20 Wakil Rakyat Dap Mungkin Keluar Parti China Press



(Suara TV) – Akhbar China Press melaporkan terdapat spekulasi kira-kira 20 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP mungkin akan bertindak keluar parti dalam masa terdekat.
Malaysia Gazette yang memetik China Press melaporkan, langkah keluar DAP itu akan dimulakan oleh Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan menyertai MCA, disusuli mereka yang lain.
“Tindakan wakil rakyat Perak itu dikatakan mungkin diikuti sejumlah Ahli Parlimen dan ADUN lain yang jumlahnya mencecah 20 orang,” kata laporan itu
Laporan sama mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bakal mengumumkan perkara itu kelak.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak tahu apa-apa mengenai spekulasi bahawa kira-kira 20 wakil rakyat DAP akan keluar parti dan menyertai MCA.
Kok Wai ketika ditanya mengenai spekulasi itu oleh China Press bagaimanapun hanya membalas secara ringkas: “saya tidak tahu apa-apa tentang hal ini.”
Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming ketika dihubungi Sinchew Daily pula enggan mengulas kerana perkara lompat parti itu belum disahkan.
Dalam perkembangan lain, portal Malaysiakini melaporkan DAP kini dilanda kemelut kepimpinan susulan wujud gerakan dalam parti itu untuk menyingkirkan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan penasihat parti, Lim Kit Siang.
“Menjelang pemilihan parti DAP pada pertengahan tahun ini, gerakan untuk menyingkirkan setiausaha agung Lim Guan Eng, dan bapanya, Lim Kit Siang dikatakan semakin mendapat momentum.
“Pelancaran sebuah buku yang dijadualkan pada 17 Januari disebut-sebut sebagai peluang bagi gerakan anti-Lim untuk merancakkan lagi momentum sebelum pemilihan parti, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun,” kata laporan Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, dalam laporan lain pada Disember lalu, MalaysiaGazette melaporkan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP Teng Chang Khim yang juga Exco kerajaan Selangor menggesa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersara dari politik.
Beliau berkata, dua pemimpin kanan DAP itu perlu berundur untuk memberi peluang kepada pemimpin generasi muda.
Katanya, Kit Siang dan Guan Eng telah mengisi separuh sejarah parti dari 1960 hingga sekarang dan sudah tiba masa untuk menyerah kuasa.
“DAP sudah mencapai zaman puncak dan sudah tiba masa untuk mereka menyerahkan kepada orang lain untuk meneruskan perlumbaan seterusnya,” katanya ketika menerima wawancara Nanyang Siang Pau.
Menurut pemimpin DAP itu lagi, disebabkan terlalu lama dengan kuasa dalam parti, banyak perkara telah menjadi “kebiasaan”, malahan menyebabkan mereka mempunyai kuasa yang terlalu besar dalam DAP.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/05/20-wakil-rakyat-dap-mungkin-keluar-parti-china-press/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbalahan Parti Melayu Mungkin Jadikan Dap Kuasa Penentu

Perbalahan Parti Melayu Mungkin Jadikan Dap Kuasa Penentu

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 313 hits
freemalaysiatoday com January 11 2021 9 04 AMJusteru kerjasama Umno DAP tidak akan berlaku DAP mungkin memilih untuk bekerjasama dengan PPBM susulan pengalaman mereka dalam kerajaan PH PETALING JAYA Seorang penganalisis politik meramalkan D...
20 Wakil Rakyat Dap Masuk Mca

20 Wakil Rakyat Dap Masuk Mca

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 350 hits
Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata beliau tidak tahu apa apa mengenai spekulasi bahawa kira kira 20 wakil rakyat DAP akan keluar parti dan menyertai MCA China Press melaporkan terdapat spekulasi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar ...
Kata Kerajaan Melayu Isle Tak Tolong Pun Rakyat Kah Padan Muka Kah Ini Semua Salah Dap

Kata Kerajaan Melayu Isle Tak Tolong Pun Rakyat Kah Padan Muka Kah Ini Semua Salah Dap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 449 hits
Umum PKP je Apa insentif untuk bantu rakyat langsung tak umum Ditambah beban lagi kpd rakyat terutama mereka yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri seharian Bukannya yang makan gaji seperti Menteri menteri Duta duta Khas bergaj...
Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 458 hits
On Jan 8 2021 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati parti apabila membuat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggerakkan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama UMNO PKR dan DAP Timbal...
18 Gambar Pemimpin Parti Komunis China Dirampas

18 Gambar Pemimpin Parti Komunis China Dirampas

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 523 hits
Oleh Gambar pemimpin Parti Komunis China dipamerkan di bahagian dalam sebuah premis di Jonker Walk Jalan Hang Jebat Melaka NSTP AMIR MAMAT MELAKA Polis menyerbu sebuah premis perniagaan di Jonker Walk Jalan Hang Jebat di sini dan merampas 1...
Nak Urus Bini Pun Kena Siku Nak Urus Parti Pun Flip Flop Nak Urus Kes Pun Tangguh Ada Hati Nak Jaga Rakyat

Nak Urus Bini Pun Kena Siku Nak Urus Parti Pun Flip Flop Nak Urus Kes Pun Tangguh Ada Hati Nak Jaga Rakyat

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 367 hits
Tanya je dan tanya lagi Nak jadi PM untuk apa Mana satu dulu Mustahil bukan demi tengkuk Isu 2015 2018 kenapa baru sekarang 2021 tiba ada skrip jawapan dan penjelasan
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah