21 Himpunan Doa Keluarga Bahagia Untuk Suami Isteri


Keluarga bahagia adalah dambaan setiap insan. Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga?
Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga.
Semua orang mahukan keluarga bahagia.
Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.
Oleh itu, saya menyediakan beberapa doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni.

Panduan ini mengandungi doa-doa berikut: Doa ketika hendak berjimak Doa mendapat anak soleh Zikir untuk mendapat anak Doa mendapat anak yang sempurna Doa mendapat anak berakhlak mulia Doa memperoleh isteri dan anak bertaqwa Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri yang terpisah Doa pelembut hati suami dan isteri Doa memohon keampunan Allah Doa memohon rahmat dan pimpinan Allah Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat Doa mendapat hidayah Doa mendapat kebahagiaan dunia akhirat Doa perlindungan terhadap rumah dan keluarga Doa memohon rezeki yang luas Doa perlindungan dari gangguan syaitan Bacaan untuk menolak gangguan syaitan Doa ketika marah Doa mengawal diri dari sifat panas baran Doa ketika ditimpa musibah Doa memohon akhlak yang baik  
1. Doa Ketika Hendak Berjimak Dengan Isteri
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)
InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.
 
2. Doa Mendapat Anak Soleh
Maksudnya:
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
 
3. Zikir Untuk Mendapat Anak
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan  yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
 
4. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
— Surah Ali-‘Imran ayat 38
 
5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
— Surah al-Ahqaf ayat 15
 
6. Doa Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
— Surah al-Furqan 74
 
7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Dengan Yang Lain
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
— Surah Ali ‘Imran 200
Dibaca setiap kali solat fardhu.
 
8. Doa Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami atau Isteri)  





Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy
— Surah Taha ayat 1-5
 

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
— Surah Asy-Syura ayat 19
 
9. Doa Keampunan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
— Surah al-A’raf ayat 23
 
10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
— Surah al-Kahfi ayat 10
 
11. Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.
 
12. Doa Mendapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
— Surah Ali Imran ayat 8
 
13. Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
— Surah al-Baqarah ayat 201
 
14. Doa Keluar Rumah Agar Mendapat Perlindungan Allah Atas Harta Benda Dan Keluarga
Maksudnya:
Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.
 
15. Doa (Selawat) Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).
 
16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)
 
17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.
 
18. Doa Ketika Marah  

Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
 
19. Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran
Maksudnya:
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana  Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.
 
20. Doa Ketika Ditimpa Musibah
Maksudnya:
Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)
 
21. Doa Memohon Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, sepertimana Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.
 
 
Adab dan Sebab Doa Diterima Niat yang ikhlas kerana Allah Yakin doa diterima Mengulang doa sebanyak 3 kali Berdoa dengan khusyuk serta rasa rendah diri Mengadap kiblat Memohon diampun segala dosa dan bertaubat Mula dan akhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad Berdoa dalam keadaan suci dan berwudhuk Mengangkat dua belah tangan dengan rasa rendah hati Memastikan urusan kehidupan adalah dari sumber halal Mulakan dengan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain Ucapkan syukur atas nikmat Allah Tidak memohon selain daripada Allah  
Doa keluarga Bahagia Ini Perlu Dijadikan Amalan Harian Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain.
Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati.
 Doa ialah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh.
Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman.
Itulah uniknya Islam.
Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan, menerusi ayat-ayat dalam al-Quran.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam usaha kita membina keluarga bahagia, sakinah dan mawaddah.
Mohon kongsikan panduan ini jika ia memberi manfaat kepada anda.
The post 21 Himpunan Doa Keluarga Bahagia Untuk Suami Isteri appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/doa-keluarga-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Kajian Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

Menurut Kajian Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 384 hits
Sebuah penelitian di Universitas Meksiko membuktikan pria dengan istri gemuk jauh lebih bahagia 10 kali lipat dibanding lelaki dengan istri kurus Iko Uwais sudah membuktikannya bagaimana dengan suami Anda Masih ingatkah Anda bagaimana Iko U...
Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 405 hits
MALAYSIAKINI Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah...
Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut Berbuat Baik Kepada Isteri

Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut Berbuat Baik Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 376 hits
Photo by on Islam sentiasa menyuruh umatnya agar berbuat baik sesama insan lebih lebih lagi kepada isterinya Isteri adalah pakaian baginya Isteri juga merupakan orang yang paling rapat dan pembantu setia kepada kita Maka sudah tentu keduduk...
Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 376 hits
Hati siapa tidak luruh tambah lagi bila si isteri bertungkus lumus untuk memberi surprise sempena ikatan perkahwinan yang berkekal lama Tapi si lelaki lupa segalanya dan mahukan madu baru Sekurangnya cubalah selami perasaan isteri sedalamny...
Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 495 hits
Kejadian ini berlaku kira kira dua tahun lalu pada bulan Oktober Sewaktu itu wanita bernama Florence Leung ini hilang selepas keluar rumah Ia menyebabkan seluruh keluarga dan suaminya mencari di merata tempat Setelah puas mencari pihak poli...
Suami Sanggup Sambut Birthday Isteri Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Suami Sanggup Sambut Birthday Isteri Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum w b t hai readers hai followers Entri kali ni nampak jiwang kan nampak macam saya sorang je ada suami kan Bukan sebenarnya saya ada sorang suami je paham tak tak paham tak apa hihi Kisah hari lahir saya yang terindah dalam t...
Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu

Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 458 hits
Kebanyakkan ramai orang yang mengeluh sebab sukar nak berkomunikasi dengan suami Yela tak masing masing asyik sibuk dengan kerjaya Terlalu sibuk tapi isteri anda perlu ketahui cara untuk bercakap dengan suami Jangan lah asyik mengeluh je ad...
Kewajipan Sebenar Suami Ke Atas Isteri

Kewajipan Sebenar Suami Ke Atas Isteri

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 459 hits
Ikutkan Suami tak wajib beli TV tak wajib buat rumah besar besar tak wajib bagi makan anak isteri sedap sedap dan mewah mewah tak wajib bawa bercuti sana sini tak wajib beli baju cantik cantik silap silap boleh jadi haram Suami wajib bagi n...
Apa Perasaan Anda Jika Bekas Isteri Suami Pangku Anak Suamimu

Apa Perasaan Anda Jika Bekas Isteri Suami Pangku Anak Suamimu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 383 hits
Dari gambar diatas terserlah cahaya ikhlas redha dan silaturahim sesama Islam Abby Abadi bekas isteri Norman Hakim melawat Memey Suhaiza dan bayinya Sungguh harmoni Abby Abadi umum mengetahui sudah mengenakan hijab Kata orang kalau ubah lua...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game