21 Senarai Hotel Di Terengganu Yang Best Tepi Pantai



Mendapat jolokan sebagai negeri pesisir pantai, Terengganu merupakan lokasi popular di kalangan pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi. Lokasi paling popular tentulah pantainya yang membiru dilatari pasir memutih pasti mendamaikan hati sesiapa yang memandang.


Untuk membantu anda mendapatkan pengalaman percutian menarik, apa kata menginap sahaja di hotel tepi pantai yang banyak terdapat di Terengganu? Jom lihat 21 senarai hotel di Terengganu yang best tepi pantai ini untuk dijadikan koleksi rujukan anda.


1. White Sand Beach Resort
Terletak berhampiran Pantai Pasir Putih, White Sand Beach Resort merupakan destinasi penginapan yang boleh dipilih sekiranya anda merancang untuk membeli belah di Rantau Abang. Menyediakan bilik bermula serendah RM30, pengunjung bebas untuk mendapatkan bilik samada dengan pemandangan laut atau tidak.


Menyediakan bilik dengan keluasan sehingga 74m², White Sand Beach Resort merupakan pilihan terbaik bagi percutian keluarga kerana anak-anak boleh bebas bermain dalam suasana yang selesa. Bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, kipas dan toiletries, kolam mandi turut disediakan bagi pengunjung yang ingin bermandi-manda


Pengunjung juga boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak atau di bilik permainan sementara golongan dewasa pula menghabiskan masa dengan aktiviti memancing. Terletak 50 km daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pengunjung turut boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle ke lapangan terbang secara berbayar.


Harga bermula dari RM30 semalamBeralamat di KM 46 Kampung Pasir Putih Merchang,21610 Marang, Terengganu, Malaysia

2. Marang Village Resort and Spa
Terletak berhampiran Pantai Kelulut yang terkenal sebagai salah satu antara lokasi popular untuk memborong keropok lekor di Terengganu, Marang Village Resort and Spa boleh dijadikan pilihan sebagai lokasi penginapan sementara bagi pengunjung. Mempunyai kelebihan memiliki ruang pantainya yang tersendiri, pengunjung boleh mengabadikan kenangan melihat pemandangan matahari naik pada waktu pagi atau matahari tenggelam pada waktu senja di resort ini.


Selain mempunyai pilihan bilik jenis biasa, Marang Village Resort and Spa juga menawarkan bilik jenis dorm yang sesuai dijadikan penginapan bagi pengunjung yang datang bersama sahabat handai. Bermula dari harga serendah RM65 semalam menjadikan Marang Village Resort and Spa adalah lokasi terbaik bagi pengunjung yang inginkan percutian budget dengan pemandangan tepi pantai yang menarik dan indah.


Terletak hanya 20 km dari Pantai Batu Buruk, Marang Village Resort and Spa dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara, bilik air peribadi, TV, saluran satelit, ruang BBQ serta katil yang selesa dalam ruang bilik yang luas.


Harga bermula dari RM65 semalamBeralamat di 4177 KM 24 Kampung Kelulut,21600 Marang, Terengganu, Malaysia

3. Chalet Kak Mah Homestay
Terletak hanya 2 km daripada Pantai Batu Buruk yang terkenal di Kuala Terengganu, Chalet Kak Mah Homestay merupakan lokasi penginapan sementara yang sesuai dijadikan pilihan bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan. Menyediakan ruang penginapan yang luas dan besar, Chalet Kak Mah Homestay boleh memuatkan daripada 4 sehingga 15 orang pengunjung dalam satu masa.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung sekiranya menginap di Chalet Kak Mah Homestay kerana ia terletak di tengah pusat bandar yang berdekatan dengan kebanyakan pusat aktiviti seperti di Muzium Negeri dan Masjid Kristal. Selain itu, aktiviti hari keluarga juga sesuai dilakukan di sini.


Selain mempunyai kemudahan penyaman udara, balkoni, ruang parkir, kemudahan BBQ, basikal sewa, Wi-Fi, dapur serta peti ais bagi tujuan memasak, Chalet Kak Mah Homestay juga mempunyai ruang pantainya tersendiri yang menjadikan ianya ekslusif dan best!


Harga bermula dari RM70 semalamBeralamat di Lot 153 Jalan Sultan Mahmud,20400 Kuala Terengganu,Terengganu, Malaysia

4. Anggun Beach Guest House
Menawarkan pemandangan Pantai Tanjung Jara secara terus dari tingkap bilik, pengunjung yang menginap di Anggun Beach Guest House pasti tidak akan terlepas peluang menyaksikan keindahan pemandangan pantai samada pada waktu pagi, petang atau malam.


Terletak di lokasi strategik yang berdekatan pasar raya serta kedai makan, pengunjung boleh membuat pilihan samada ingin menempah sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik keseluruhannya atau hanya menempah sebuah bilik sahaja semasa percutian


Hanya 17 km dari Rantau Abang dan 9 km dari Pulau Tenggol, Anggun Beach Guest House turut menawarkan kemudahan BBQ bagi pengunjung yang bercadang menggunakannya. Pengunjung boleh menikmati pengalaman percutian tanpa risau di Anggun Beach Guest Resort kerana sistem kawalan keselamatannya adalah selama 24 jam serta ruang parkir kenderaan turut disediakan.


Anggun Beach Guest Resort merupakan penginapan teres satu tingkat yang telah dihias dengan dekorasi dalaman moden dan bersih serta dilengkapi dengan keperluan asas seperti penyaman udara, ruang tamu dengan TV skrin rata, Wi-Fi, bilik mandi samada dengan pancuran atau tab mandi, ruang makan dan dapur bersaiz kecil.

Harga bermula dari RM76 semalamBeralamat di PT 13440, Jalan Pantai,Taman Seri Bayu, Sura Tengah,23000 Dungun,  Terengganu, Malaysia

5. Pandan Laut Beach Resort
Bukan sahaja menyediakan bilik untuk persendirian, backpacker atau family, Pandan Laut Beach Resort juga turut menyediakan pakej bagi pengunjung yang berminat untuk mengadakan seminar atau majlis perkahwinan di lokasinya. Ruang sekitar yang besar dan dikelilingi oleh pokok yang menghijau dan rendang menjadikan suasana di Pandan Laut Beach Resort sebagai lokasi ideal untuk mengadakan aktiviti keramaian.


Tidak sahaja dikelilingi oleh pohon menghijau, melangkah keluar sedikit daripada resort, pengunjung akan dikelilingi pula oleh pasir yang memutih dan akan dijamu dengan pemandangan Pantai Rhu Sepuluh yang membiru. Pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari naik di sekitar pantai sambil berjalan kaki mengabadikan kenangan dalam bentuk potret di sini.


Terletak berhampiran dengan beberapa lokasi pelancongan popular di Terengganu, pengunjung boleh memilih samada ingin bersiar-siar ke Masjid Terapung, Masjid Kristal, Pasar Payang atau Noor Arfa Craft Complex kerana lokasinya tidak sampai 15 km daripada resort. Dilengkapi dengan penyaman udara, peti sejuk mini, TV satelit dan bilik air, ahli keluarga juga boleh bermain air di kolam renang yang turut disediakan.


Harga bermula dari RM90 semalamBeralamat di Lot 390, Pantai Rhu Sepuluh,21010 Kampung Penarik,Terengganu, Malaysia

6. D'Lavender Beach Resort Marang
Meskipun D'Lavender Beach Resort Marang merupakan resort berstatus dua bintang, namun pengunjung dapat menikmati pemandangan laut secara terus dari bilik hotel bermula dengan harga serendah RM90. Dikelilingi oleh pagar berbatu, pengunjung mempunyai akses ke masjid kecil dan gelanggang bola tampar yang terdapat berhampiran.


D'Lavender Beach Resort Marang terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan pasaraya dan kedai makan. Selain itu, jarak resort ke Kompleks Budaya Kraf hanya 11 km dan kurang dari 15 km ke Masjid Kristal. Mempunyai pantai peribadi, pengunjung hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati suasana damai di pesisir laut bersama keluarga


Dilengkapi dengan penyaman udara, meja kerja, TV dan bilik air, pengunjung yang ingin melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan menyelam juga boleh mendapatkannya di D'Lavender Beach Resort Marang pada caj tambahan.


Harga bermula dari RM90 semalamBeralamat di Lot 418, Jalan Dungun,Kampung Kijing, 21600 Marang,Terengganu, Malaysia

7. Chalet Teratak SamuderaKita
Hanya terletak kurang daripada 6 km daripada Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu, Chalet Teratak SamuderaKita boleh dijadikan pilihan penginapan ibu bapa yang ingin melawat anak di universiti sambil bercuti di tepi pantai. 

Chalet yang dibina berasaskan kayu dengan dekorasi kemelayuan dalam suasana kampung ini bukan sahaja menghadap pemandangan laut, malahan juga terletak berhampiran dengan kedai makan celup tepung yang popular di Terengganu iaitu Warung Pok Nong. Apa yang best mengenai chalet mesra keluarga ini adalah ia menyediakan ruang parkir yang luas, persekitaran yang bersih serta bilik yang selesa untuk pengunjungnya


Selain dilengkapi dengan kemudahan BBQ, Wi-Fi, TV, meja kerja, penyaman udara, cerek elektrik dan dapur, Chalet Teratak SamuderaKita juga menyediakan perkhidmatan shuttle berbayar ke lapangan terbang. Satu unit sahaja tersedia bagi chalet ini, jadi jangan lambat untuk menempah kerana pada harga budget, anda dapat semua perkara yang diperlukan ketika percutian!


Harga bermula dari RM95 semalamBeralamat di Lot 2868-C, Jalan Pantai Batu Rakit,21020 Kampung Gong Badak,Terengganu, Malaysia
8. Intan Beach Resort
Tidak perlu berjalan jauh untuk pergi ke pantai, hanya menginap di Intan Beach Resort yang terletak di Batu Buruk dan berjalan kaki ke pantai yang terdapat di sebelahnya. Terletak di bandar pesisir pantai, pengunjung bukan sahaja dapat menjamu mata dengan pemandangan pantai yang membiru malahan juga dapat melakukan urusan kerja di bandar kerana lokasinya yang terletak berdekatan. 

Menyediakan dua jenis pilihan bilik samada deluxe atau standard pada harga budget, pengunjung pasti gembira menginap di Intan Beach Resort kerana menyediakan bilik yang luas dan selesa serta mudah akses ke kedai makan tanpa perlu menaiki kenderaan. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti pantai sambil menikmati pemandangan menarik yang terdapat di sini. 

Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, seterika, cerek elektrik, TV satelit dan parkir percuma, pengunjung boleh bersiar-siar ke Masjid Kristal setelah 20 minit pemanduan atau ke Noor Arfa Batik yang berjarak hanya 10 minit pemanduan daripada resort


Harga bermula dari RM100 semalamBeralamat di 898N, Lorong Dato Jaya,Jalan Haji Busu, Batu Buruk,20400 Kuala Terengganu, Malaysia

9. Samudra Beach Chalet

Siapa sangka masih terdapat chalet dengan harga murah di Pulau Perhentian? Bermula dari harga hanya serendah RM105, pengunjung dapat menikmati percutian atas pulau dengan seronok dan selesa di Samudra Beach Chalet. Meskipun harga biliknya murah namun tahap kebersihan dan keselesaan tiada kompromi, pada tahap terbaik.


Dibina berasaskan kayu dengan konsep tradisional melayu, Samudra Beach Chalet dilengkapi dengan kemudahan pancuran air panas, katil yang agak besar, penyaman udara, almari dan bilik mandi peribadi. Pengunjung bebas untuk melakukan aktiviti sukan air seperti menyelam, snorkeling dan berkanu dengan caj tambahan di sini.


Harga bermula dari RM105 semalamBeralamat di Teluk Dalam, Kuala Besut,22300 Pulau Perhentian,Terengganu, Malaysia

10. NK's Chalet
Tentu best jika dapat menikmati penginapan tepi pantai dengan keluasan bilik sehingga 40m² pada harga kurang daripada RM150 kan? Siapa kata tiada? NK's Chalet adalah tempatnya. Selain terletak di tepi pantai yang menjanjikan pemandangan menarik, NK's Chalet juga menyediakan kolam renang bagi mereka yang ingin bermain air dan berendam.


Hanya berjarak 10 km dari jeti Pulau Perhentian dan 20 km dari Jeti Pulau Redang, pengunjung boleh melakukan aktiviti one day trip ke pulau dan berkaraoke sepuas hati di chalet pada malam hari. Keluasan persekitaran yang besar membolehkan NK's Chalet juga sesuai dijadikan lokasi bagi majlis perkahwinan, seminar atau sambutan hari keluarga.


Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, TV skrin rata dan balkoni, bilik di NK's Chalet amat besar dan boleh memuatkan sehingga empat hingga enam orang pada satu masa. Harga murah, bilik luas, persekitaran cantik, apa lagi yang anda mahu?


Harga bermula dari RM112 semalamBeralamat di Lot 2204, Kampung Beting Lintang,22200 Kampung Kuala Besut,Terengganu, Malaysia

11. Teluk Lipat Seaview Inn
Menikmati pemandangan pantai yang membiru sambil disapa bayu pantai apabila berada di tingkat atas bangunan hotel boleh anda dapati sekiranya menginap di Teluk Lipat  Seaview Inn. Hotel bertaraf dua bintang ini terletak di tepi pantai Dungun berjarak hanya 15 km daripada Rantau Abang dan 7 km daripada Pulau Tenggol.


Merupakan hotel mesra keluarga, Teluk Lipat Seaview Inn menawarkan ruang bilik yang luas dan selesa serta terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan pelbagai pilihan kedai makan. Pengunjung yang cintakan keindahan alam semulajadi juga boleh mencabar diri meneroka Bukit Bauk atau Tasik Gadung kerana terletak hanya 7 km daripada hotel ini.


Pilihan bilik samada Deluxe Twin atau Deluxe Triple masing-masing dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, TV skrin rata, penyaman udara, bilik air dan meja kerja. Teluk Lipat Seaview Inn juga menawarkan perkhidmatan shuttle berbayar ke lapangan terbang berdekatan sekiranya diperlukan oleh pengunjung.


Harga bermula dari RM149 semalamBeralamat di 53, Jalan Pantai Sura,23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

12. Anjung Pantai Seberang
Apa rasanya jika seawal pagi hari anda disapa oleh bunyi deruan ombak terus dari bilik? Tentu best kan? Pengunjung akan dapat rasai pengalaman ini sekiranya menginap di Anjung Pantai Seberang yang terletak di Seberang Takir. Resort ala lodge yang bersifat mesra keluarga ini berkonsepkan binaan kayu dalam suasana kemelayuan.


Selain terletak berdekatan pantai, Anjung Pantai Seberang juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak dan basikal bagi tujuan aktiviti riadah. Terletak sangat hampir dengan pelbagai lokasi popular di Terengganu, pengunjung boleh bersiar-siar di Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk atau Muzium Terengganu yang berjarak tidak sampai 5 km daripada resort.


Banglo dengan tiga bilik tidur boleh ditempah bagi pengunjung yang datang dalam kuantiti yang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di Anjung Pantai Seberang adalah penyaman udara, TV skrin rata, meja tulis dan kemudahan membuat minuman teh atau kopi.


Harga bermula dari RM150 semalamBeralamat di Jalan Fikri, Kampung Baru,20000 Seberang Takir,Kuala Terengganu, Malaysia

13. Bayu Beach Penarek
Hanya 20 minit dari Pulau Redang, Bayu Beach Penarek menawarkan penginapan tepi pantai berkonsepkan kayu tradisional yang cantik dan selesa. Persekitaran yang tenang dihiasi pepohonan kelapa bertiup lembut disapa bayu pantai menjadikan lokasi ini amat mendamaikan.


Menawarkan chalet penginapan dengan jenis pilihan satu, dua dan empat bilik, chalet ini boleh menampung sehingga maksimum 8 orang dewasa pada satu masa. Pengunjung boleh membuat pilihan samada ingin ke pulau dengan melakukan one day trip ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah, atau menghabiskan masa di sekitar Pantai Penarek sambil menikmati masakan celup tepung yang banyak terdapat di restoran berdekatan


Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah Wi-Fi, dapur, mesin basuh, balkoni, tandas, katil yang besar dan kemudahan BBQ. Dengan segala kelengkapan ini, percutian pasti lebih berbaloi pada harga budget!


Harga bermula dari RM150 semalamBeralamat di Lot 6572, Kampung Penarek Baru,22100 Kampung Penarik,Terengganu, Malaysia


14. Hotel Grand Continental
Mestipun terletak di tengah pusat bandar, namun pengunjung yang menginap di Hotel Grand Continental masih dapat menikmati pemandangan pantai yang membiru kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan pantai. Merupakan hotel empat bintang yang dikelilingi dengan pelbagai pusat pelancongan menarik di Kuala Terengganu, pengunjung pasti tidak kering idea dan akan sibuk sepanjang berada di sini.


Antara lokasi popular yang boleh ditujui oleh pengunjung adalah Chinatown, Pantai Batu Buruk atau Masjid Kristal yang berjarak tidak sampai 5 km daripada Hotel Grand Continental. Aktiviti bermain air juga boleh dilakukan sambil menikmati panahan cahaya matahari ke wajah di kolam renang yang disediakan.


Menyediakan kemudahan hotel yang lengkap, setiap bilik dilengkapi dengan katil yang empuk, TV, tempat duduk, meja kerja, peti sejuk dan mini bar. Pengunjung juga boleh menikmati sarapan pagi secara percuma di Jala Mas Coffee House bagi setiap tempahan penginapan.


Harga bermula dari RM179 semalamBeralamat di Lot 004023,Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8,20000 Kuala Terengganu, Malaysia

15. Kijalena Beach BnB
Dengan pemandangan cantik dan instaworthy, pengunjung pasti teruja apabila menginap di Kijalena Beach BnB kerana terletak hanya lima langkah daripada pantai. Menyediakan bilik yang bersih pada harga berpatutan, Kijalena Beach BnB mempunyai pemandangan tepi pantai yang indah dengan kolam renang serba baru dan selesa.


Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pantai seperti berkayak, snorkeling atau luncur angin boleh melakukannya di sini dengan bantuan kakitangan yang ada pada harga tambahan. Berjarak hanya 24 km daripada Lapangan terbang Kerteh, perkhidmatan shuttle ke lapangan terbang turut di sediakan bagi pengunjung yang memerlukan.


Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, peti sejuk, TV skrin rata, seterika dan balkoni, pengunjung juga layak menikmati sarapan pagi secara percuma bagi setiap tempahan penginapan.


Harga bermula dari RM175 semalamBeralamat di Lot 316, Pantai Penunjuk, 24100 Kijal,Terengganu, Malaysia

16. Sutra Beach Resort Terengganu
Mempunyai persekitaran yang cantik dan mendamaikan, Sutra Beach Resort sesuai dijadikan lokasi berbulan madu bagi pengantin baru. Pengunjung boleh memilih pemandangan taman atau laut terus dari bilik untuk mewujudkan suasana romantis sepanjang percutian.


Terletak 3 km dari Terengganu International Endurance Park, 5 km dari Jeti Merang dan 15 km dari Pulau Bidong, pengunjung pasti akan sibuk sepanjang berada di sini. Bersarapan pagi di Restoran Merang, berjalan-jalan bersama pasangan di tepi pantai atau bermandi-manda di kolam renang besar yang disediakan boleh menjadi agenda utama pengunjung. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling berbayar dengan bantuan kakitangan hotel.


Mempunyai dekorasi yang cukup cantik dengan kelengkapan berkualiti, setiap bilik disediakan dengan kemudahan Wi-Fi, tab mandi, balkoni, mini bar, penyaman udara dan pengering rambut.


Harga bermula dari RM170 semalamBeralamat di Kampung Rhu Tapai,Setiu, 21010 Batu Rakit,Terengganu, Malaysia

17. The Manor Beach Resort Besut
Berkonsepkan kayu ala kotej, The Manor Beach Resort menawarkan persekitaran yang cukup cantik dengan hiasan kayu dan lanskap yang menangkan jiwa. Terletak hanya 50 m dari Pantai Besut, setiap kotej dilengkapi dengan penyaman udara, TV skrin rata, balkoni dan mini bar.


Pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan oleh pengunjung di sini. Antaranya adalah menyelam, snorkeling dan mengikuti lawatan mencandat sotong dengan bantuan kakitangan. Makan malam BBQ dan lawatan ke ladang rusa juga boleh dimasukkan ke dalam list aktiviti. Jika malas untuk berjalan ke pantai namun masih ingin berendam, terjun tiruk sahaja di kolam renang yang disediakan bersama anak-anak. Pasti best!


Berjarak 20 minit perjalanan menaiki bot ke Pulau Rhu dan 1 jam ke Pulau Perhentian, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat shuttle berbayar ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak 52 km daripada The Manor Beach Resort.


Harga bermula dari RM200 semalamBeralamat di Lot 23 Tanjong Demong, Jalan Bukit Kluang,22200 Kampung Kuala Besut,Terengganu, Malaysia

18. Primula Beach Hotel
Terletak berhampiran pusat bandar, Primula Beach Hotel sesuai dijadikan pilihan bagi pengunjung samada dalam urusan perniagaan atau percutian. Dibina pada tahun 1984, hotel perniagaan bertaraf antarabangsa ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di Kuala Terengganu kerana keunikan lokasinya yang terletak di tepi pantai.


Selain bersifat mesra keluarga, hotel empat bintang ini turut menyediakan kemudahan kolam renang, gymnasium, pusat urutan dan spa. Sekiranya lapar, pengunjung boleh menempah makanan daripada tiga buah restoran yang terdapat di sini. Harga biliknya turut termasuk sarapan pagi.


Dilengkapi dengan penyaman udara, seterika, mini bar dan balkoni dengan pemandangan pantai atau taman, pengunjung boleh melawat ke Muzium Terengganu yang terletak hanya 5 minit pemanduan dari Primula Beach Hotel.


Harga bermula dari RM160 semalamBeralamat di Jalan Persinggahan,20400 Kuala Terengganu, Malaysia


19. Resort World Kijal
Merupakan hotel bertaraf lima bintang, Resort World Kijal menawarkan kelainan kepada pengunjungnya dengan menyediakan permainan golf di padang yang terletak hanya 3 km dari hotel. Turut menambahkan keceriaan adalah pelbagai pilihan aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung di sini seperti berbasikal, memancing, bermain tenis atau pingpong dan bermain air di kolam renang yang turut dilengkapi dengan sauna, jakuzzi dan permainan air.


Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti fizikal di gymnasium atau memanjakan diri dengan mendapatkan perkhidmatan urutan atau manicure di Taman Sari Royal Heritage Spa. Layanan profesional oleh para pekerja dan pelbagai kemudahan yang disediakan pasti berjaya menambat hati pengunjung.


Setiap tempahan penginapan turut termasuk sarapan pagi. Kelengkapan di dalam bilik yang disediakan termasuklah kemudahan Wi-Fi, TV skrin rata, tab mandi, pengering rambut, seterika dan cerek elektrik. Terletak hanya 30 minit pemanduan dari Cherating, pengunjung dapat menikmati pemandangan laut terus dari bilik hotel.


Harga bermula dari RM250 semalamBeralamat di KM 28, Jalan Kemaman-Dungun,24100 Kijal, Terengganu, Malaysia

20. Redang Paradise Resort
Pasti best kan kalau dapat berbaring dalam hammock yang digantung pada pokok kelapa sambil menikmati desiran pantai memukul pasir dalam suasana desa yang permai. Tentu sahaja boleh, menginaplah di Redang Paradise Resort. Terletak di Pulau Redang yang terkenal di kalangan pelancong tempatan dan asing, resort ini menawarkan chalet kayu gaya desa buat pengunjungnya.


Dibina berkonsepkan rumah kayu tradisional, setiap chalet dilengkapi dengan katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan pancuran air panas dan pengering rambut. Selain itu,  sarapan pagi disediakan setiap hari di sini. Pengunjung boleh menyertai aktiviti snorkeling di laut dalam atau jika malas menaiki bot, mereka juga boleh snorkeling di pantai berhadapan chalet.


Redang Paradise Resort terletak hanya 7 minit perjalanan menaiki bot ke Berjaya Airport Pulau Redang, 5 minit perjalanan ke Marine Park dan 15 minit perjalanan ke Projek Pemuliharaan Penyu.


Harga bermula dari RM369 semalamBeralamat di GM41, Lot No 92, Tempat Pasir Panjang Besar, 21090 Pulau Redang, Terengganu, Malaysia

21. Tuna Bay Island Resort
Menawarkan percutian pulau dengan pengalaman menyeronokkan, pengunjung pasti gembira jika menginap di Tuna Bay Island Resort kerana keindahan pantainya yang memukau. Pengunjung boleh memilih samada ingin menyertai aktiviti menyelam, snorkeling atau island hopping untuk melihat  keindahan alam dan kepelbagaian spesies hidupan laut.


Di Tuna Bay Island Resort, pengunjung bukan sahaja dapat melayan perasaan ketika menikmati pemandangan laut yang indah, malah boleh juga melihat anak-anak ikan dan karangan di celah batu dan tepi gigi laut. Tuna Bay Island Resort hanya terletak 45 minit menaiki bot dari Jeti Kuala Besut.


Dilengkapi dengan bilik yang besar dan selesa, pengunjung akan disajikan dengan masakan tempatan, barat dan Cina sepanjang berada di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan barbeku yang lazat dan enak dengan hidangan utama makanan laut seperti sotong dan udang.


Harga bermula dari RM730 semalamBeralamat di Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut,22200 Pulau Perhentian, Malaysia

Hotel Best Tepi Pantai di Terengganu yang Mana Jadi Pilihan Anda?
Jadi anda telah buat pilihan hotel best tepi laut yang mana di Terengganu akan jadi lokasi percutian anda selepas ini? Pelbagai pilihan pantai yang boleh dituju, samada ke Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Tok Jembal, Pantai Penarek atau ke Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Yang penting, semuanya cantik dan menarik!


Jika masih keliru dan pening untuk buat pilihan, jangan risau..bagasi.com kan ada.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/07/21-senarai-hotel-di-terengganu-yang-best-tepi-pantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

21 Hotel Menarik Menghadap Pantai Di Terengganu Boleh Ditempah Melalui Bagasi My

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 795 hits
Ni dah bulan Julai dan tak lama lagi akan masuk cuti sekolah Sudah tentu senarai percutian bukan main panjang berjela tetapi jangan lupa masukkan negeri Terengganu sebagai lokasi utama sebab korang boleh lepak tepi pantai Bagasi My telah me...
Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 683 hits
Assalamulaikum semua Na na na ganu kita Sebut negeri Terengganu mesti terus terlintas keropok lekor nasi dagang ikan celup tepung dan sata ikan Lepas tu singgah ke Pasar Payang shopping kain batik songket atau pun makanan laut Tambah lagi K...
Keindahan Pantai Kemasik Kemaman Terengganu

Keindahan Pantai Kemasik Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1475 hits
Alang alang ke Kemaman dan Dungun dalam perjalanan pulang kami singgah ke Pantai Kemasik yang terletak di Kemaman Sebenarnya tak rancang pun nak ke sini tapi Sumayyah request nak main pasir kami singgah jugaklah Saya pulak selama ni tak kis...
Best Western I City Shah Alam Hotel Santai Hujung Minggu

Best Western I City Shah Alam Hotel Santai Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 372 hits
Hotel pilihan MrJocko ketika travel antara yang selalu kami pilih ialah rangkaian hotel Best Western Ini kerana ia menawarkan harga yang agak murah berpatutan dengan pilihan kemudahan hotel yang terbaik walaupun pada harga 3 Bintang Ini pen...
Alamak Keliru Nak Cari Hotel Di Terengganu Untung Ada Bagasi My

Alamak Keliru Nak Cari Hotel Di Terengganu Untung Ada Bagasi My

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 529 hits
Assalammualaikum Hi readers Terima kasih buat korang yang tak putus putus singgah blog Mell just untuk baca nukilan merapu Mell di blog tak seberapa ini Oh ya hope korang suma sihat sihat lah ye and tak jemu membaca blog Mellya Crayola samp...
Cari Tempat Makan Best Sedap Dan Murah Di Saji My

Cari Tempat Makan Best Sedap Dan Murah Di Saji My

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 425 hits
As Salam Cari Tempat Makan Best Sedap dan Murah di Hi Pernah tak korang rasa stress atau pening time pi travel sebab tak jumpa atau tak tahu kat mana nak cari port makan yang best sedap dan murah Udah jangan pening pening lagi Saya dah jump...
The Best Game Rooms That You Want Your Home To Have At This Moment

The Best Game Rooms That You Want Your Home To Have At This Moment

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 351 hits
The game room whether in a residential development or an area of the house is synonymous with fun This proposal is worth any room size and even in a small space it is possible to execute The post appeared first on
Baru Kahwin 6 Bulan Perut Boroi Kena Buang Lemak Dengan Best Fabulous

Baru Kahwin 6 Bulan Perut Boroi Kena Buang Lemak Dengan Best Fabulous

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 433 hits
BARU 6 BULAN KAWEN Perott DAH Boncitt Tu belum ada anak lagi Macam mana la kalau kau dah ada anak nanti sham Bertambah boncit la jawabnya Percaya la cakap aku ni Penyakit pun senang dapat kalau tak jaga dari sekarang Dulu aku pun macam kau ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025