21warga Asing Ditahan Dalam Op Gegar Imigresen Sabah


 

Dua premis diserbu pasukan JIM Negeri Sabah dalam Op Gegar Sabtu lepas. Foto JIM Negeri Sabah
KOTA KINABALU, 17 Mar – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 21 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Op Gegar yang melibatkan serbuan di dua lokasi berasingan sekitar Kota Kinabalu dan Penampang pada Sabtu.
Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pihaknya menahan tujuh individu terdiri daripada seorang lelaki dewasa warga Filipina dan enam wanita warga Vietnam dalam serbuan di lokasi pertama.
Katanya, dalam serbuan di lokasi kedua, seramai 14 individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan lima wanita warga Filipina serta lima lelaki dan dua wanita warga Indonesia.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan JIM Negeri Sabah. Foto JIM Negeri SabahMenurutnya, operasi yang dijalankan bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Sabah.
“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan selama tiga minggu. Dari maklumat yang diperoleh, pasukan operasi menyerbu dua premis melibatkan premis pusat hiburan dan premis kelab malam (pub).
“Bagi melengkapkan siasatan, beberapa barangan turut dirampas sepanjang operasi ini, termasuk lesen perniagaan, wang tunai yang berjumlah RM3,957 di lokasi pertama, dokumen perjanjian sewaan premis serta dua buku catatan.
Sitti Saleha (tengah) bersama pasukan Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Sabah ketika membuat pemeriksaan di salah satu lokasi serbuan Op Gegar. Foto JIM Negeri Sabah“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas yang dikeluarkan, Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri serta Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dibawah Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya dalam kenyataan di sini semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, JIM Negeri Sabah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pendatang tanpa izin (PTI) atau mana-mana premis yang menggaji warga asing secara tidak sah untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.
Katanya, setakat ini, seramai 8,134 orang diperiksa dan tangkapan melibatkan seramai 1,271 orang dan pemindahan PTI ke negara asal seramai 2,472 orang.
“Jabatan Imigresen Malaysia akan terus memainkan peranan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang imigresen dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/21warga-asing-ditahan-dalam-op-gegar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Disyaki Pelacur Warga Asing Antara 26 Ditahan

18 Disyaki Pelacur Warga Asing Antara 26 Ditahan

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 112 hits
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Imigresen 1959 63 KUALA LUMPUR Polis menahan 26 individu termasuk 18 w...
Empat Ejen Haram Warga Asing Ditahan

Empat Ejen Haram Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 132 hits
Ernalisa OthmanJabatan Imigresen Malaysia berjaya menahan empat lelaki warganegara Bangladesh berumur antara 22 hingga 38 tahun Foto JIMKUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat individu dipercayai menjadi ejen haram warga asing...
Doktor Bergelar Datuk Seri Ditahan Rasuah Daftar Kelahiran Warga Asing

Doktor Bergelar Datuk Seri Ditahan Rasuah Daftar Kelahiran Warga Asing

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 105 hits
FMT ReportersSerbuan dilakukan di beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor SPRM melakukan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor semalam untuk m...
4 Warga Asing Ditahan Bersama Minuman Keras Rm600 000

4 Warga Asing Ditahan Bersama Minuman Keras Rm600 000

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 121 hits
Omar Ahmadam hmetro com myJohor Bahru Pasukan Gerakan Am Batalion 5 menumpaskan kegiatan penyimpanan dan penjualan arak seludup selepas menyerbu sebuah premis di Taman Daya di sini semalam Dalam serbuan menerusi Op Taring Alpha 2 pada 6 30 ...
Macc Grills Sabah Whistleblower For Nearly 11 Hours

Macc Grills Sabah Whistleblower For Nearly 11 Hours

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 132 hits
The 36 year old businessperson who was summoned to the MACC headquarters in Putrajaya this morning underwent questioning from 10am until nearly 9pm According to him the investigating officers informed him that the interview had concluded in...
Don T Take Someone Else S Seat Hajiji Tells Sabah Pkr Chief

Don T Take Someone Else S Seat Hajiji Tells Sabah Pkr Chief

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 133 hits
Sabah chief minister Hajiji Noor said GRS will defend all the seats it currently holds in the upcoming state election which must be held by October PETALING JAYA Sabah chief minister and Gabungan Rakyat Sabah chairman Hajiji Noor has voiced...
Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 209 hits
Di fahamkan pemain dari Liga Azerbaijan Sabah FK Jon Irazabal salah seorang dari 3 pemain berdarah warisan yang bakal sertai kem latihan kebangsaan 17 Mac ini FinaNasrom Tiga pemain warisan terbaru pertahanan Sabah FK dalam radar Harimau Ma...
Rm5k Whistleblower Reminds Sabah Rep With Bank Receipt

Rm5k Whistleblower Reminds Sabah Rep With Bank Receipt

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 143 hits
The whistleblower in the Sabah corruption scandal has confronted Parti Gagasan Rakyat Sabah Youth chief Fairuz Renddan with evidence of the alleged RM5 000 received by the politician The businessperson shared a bank transfer receipt from Ma...
China Press Exposes Sabah Scandal Whistleblower S Car Number Plate

China Press Exposes Sabah Scandal Whistleblower S Car Number Plate

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 142 hits
After MACC chief commissioner Azam Baki publicly named the whistleblower in the Sabah corruption scandal the floodgates have opened China Press has now published a photo of his white Toyota Alphard with its number plate fully visible His fu...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam