22 November 2022 Ke 59 Tahun Jfk Dibunuh
Tarikh 22 November 2022 Hari Ke-59 Tahun JFK Dibunuh - Siapa JFK? Dia adalah John Fitzgerald Kennedy iaitu Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 bermula dari tahun 1961 sehingga tahun 1963.
Presiden John F. Kennedy telah mati ditembak pada tarikh 22 November 1963 dalam satu perarakan umum menaiki motokar di sepanjang Dallas sepertimana dalam gambar di atas.
Dia merupakan satu-satunya Presiden Amerika yang telah meninggal dunia pada usia muda. Selain itu JFK juga merupakan Presiden Amerike Ke-4 yang telah mati dibunuh selain Abraham Lincoln, James A. Garfield juga William McKinley.
Siapa pembunuhnya? Dia adalah seorang lelaki muda bernama Lee Harvey Oswald, bekas anggota tentera US Marine Corps.
Motif pembunuhan Presiden JFK masih kabur sehingga kini tapi banyak teori mengatakan pembunuhnya di upah oleh pihak Rusia secara diam-diam. Ketika itu, berlaku perang dingin antara Amerika dan Russia. Namun ini hanyalah teori semata-mata.
Pada era pemerintahan JK sebagai Presiden Amerika ke-35, beliau telah menggesa pihak NASA mempercepatkan misi membawa manusia ke bulan sebelum pihak Russia sampai di sana terlebih dahulu.
Hasilnya, 3 orang angkasawan Amerika iaitu Neil Armstrong, Edwin "Buzz" Aldrin dan Charles "Pete" Conrad telah menjadi manusia pertama sampai di bulan.
Selepas Presiden John F. Kennedy meninggal dunia tempatnya sebagai Presiden Amerika Syarikat telah digantikan secara automatik oleh timbalannya, Lyndon B. Johnson yang mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-36.
Peristiwa Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah telah dibuat dalam kapal terbang Air Force One yang membawa keranda berisi mayat Presiden John F. Kennedy menuju ke Arlington National Cemetery iaitu tempat di mana mayat JFK disemadikan.
Isteri Presiden John F. Kennedy, Jacqueline Kennedy, berdiri di sebelah Lyndon B. Johnson ketika upacara angkat sumpah sebagai Presiden Amerika Ke-36 dilakukan.
Semenjak kejadian itu setiap tokoh politik Amerika yang pernah menjadi Presiden Amerika Syarikat akan di kawal seumur hidup oleh pihak Secret Service.
Secret Service iaitu anggota keselamatan khusus yang telah dilatih untuk menjaga bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat juga Presiden masa kini yang sedang memegang jawatan tersebut.
Pada hari kejadian pembunuhan Presiden John F. Kennedy isterinya selamat dan tidak pula dibunuh. Ternyata pembunuh tersebut hanya mensasarkan Presiden John F. Kennedy sahaja sebagai target.
Pada hari kejadian, JFK berada dalam kereta yang turur dinaiki oleh isterinya, John Connally (Gobenor Texas) dan Nellie (isteri John Conally).
Terdapat 2 orang pegawai kerajaan yang menjadi saksi kejadian Presiden John F. Kennedy dibunuh pada tarikh 22 November 1963 - Clint Hill (Pegawai Secret Service) dan Sid Davis, wartawan White House.
Selepas kematian Presiden JFK, isterinya berpindah ke bahagian timur Manhattan bersama dua orang anak mereka iaitu Caroline dan John F. Kennedy Jr. bagi mengelak keluarga mereka menjadi mangsa pembunuhan seterusnya.
Merkea hanya kembali pulang ke Amerika pada tahun 1971.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://shueqry.blogspot.com/2022/11/jfk-dibunuh-59-tahun.html