20 Koleksi Pantun Teka Teki Beserta Jawapannya


Terdapat banyak jenis teka-teki dan salah satu daripadanya yang popular adalah pantun teka-teki.
Pengertian pantun secara khusus adalah rangkaian kata-kata indah yang mengandungi nasihat, sindiran ataupun keperluan lainnya.
Fungsinya sebagai penghalus kata dalam berkomunikasi.
Maksud pantun teka-teki Berdasarkan isinya, pantun dapat dikelompokkan menjadi beberapa jenis, salah satunya pantun teka-teki.
Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki dan pendengar atau pembaca diberi kesempatan untuk menjawab atau membalas teka-teki pantun tersebut.
Selain itu, terdapat juga banyak jenis pantun lain antaranya pantun jenaka yang berisi hal-hal lucu, pantun nasihat yang berisi nasihat untuk mendidik moral dan budi pekerti, dan pantun kiasan yang berisi perumpamaan dengan tujuan menyampaikan suatu hal secara tersirat.
Artikel berkaitan: 30 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur!
Ciri-ciri pantun Secara umumnya, pantun jenis ini mempunyai sedikit sahaja perbezaan dengan pantun-pantun yang lain.
Memiliki rima atau pada setiap akhir kata dalam kalimat berbunyi (a-a-a-a) atau (a-b-a-b) Baris ketiga dan keempat merupakan isi pantun yang menjadi tujuan atau maksud dari pantun. Pada pantun teka-teki, kedua baris ini berisi teka-teki yang ditanyakan. Pantun teka-teki biasanya bersifat menghibur. Ada pertanyaan di baris terakhir yang terkadang dilengkapi dengan tanda tanya. Contoh pantun dan jawapannya Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi semakin ringan
Jawapan: Belon
Pergi umrah tiap tahun
Semoga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilanglah budi bicara akal
Buah apa tak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Tinggi duduk di atas sekali
Bukan bulan bukan matahari
Bila malam ia berseri
Bila siang ia berganti
Jawapan: Bintang
Mulut manis hati nak baik
Itulah amalan turun temurun
Benda apa yang akan naik
Jika saja hujan turun
Jawapan: Payung
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
Jawapan: Ayam
Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Selalu diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
Jawapan: Gasing
Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Melaka
Pagi-pagi pergi ke kebun
Menebas rumput guna parang
Waktu siang matanya rabun
Waktu malam matanya terang
Jawapan: Burung Hantu
Pecah kaca jatuh berderai
Jatuh berderai ketika menyusun
Taringnya tajam bila menyeringai
Bila mengaum terasa gerun
Jawapan: Harimau
Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan segera
Semakin berisi semakin menunduk?
Jawapan: Padi
Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
Jawapan: Ketam
Sakit terkena duri semalu
Ketika menangkap ikan siakap
Kalau adik ingin nak tahu
binatang apa pandai bercakap
Jawapan: Burung Tiung
Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?
Jawapan: Jarum
Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?
Jawapan: Tali pinggang
Masak tumis sambal petai
Makan kenyang lalusendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah akan dibawa
Jawapan: Buah tangan
Dari mudik menuju ke muara
Untuk mencari buah kelapa
Tahukah adik binatang apa
Darahnya hitam tulangnya satu?
Jawapan: Sotong
Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia
Jawapan: Belimbing
Pisang emas pisang restali
Bila dimakan manis sekali
Binatang ini kesayangan nabi
Mukanya comel jinak sekali.
Jawapan: Kucing
Jatuh di parit lutut berdarah
Sebab habuk masuk ke mata
Binatang ini menghisap darah
Bawa penyakit kepada manusia
Jawapan: Nyamuk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pantun-teka-teki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pantun-teka-teki

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Teka Teki Terjawab Janna Nick Amp Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Hiburan Teka Teki Terjawab Janna Nick Amp Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 169 hits
Selepas berbagai kontroversi melanda pasangan selebriti ini pelakon dan penyanyi Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasihnya Dini Schatzmann Janna dan Dini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mere...
Teka Teki Terjawab Janna Nick Amp Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Teka Teki Terjawab Janna Nick Amp Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 149 hits
Selepas berbagai kontroversi melanda pasangan selebriti ini pelakon dan penyanyi Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasihnya Dini Schatzmann Janna dan Dini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mere...
Tamatkan Teka Teki Mk K Clique Bakal Nikahi Kekasih Hati Jumaat Ini

Tamatkan Teka Teki Mk K Clique Bakal Nikahi Kekasih Hati Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 197 hits
Teka teki berkenaan status penyanyi kumpulan rap MK K Clique akhirnya terungkai apabila jejaka asal Sabah itu memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya pada Jumaat ini Memetik laporan dari Harian Metro MK atau nama sebenar...
Buasir Otak Tv Siapa Dapat Jawab Teka Teki Lumba Lari Ni

Buasir Otak Tv Siapa Dapat Jawab Teka Teki Lumba Lari Ni

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 161 hits
Dalam satu pertandingan lumba lari jika anda dapat potong orang nombor 2 sekaramg anda nombor berapa Tuliskan jawapan di ruangan komen Jom tonton animasi ini
20 Koleksi Pantun Kanak Kanak Popular

20 Koleksi Pantun Kanak Kanak Popular

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 205 hits
Sedar atau tidak sejak di bangku sekolah rendah lagi kita sebenarnya sudah didedahkan dengan koleksi pantun termasuklah pantun kanak kanak Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat pedom...
Koleksi Ucapan Pantun Puisi Dan Caption Selamat Hari Bapa 2023

Koleksi Ucapan Pantun Puisi Dan Caption Selamat Hari Bapa 2023

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 307 hits
Jika bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu Manakala Bulan Jun pula bulan meraikan sambutan Hari Bapa Hari ibu diraikan pada ahad kedua bulan Mei setiap tahun dan pada tahun ini Hari Ibu disambut pada hari Ahad 14 Mei 2023 Hari Bapa Sambutan Har...
Kalau Ada Dalam Dunia Yg Buruk Jawapannya Umno

Kalau Ada Dalam Dunia Yg Buruk Jawapannya Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 178 hits
2 persoalan penuh putar belit menghasut dan spin utk hanya memuaskan sifat busuk hati dan perut yg ada lagi konon mahu satukan bangsa Peliknya MAHUKAN jawapan yg sama Bodoh sgtkah kamu mahu perbodohkan bangsa ko sendir Hahaha ko ras je ko b...
Cara Solat Jamak Beserta Niat Dan Syaratnya

Cara Solat Jamak Beserta Niat Dan Syaratnya

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 315 hits
Cara solat Jamak beserta niat dan syaratnya Panduan ini memudahkan mereka untuk meringankan ibadah walaupun dalam perjalanan yang jauh dengan jarak melebihi dua marhalah Solat Jamak ni mudah cuma kita je yang tak mudah untuk cuba melakukann...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025