri-La Hotel Siapa yang tak kenal hotel mewah ini bukan? Kalau anda menginap di sini, anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke bangunan yang gah sekali di Kuala Lumpur, KLCC yang hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkenal sekitar KL. Kalau anda nak menerokai KL dengan lebih meluas lagi, anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke stesen monorel Bukit Nenas.
Antara fasiliti yang disediakan hotel ini adalah kolam renang yang sangat cantik dikelilingi pokok-pokok yang hijau, tab mandian air panas, gimnasium dan perkhidmatan urutan.
Setiap bilik di hotel ini memiliki atmosfera mewah, sangat selesa dan kebersihannya memang terbaik! Anda juga dapat menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur dari bilik hotel. Apa salahnya kalau sekali-sekala memanjakan ahli keluarga anda dengan penginapan mewah bukan?
Alamat: 11 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 2. Double Tree By Hilton Hanyalah 5 minit sahaja daripada Stesen LRT Ampang Park, mudah untuk anda melawati banyak lagi tempat menarik yang ditawarkan sekitar KL tanpa perlu menaiki bas atau teksi dari hotel.
Bukan itu sahaja, hotel ini turut menawarkan kemudahan gimnasium yang berperalatan senaman yang moden, bilik sauna dan kolam renang.
Bilik-bilik yang berkonsep moden di hotel ini memiliki kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan penginapan. Luas dan selesa untuk penginapan bersama keluarga.
Makanan buffet yang disediakan hotel ini sangat memuaskan hati dengan pilihan makanan yang sangat banyak daripada masakan India, Cina, Melayu dan juga barat. Perut kenyang, senang hati, baru boleh buat bermacam aktiviti menarik lagi.
Alamat: 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com 1. Mandarin Oriental Hotel Hotel yang terletak bersebelahan sahaja dari pintu masuk Menara Petronas 3 ini sudah pastinya memiliki lokasi yang sangat best.
Bila lagi nak tinggal dekat dengan bangunan yang terkenal di seluruh dunia ni kan? Sudahlah lokasinya strategik, kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini juga tak kurang hebatnya, lengkap dengan pusat kecergasan, gelanggang tenis dan juga spa.
Yang uniknya lagi, hotel ini turut menyediakan pusat golf dalaman untuk anda yang berminat untuk bermain tanpa perlu berpanas di padang.
Setiap bilik di hotel ini berpenghawa dingin, lengkap dengan TV berskrin rata 42 inci dan peralatan untuk membuat air teh dan kopi. Tandasnya pula berlantaikan marmar lengkap dengan tab mandi dan pancuran mandian. Anda dapat merasakan kemewahan penginapan ini melalui gabungan warna-warna yang digunakan dan dekorasinya yang elegan.
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Selanjutnya Di Booking.com Agak banyak penginapan yang menarik di sekitar KLCC ini. Sukar untuk membuat pilihan bukan? Apa kata kalau anda merancang terlebih dahulu aktiviti yang ingin dilakukan bersama keluarga semasa bercuti kerana hotel-hotel ini masing-masing menawarkan fasiliti yang berbeza.
Kalau penginapan-penginapan yang disenaraikan ini tidak menepati bajet anda, anda boleh meluangkan masa dengan membaca artikel kami 38 Hotel Menarik di Kuala Lumpur ataupun lawati sahaja Booking.com untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik untuk hotel-hotel yang menarik.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur
Terima kasih kerana meluangkan masa anda sehingga ke penghujung artikel hotel berdekatan KLCC ini, semoga anda dan keluarga dapat menikmati percutian yang penuh dengan keseronokan di Kuala Lumpur nanti!
4.7/5 - (3 votes) The post 23 Hotel Berdekatan KLCC (2024) | Penginapan Menarik Di Pusat Bandar appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/hotel-berdekatan-klcc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Penyembelihan Ayam Putrajaya

Pusat Penyembelihan Ayam Putrajaya

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 110 hits
Pusat Penyembelihan Ayam Putrajaya Ini pertama kali nieyl datang ke sini sebelum ni nieyl selalu lalu je tak singgah pun Last week masa nak masak masak untuk kenduri family tu ayah nieyl suggest pergi beli ayam dekat sini So nieyl pun pergi...
Pusat Perlindungan Penduduk Di Gaza Terlalu Padat

Pusat Perlindungan Penduduk Di Gaza Terlalu Padat

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 99 hits
Pusat perlindungan penduduk di Gaza terlalu padat Dikemas kini 42 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 2024 11 48AM
Gali Terowong Sebelum Merompak Di Pusat Beli Belah

Gali Terowong Sebelum Merompak Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 107 hits
AgensiPENCURI menyelinap menerusi terowong di dalam tapak karnival di dalam kawasan persendirian di sebelah pusat beli belah itu FOTO Polis Bandar OzamizManila Polis Filipina memburu trio perompak yang melarikan barang kemas serta wang tuna...
Buat Peminat Lepas Rindu Ini Foto Terbaru Rm V Bts Di Pusat Latihan Ketenteraan

Buat Peminat Lepas Rindu Ini Foto Terbaru Rm V Bts Di Pusat Latihan Ketenteraan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 128 hits
Pastinya ini merupakan berita gembira bagi ARMY ARTIKEL BERKAITAN Akhirnya Pusat Latihan Tentera Darat telah menyiarkan foto para pelatih di laman web rasminya Dalam foto itu RM dilihat tersenyum gembira berbanding gambar yang dikeluarkan p...
Terlepas Menang Cabutan Bertuah Pusat Zakat Ingatkan Scam

Terlepas Menang Cabutan Bertuah Pusat Zakat Ingatkan Scam

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 72 hits
Seorang individu meluahkan rasa kecewa dan hampa menerusi platform X apabila panggilan yang diterima daripada Pusat Zakat untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bukanlah satu sindiket penipuan Individu yang dikenali sebagai Mr Jeni itu meri...
Pusat Latihan Jdt Dilanda Banjir

Pusat Latihan Jdt Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 120 hits
Khabar yang agak mendukacitakan telah dikongsikan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta 8217 zim DYAM TMJ selepas keadaan pusat latihan JDT dinaiki air Baginda berkongsikan keadaan ini menerusi laman Instagram menerusi beberapa kepin...
Day Trip Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Day Trip Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 138 hits
Ini adalah sambungan entri kami ke Bentong Belum habis lagi cerita tentang kami waktu hantar Ikhwan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tak sangka dengan waktu yang singkat kami dapat buat beberapa aktiviti yang kami suka Waktu untuk k...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 291 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
Istighfar Boleh Menarik Rezeki Ini Kelebihan Rajin Beristighfar

Istighfar Boleh Menarik Rezeki Ini Kelebihan Rajin Beristighfar

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 97 hits
Istighfar Boleh Menarik Rezeki Ini Kelebihan Rajin Beristighfar Sebagai hamba Allah yang penuh dengan kelemahan kita seringkali melakukan dosa sama ada secara sengaja atau tidak disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan diri sendiri Baiknya Al...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h