10 Makanan Tradisional India Yang Terkenal Di Malaysia


Sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, kita beruntung kerana dapat menikmati pelbagai makanan yang kaya dengan tradisi.
Anda juga boleh terokai pelbagai makanan tradisional India. Jika anda sudah biasa dengar tentang makanan seperti roti canai atau murukku, sebenarnya terdapat banyak lagi hidangan menarik untuk dicuba.
Ayuh kita kenali 10 hidangan tradisional India yang wajib dicuba.
10 Makanan Tradisional India Yang Terkenal di Malaysia 1. Ayam Varuval Varuval merupakan hidangan yang terkenal dari India Selatan. Resepi varuval biasanya menggunakan ayam bersama ramuan lain seperti serbuk ketumbar, cili kering, bawang dan rempah ratus.
Ia juga dimasak kering dan tidak menggunakan santan.
Sumber : Facebook Masak Apa Hari Ni 2. Panipuri Panipuri adalah hidangan yang berasal dari India berbentuk bulat. Menariknya tentang panipuri, kulitnya perlu dipecahkan sedikit untuk dimasukkan inti.
Kulitnya diperbuat daripada tepung semolina dan tepung gandum. Sementara itu, intinya pula diperbuat daripada kentang, kacang kuda dan daun ketumbar.
Kemudian, panipuri dicurahkan pula dengan kuah khas yang dihasilkan daripada daun pudina dan air asam jawa.
Memang menarik untuk cuba kerana ia mengandungi pelbagai gabungan rasa yang seimbang dan unik.
Rangup, masam, masin dan pedas, makan sebiji pasti tak cukup!
Sumber : moonrice.net 3. Idli Idli merupakan hidangan sarapan yang terkenal dalam kalangan masyarakat India. Bahan utama untuk hasilkan idli adalah nasi putih dan lentil hitam.
Ia dikukus dan dihidangkan bersama kari dan chutney.
Sumber : idtio.id 4. Laddu Laddu merupakan manisan India berbentuk bola yang sangat terkenal. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan lemak sapi.
Biasanya, laddu disajikan pada hari keramaian atau majlis keagamaan.
Sumber : mozismenu.com 5. Uthappam Uthappam merupakan makanan khas daripada India yang berbentuk pancake. Ia seakan tosai kerana diperbuat daripada adunan beras.
Namun, rasanya lebih menyerlah dengan taburan daun bawang, capsicum, bawang dan tomato.
Selain itu, teksturnya juga lebih tebal berbanding tosai.
Uthappam biasanya dihidang pada waktu pagi dan dinikmati bersama chutney atau sambar.
Bagi yang belum tahu, uthappam juga baru diwartakan sebagai warisan negara pada 4 Februari 2024.
6. Nasi Daun Pisang Hidangan nasi daun pisang sememangnya cukup sinonim dengan kaum India.
Ia dikatakan berasal dari India Selatan ketika penduduk India berhijrah ke Tanah Melayu semasa penjajahan British.
Seperti namanya, nasi ini dihidangkan di atas daun pisang dengan pelbagai variasi lauk India yang lazat termasuk varuval, sayur kubis, kuah dhal dan sebagainya.
Sumber : mstar.com 7. Putu Mayam Putu mayam merupakan satu lagi makanan tradisional India yang sangat popular di Malaysia.
Bahan untuk menghasilkan putu mayam adalah tepung beras beserta air atau santan. Kemudian, doh akan ditekan melalui acuan untuk menghasilkan bentuk seperti mi.
Ia biasanya dipadankan bersama gula perang dan kelapa parut.
Sumber : resepichenom.com 8. Vadai Rakyat Malaysia cukup menggemari vadai sebagai kudapan pada waktu petang. Makanan tradisional India ini terdapat dua jenis iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai.
Paruppu vadai dihasilkan daripada kacang dhal, hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah.
Sementara itu, ulunthu vadai pula diperbuat daripada urad dhal/kacang ulunthu dan berbentuk seperti donat.
9. Rasam Rasam merupakan hidangan sup yang berasal dari India Selatan. Ia dihasilkan menggunakan air asam jawa, tomato, cili, lada dan pelbagai rempah ratus.
Hidangan ini dikatakan bagus untuk ‘mencuci perut’ serta sesuai untuk diberikan kepada orang yang demam atau tak lalu makan.
Sumber : Facebook Masak Apa Hari Ni 10. Teh Masala Juga dikenali sebagai chai atau masala chai, teh masala merupakan minuman yang popular dari India.
Ia dihasilkan dengan membancuh teh hitam dalam susu dan air.
Yang membangkitkan rasa dan aroma teh ini sudah tentu rempah aromatik yang diletakkan dalam bancuhan teh seperti kulit kayu manis, halia, jintan manis, cengkih dan buah pelaga.
Memang segar dan menghangatkan badan.
Sumber : foodess.com Rupanya terdapat pelbagai hidangan tradisional India yang menarik untuk dicuba.
Dari hidangan sarapan pagi sehinggalah ke manisan, anda pasti tidak akan jemu untuk mencuba variasi makanan tradisional India. Padat dengan rasa dan cukup unik.
Sumber : Facebook SihatMag, Facebook Al – Fath Food Industries, Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Baca Juga : 21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-tradisional-india/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-tradisional-india

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drug Kingpin With Networks In Malaysia And Australia Nabbed In India

Drug Kingpin With Networks In Malaysia And Australia Nabbed In India

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 362 hits
India s anti narcotics bureau said Jaffer Sadiq Abdul Rahman was arrested in a raid in New Delhi PETALING JAYA Indian authorities have arrested an alleged drug kingpin believed to have networks in Malaysia Australia and New Zealand India s ...
21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara

21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 350 hits
Makanan tradisional boleh menggambarkan identiti serta budaya masyarakat setempat Sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian hidangan warisan yang menjadi tradisi turun temurun Terdapat lebih 200 maka...
Bos Kepada Raja Dadah India Didakwa Warga Malaysia

Bos Kepada Raja Dadah India Didakwa Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 263 hits
MalaysiakiniMedia India mendakwa bos kepada raja dadah India merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini Ini selepas penerbit filem Tami...
Dua Pekerja Restoran India Curi Beg Pelancong Malaysia

Dua Pekerja Restoran India Curi Beg Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 309 hits
BernamaNEW DELHI Dua pekerja restoran di Selatan India didapati mencuri beg mengandungi wang tunai dan pasport milik satu keluarga pelancong dari Malaysia Pasangan suami isteri dari Malaysia itu dan anak perempuan mereka dalam perjalanan da...
India Extends Ban On Onion Exports To Malaysia Other Countries Indefinitely Ahead Of General Election

India Extends Ban On Onion Exports To Malaysia Other Countries Indefinitely Ahead Of General Election

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 372 hits
A labourer carries a sack of onions at a wholesale market in Kolkata India December 14 2021 Countries such as Bangladesh Malaysia Nepal and the United Arab Emirates rely on imports from India to fill domestic gaps in onion supply and many o...
Tesla Begins Deliveries Of Model Y In Malaysia

Tesla Begins Deliveries Of Model Y In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 289 hits
Tesla said the price for its Model Y sports utility vehicle will start at RM200 700 KUALA LUMPUR Tesla has begun deliveries of the Model Y its electric sports utility vehicle in Malaysia The company said the model comes in three variants Mo...
Sri Pahang Sahkan Rafael Silva Tidak Lagi Bersama Pasukan Itu Pada Liga Malaysia Musim Baharu

Sri Pahang Sahkan Rafael Silva Tidak Lagi Bersama Pasukan Itu Pada Liga Malaysia Musim Baharu

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Kelab Bolasepak Sri Pahang mengesahkan penyerang import dari Brazil Rafael Silva tidak lagi bersama Sri Pahang FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2024 2025 Pengumuman menerusi Facebook rasmi Sri Pahang FC itu hari in
Kl Bird Park Malaysia A K A Taman Burung Kuala Lumpur 2024

Kl Bird Park Malaysia A K A Taman Burung Kuala Lumpur 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 377 hits
Assalammualaikum Dunia Turun jew dari Planetarium Negara kita orang jalan kaki jew ke KL Bird Park Oh yer kawasan sekitar ni banyak yang boleh di explore ada Taman Orkid Tasik Perdana Galeri Tun Abdul Razak dan juga ada pelbagai lagi tak be...
Tiada Maklumat Jaffer Terlibat Dengan Rakyat Malaysia Edar Dadah

Tiada Maklumat Jaffer Terlibat Dengan Rakyat Malaysia Edar Dadah

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 405 hits
Pengarah JSJN Khaw Kok Chin berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan lanjut PETALING JAYA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkata tiada maklumat ketika ini tentang penglibatan seorang rakyat India yang ditahan baru baru ...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

China Displays Five New Ucavs

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

Audi Driver Crashes Into 2 Police Motorbikes Tests Positive For Alcohol

Govt Enhances Disaster Communications Network In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Beriyani Ayam Masak Kurma Cup Cake Coklat

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kalau Tak Kemas Mesti Tak Jumpa

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Telefilem Jersi 45

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang