20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19


20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19 | Sehingga artikel ini ditulis terdapat 20 kematian akibat pandemik Covid 19 di Malaysia yang mana rata-rata mereka yang meninggal berusia agak lanjut tapi mereka yang masih muda tidak seharusnya memandang remeh hingga tidak mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang telah di mulakan pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan kini Perdana Menteri TSMY telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020


KKM sedia mempertimbangkan penggunaan dua jenis ubat iaitu Avigan dan Fukaikan untuk merawat pesakit #COVIDー19 . Bagaimanapun, kajian perlu dilakukan kerana ubat dari China dan Jepun itu ada kesan sampingan - sumber KKM Putrajaya20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19Bila membaca di twitter tentang Covid-19 ni memang timbul satu rasa kegusaran bila peningkatan kematian ni semakin tinggi dan membimbangkan bila orang ramai tidak boleh keluar bekerja. Memang kalau tidak orang seronok nak cuti tapi dah dibagi cuti mereka rasa tertekan sebab tak boleh keluar rumah dan membuat aktiviti seperti berjogging, minum kopi bersama kawan, tak boleh ke cybercafe dan banyak lagi. Apa yang bagusnya aktiviti tidak bermoral pun terhenti tapi tak tahu la kot ada kelab malam yang masih dibuka secara sembunyi.
Sebanyak 20 kematian yang saya copy paste untuk pembaca yang mana tak ada twitter atau mungkin malas nak jengah twitter sebab memang terjebak. Walau kebanyakan kematian adalah dari jemaah Tabligh tapi tolong jangan salahkan mereka macam ada beberapa status memaki bangsa sendiri umpama mencerca agama sendiri..sedih sungguh. Perhimpunan Tabligh ni bermula pada 28 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 19 Mac dan disahkan pandemik pada 11 Mac 2020.

20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19
Kematian ke-20 merupakan pesakit kes ke-780, lelaki warga tempatan berumur 76thn. Beliau hadir perhimpunan tabligh di Seri Petaling dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai jam 4.35pm, hari ini, 25 Mac.

Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berumur 68thn. Beliau dirawat di Hops Sultanah Nora Ismail pd 19 Mac dan neninggal dunia 25 Mac jam 12.53 pagi.


Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berumur 56thn dan mempunyai penyakit kronik. Dirawat Hosp Sultan Ismail, Johor. Meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2am.


Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.


Kes kematian ke-16 kes ke-1334 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dlm siasatan.


Kes kematian ke 15 merupakan kes ke 1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes 703) yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.


Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020


Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020




Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke 11 kes ke-1070 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.


Kes kematian ke-10 seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pd jam 4.05pm pada 22 Mac 2020


Kes kematian ke-9 merupakan kes kematian pertama dlm kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki etelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020. Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague)



Kes kematian ke-8 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya dan meninggal dunia 21 Mac 2020 jam 4pm.
Ada isu pasal pengkebumian kes ke 781 ni yang dijalankan oleh pihak kesihatan tapi oleh ahli keluarga. Tak dapat dipastikan kenapa dan mengapa. Apa pun memang merisaukan bila mereka yang menjalankan urusan pengebumian ini tidak arif berkenaan prosedur akan terjangkit dengan virus hingga menambah bilangan pesakit dan merebak. Semoga dijauhkan.






Kes kematian ke-6 pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima, seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 dan meninggal dunia 21 Mac 2020.


Kes kematian ke-5 adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 dan meninggal dunia 18 Mac 2020.

Kes kematian ke-4 melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac. Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi
Kes kematian ke-3 Lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 200 dengan mengalami simpton Severu Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020Kes kematian ke-2 melibatkan kes ke-358, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Meninggal pada 17 Mac 2020
Kes kematian pertama kes ke-178, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun. Beliau menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan disahkan meninggal pada 17 Mac 2020.
Salam takziah kepada semua keluarga mangsa pandemik dan harapnya bilangan kematian hanya kekal 20 orang dan buat orang ramai tolong la #StayAtHome supaya rantaian pandemik ini dapat terhapus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/03/20-kematian-sehingga-25-mac-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Terkini Dua Lagi Meninggal Dunia 22 Mac 2020 Menjadikan Jumlah Kematian 10 Orang

Covid 19 Terkini Dua Lagi Meninggal Dunia 22 Mac 2020 Menjadikan Jumlah Kematian 10 Orang

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 307 hits
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kematian pada 22 Mac 2020 menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes Kes kematian ke 9 seorang lelaki berumur 48 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki Beliau dirawat di ICU H...
Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 348 hits
Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid 19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad sebanyak 10 kes Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidan...
Kematian Pertama Dr Malaysia Kerana Covid19 Innalillah

Kematian Pertama Dr Malaysia Kerana Covid19 Innalillah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 253 hits
Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat pertambahan satu lagi kes kematian baru berkaitan COVID 19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COV...
Italia Laporkan 475 Kematian Akibat Corona Dalam Satu Hari Tertinggi Di Dunia

Italia Laporkan 475 Kematian Akibat Corona Dalam Satu Hari Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 338 hits
Otoritas Italia melaporkan 475 kasus kematian akibat virus corona dalam 24 jam terakhir Kasus ini merupakan tingkat kematian tertinggi di dunia sejak kasus pertama terdeteksi di China Dilansir AFP pada Kamis total kematian di Italia pada Ra...
Covid 19 Terkini 21 Mac 2020 6 30pm 4 Lagi Kematian Dicatatkan Di Malaysia Menjadikan Jumlah Terkini 8 Kematian

Covid 19 Terkini 21 Mac 2020 6 30pm 4 Lagi Kematian Dicatatkan Di Malaysia Menjadikan Jumlah Terkini 8 Kematian

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 323 hits
Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat lagi kes kematian berkaitan COVID 19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan KKM Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes ...
Terkini Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Akibat Wabak Covid 19

Terkini Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Akibat Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 335 hits
Ia merupakan kematian ke 11 akibat wabak ini small Cover image via aa com small Malaysia hari ini telah mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak Covid 19 sebentar tadi Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat w...
Terkini 14 Kematian Akibat Covid 19 Dilaporkan Setakat Hari Ini

Terkini 14 Kematian Akibat Covid 19 Dilaporkan Setakat Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 581 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat Covid 19 di Malaysia setakat ini ialah 14 orang Menurutnya kes kematian ke 12 merupakan kes ke 1114 berumur 70 tahun lelaki warganega...
Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 Orang Takziah

Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 Orang Takziah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 254 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke 22 merupakan kes ke 1797 lelaki warga Malaysia berumur 48 tahun Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 orang TAKZIAH
Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Kepada 26 Orang 130 Kes Baru Dilaporkan

Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Kepada 26 Orang 130 Kes Baru Dilaporkan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 307 hits
Sehingga 12 tengahari tadi terdapat 130 kes baru dilaporkan menjadikan kes positif COVID19 di Malaysia adalah sebanyak 2 161 Seramai 54 kes positif COVID sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan Terdapat ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan