Resepi Nasi Ayam Mudah Dari Dapur Bujang


Salam to all readers,

Aku bukanlah kaki masak pun, tapi sejak PKP ini tengok orang duk post gambar makanan sedap-sedap teringin pula nak makan. Boleh je order dekat foodpanda, tapi kalau hari-hari kau ber foodpanda sakit juga kocek kau. PKP dah masuk fasa ke-3 kita pun tak tahu bila akan berakhir. So, baik beli bahan dan buat sendiri, bolehlah repeat dua tiga kali makan. Tengok dalam peti ais ada bahan-bahan nak buat. Gunalah barang apa yang ada dekat dapur, yang tak ada kita pejam mata

Dekat rumah sewa ini tinggal aku dengan Oyah je, yang lain sempat balik rumah parent, dah tersangkut dekat kampung. Mujurlah si Oyah ini sekepala dengan aku, dapatlah beregu bersama di dapur. Nasi ayam ini menu hidangan tengahari semalam, sampai ke malam. Jimat sekali jalan. 
Kami buat pun refer google. So jom tengok olahan resepi kami buat. Bangun-bangun pagi semalam terus rebus ayam, sementara tu pergi bersiap kemaskan diri. Sungguhpun kau duduk di rumah, bersihkanlah diri, kemas tempat tidur, barulah hari kau ceria dan cergas sikit. 
Resepi Nasi Ayam Mudah dari Dapur Bujang
Benda pertama yang kena prepare adalah masak Nasi Ayam;

Basuh beras macam biasa
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, mentega + 3 serangkai kayu manis
Dah tumis masukkan ke dalam beras yang dah basuh tadi
Celupkan kunyit 1 jari ke dalam beras (bagi naik warna kuning)
Masukkan air rebusan ayam tadi, sukat mengikut paras beras.

*Air rebusan ayam jangan lupa tinggalkan baki unuk buat sup dan juga kicapnya.

Dah selesai masukkan dalam periuk nasi. Tunggu dia masak, settle!

Selesai masak nasi, kita perap ayam dulu;

Keluarkan ketulan ayam yang direbus tadi
Lumurkan dia dengan kicap, sos tiram, bawang putih, dan halia. (nak sedap letak minyak bijan sikit kalau ada)
Dah lumur sehingga sebati, letak tepi pagi perapan tu sebati
Selepas 15 minit atau20 minit kami gorengkan dia dalam kuali. Takyah lama sangat pun takpe sedap tadi kita dah rebus dia. Asal nampak garing okay. Siapa ada oven panaskanlah dalam oven. Rumah aku tak ada oven, jadi goreng atas kuali.

Kemudian kita beralih kepada sos nasi ayam;

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia
Dah garing masukkan cili boh, tunggu sehingga naik minyak bubuh gula dan garam
*Kami tambah sos cili sikit, nak manis kena tambah gula, masukkan air sikit
Tunggu dia masak

Beralih pula kepada kicap nasi ayam;

Masukkan kicap dan air rebusan ayam sikit. Tunggu dia masak dan boleh angkat.

Last sekali, sup nasi ayam, kalau ikutkan sup tu punya rupa keruh je air dia kan?

Takde daun sup, takpe, bubuh je apa yang ada. Baki air rebusan ayam tadi jadikan sup. Masukkan kentang, tomato, garam sikit dan tiup sup 3 rasa. Tunnggu masak, dah boleh hidang.

Maka, inilah hasil Nasi Ayam yang aku dengan Oyah buat semalam. Boleh tahan sedap juga kami masak. Mak aku pesan, kalau nak tunggu bahan cukup memang kau tak masaklah gamaknya. Gunanya bahan apa yang ada. Benda yang tiada tu skip je. 
Ada hikmah juga PKP ini bersambung, dia suruh aku belajar masak. Kalau balik kampung cakap je nak makan apa, mak aku masakkan. Duduk sendiri, kau nak makan kenalah masak sendiri. Adventure juga main masak-masak ini. Siapa nak try bolehlah buat, tak jadi buat lagi sampai jadi. Orang kata try and error

Barang dapur aku pun dah susut, habiskan yang mana ada. Next week baru nak pergi beli. Apa-apa pun, stay at home a jangan merayau tak tentu pasal

Thank you for reading


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/04/resepi-nasi-ayam-mudah-dari-dapur-bujang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1428 hits
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap Hari hari makan ayam boleh pening Pening sebab nak fikirkan resepi Asyik asyik ayam goreng ayam sup ayam kari Ayam kicap Bosan juga kan Tapi sebenarnya kan banyak resepi yang boleh kita pelbagaikan de...
Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1055 hits
Bahan Bahan AyamTepung serbaguna BestariBahan Untuk Sos Lemon1 cawan air cawan gula kiub ayam1 sudu tepung jagung2 sudu makan perahan jus lemon sudu kecil garam2 potongan nipis lemon2 sudu makan minyak masakSedikit pewarna kuningCara Penyed...
Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 593 hits
Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En Semenjak PKP ini semua rahsia cik en terbongkar habis Hahahha anyway cik en jarang nak bercerita yang cik en suka memasak Cik en suka masak dari umur 8 tahun lagi Ingat lagi masa itu cik en dengan adik c...
Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 539 hits
Jom hasilkan 8 resepi hidangan Cina yang lazat dan ringkas ini small Cover image via Seismik Makan small 1 Chicken Dumplings Untuk resepi yang mudah anda wajib sekali mencuba resepi Chicken Dumplings ini Anda hanya perlu menyediakan inti da...
Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 958 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBAHAN BAHANBawang merahIsi ayamNasi putihMinyakDaun kucaiDaun limau purutPes cili bohSos ciliKicap kicap soyaGula garamCARA MEMBUAT 1 Panaskan minyak masukkan bawang bersama isi ayam dan masukkan sedikit p...
Resepi Nasi Ayam Madu

Resepi Nasi Ayam Madu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 484 hits
Myresepi Info berkongsi resepi terbaik iaitu Resepi Nasi Ayam Madu Nasi Ayam Madu ni adalah antara menu popular dikalangan masyarakat Malaysia Cubalah Resipi Masakan ini Resepi Nasi Ayam MaduBahan bahan 1 1 2 ekor ayam2 1 bungkus sup bunju3...
Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 746 hits
Berjaya juga masak sendiri nasi arab ni Kalau tak asyik teringin teringin dan teringin je Nak elakkan dari terus teringin kita cuba ajelah masak sendiri kan Bukan tak boleh nak beli cuma malaslah nak ke sana Inipun buat guna beras biasa je ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025