20 Koleksi Pantun Kanak Kanak Popular


Sedar atau tidak, sejak di bangku sekolah rendah lagi kita sebenarnya sudah didedahkan dengan koleksi pantun termasuklah pantun kanak-kanak.
Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.
Menurut Za’ba, perrkataan ‘pantun’ dipercayai datang hasil terbitan ‘sepantun’ yakni bermaksud ‘seperti’, ‘seumpama’ atau ‘macam’.
Selain daripada peribahasa, pantun mempunyai fungsi yang istimewa khususnya dalam memanifestasikan nilai, norma, sikap dan pemikiran serta akal budi orang Melayu.
Sejenis puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut­-sambutan;
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka Pantun Melayu menyentuh pelbagai aspek kehidupan individu; daripada kanak-kanak hingga warga tua, lelaki dan perempuan; daripada ekonomi, agama dan kepercayaan kepada budipekerti dan hubungan sosial hinggalah kepada cinta dan kasih sayang.
Pantun ialah karya seni bahasa Melayu tulen. 
Ciri-ciri pantun Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi.
Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian.
Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud.
Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Pantun kanak-kanak juga mempunyai ciri-ciri pantun yang dinyatakan di atas.l
Jenis-jenis pantun Pantun dapat dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung pada jumlah kerat dan kandungannya.
Berikut merupakan antara jenis-jenis pantun:
Jumlah Kerat – Pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16,, 18, 20 Mengikut kandungan Pantun Teka-teki Pantun Jenaka Pantun Kasih Sayang Pantun Nasihat Pantun Budi Pantun Nasib Pantun Adat Pantun Agama Pantun Kanak-kanak Artikel menarik: Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru
Contoh pantun kanak-kanak Tarikan kanak-kanak kepada pantun yang dikarang khas untuk mereka ialah kata-kata dengan makna yang sesuai untuk mereka, selain rima dan irama yang sedap, maka mudah diterima dan diingat lebih-lebih lagi !etelah berulang-ulang kali didendangkan ibu, penga!uh, malahan adik-beradik,
Berikut merupakan antara pantun kanak-kanak popular yang sesuai diajarkan buat anak-anak dan pelajar sebagai naihat dan pedoman buat mereka.
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakitlah dahulu
Bersenang kemudian
Pergi ke sawah membawa peti
Peti berisi setangkai padi
Jadilah anak yang rendah hati
Pasti mengerti balas budi
Balik dari kota
Beli tudung saji
Baik tutur kata
Semua orang puji
Baju dicuci harus dibilas
Saat dijemur, diinjak unggas
Jadi murid tak boleh malas
Harus kerjakan semua tugas
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baharu belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Beli kukur kelapa
Letak atas para
Baik tegur sapa
Kawan lekas mesra
Main layangan di tengah taman
Duduk sendiri di atas tikar
Saling sayang bersama teman
Saat bermain jangan bertengkar
Buah manggis di rumpan keladi
Mari dibelah berpangsa-pangsa
Yang manis bernama budi
Yang indah bernama bahasa
Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Budak-budak berkejar-kejar
Suka-suka bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Kain panjang kain batik
Lama terpakai jadi lusuh
Ingin jadi kakak yang baik
Adik manis mesti diasuh
Depan rumah pohon mangga
Sebelahnya ada pohon suji
Jika ingin masuk syurga
Jangan lupa untuk mengaji
Ada awan tutupi fajar
Bulan bintang terletak sejajar
Ayo kawan kita belajar
Agar cita-cita mudah dikejar
Peta di buku tiada arahnya
Jalan ke seberang buat latihan
Anak yang patuh orang tuanya
Akan disayang oleh Tuhan
Pergi ke pantai berkacamata
Duduk sendiri di tengah taman
Selalu jaga perkataan kita
Jangan sakiti perasaan teman
Nasi dimakan terasa mentah
Ubi dikukus bersama tebu
Jadi anak jangan membantah
Rajin membantu ayah dan ibu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pantun-kanak-kanak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pantun-kanak-kanak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Koleksi Pantun Teka Teki Beserta Jawapannya

20 Koleksi Pantun Teka Teki Beserta Jawapannya

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 129 hits
Terdapat banyak jenis teka teki dan salah satu daripadanya yang popular adalah pantun teka teki Pengertian pantun secara khusus adalah rangkaian kata kata indah yang mengandungi nasihat sindiran ataupun keperluan lainnya Fungsinya sebagai p...
Koleksi Ucapan Pantun Puisi Dan Caption Selamat Hari Bapa 2023

Koleksi Ucapan Pantun Puisi Dan Caption Selamat Hari Bapa 2023

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 304 hits
Jika bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu Manakala Bulan Jun pula bulan meraikan sambutan Hari Bapa Hari ibu diraikan pada ahad kedua bulan Mei setiap tahun dan pada tahun ini Hari Ibu disambut pada hari Ahad 14 Mei 2023 Hari Bapa Sambutan Har...
Ulam Yang Popular Menjadi Kegemaran

Ulam Yang Popular Menjadi Kegemaran

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 144 hits
Ulam Yang Popular Menjadi Kegemaran Orang malaysia sebilangan besarnya suka makan ulam ulaman yang banyak mengandungi khasiat terutama pada kesihatan dan kecantikan Nieyl nak share dua jenis ulam yang nieyl suka selain daripada ulam yang de...
Semua Halang Saya Popular Kini Min Woohyuk Dedah Sebab Kahwin Awal

Semua Halang Saya Popular Kini Min Woohyuk Dedah Sebab Kahwin Awal

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 301 hits
Setelah popular dek drama Doctor Cha semakin ramai yang mula mengenali nama pelakon Min Woo hyuk ARTIKEL BERKAITAN Meskipun baru menempa nama menerusi drama ENA ini namun lelaki ini sebenarnya sudah senior dalam bidang muzikal dan pernah me...
Wajah Budak Paling Lama Di Botol F N Cepat Netizen Buat Kerja Ini Wajah Terbaru Kanak Kanak Ini

Wajah Budak Paling Lama Di Botol F N Cepat Netizen Buat Kerja Ini Wajah Terbaru Kanak Kanak Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 173 hits
Wajah budak paling lama di botol F amp N cepat netizen buat kerja Ini wajah terbaru kanak kanak ini Ketika kecil saling tak tumpah persis selebriti berkenaan sehingga membuatkan ramai bertanggapan begitu Walau bagaimanapun wajah terkini kan...
Cara Melegakan Batuk Dan Selesema Bayi Dan Kanak Kanak

Cara Melegakan Batuk Dan Selesema Bayi Dan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum w b t Tips Melegakan Batuk dan Selesema Buat Anak anak Musim sekarang ramai anak anak yang dijangkiti dengan penyakit batuk dan selesema Tambahan pula cuaca The post appeared first on
Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak Kanak 4 5 Tahun

Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak Kanak 4 5 Tahun

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 242 hits
Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak kanak 4 5 Tahun Bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 kanak kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih