20 Jenis Sumber Makanan Fiber Terbaik


 1) Jagung

Kita sangat familiar kan dengan jagung manis bewarna kuning berkilat atau jagung bakar yang dijual di tepi-tepi pantai. Sebenarnya, jagung sangat kaya dengan nutriennya yang antioksidan. Setiap setengah cawan jagung yang kita makan, ia mengandungi 2gram fiber taw. Haa... popcorn yang kita selalu beli tu pun rendah dengan kandungan kalori dan jagung ni merubakan sumber fiber terbaik. Jadi, untuk dapatkan khasiat fiber, boleh lah lepas ni kita sama2 beli jagung rebus ok... hehehe... 

2) AlmondKacang almond - antara kacang yang menjadi kegilaan ramai terutama time2 raya (almond london).. hehehe... Tahukah anda, kacang almond adalah sumber yang baik untuk fiber dalam badan kita kerana ia membekalkan protein dan lemak baik (bukan lemak tak baik k..) Pengambilan almond adalah baik tetapi tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak sebab dia tinggi dengan kandungan kalori. Jadi, setengah cawan atau segenggam kacang almond akan menyeimbangi kandungannya iaitu 3 gram fiber dengan 170 kalori.. Pada penggemar almond ---------> anda digalakkan mengambil almond, tapi ingat.... ambillah dalam kadar yang sedikit sahaja sekadar yang diperlukan oleh badan =)


3) Kacang Hitam 
Black beans atau kekacang hitam mengandungi 15 gram fiber serta 15 gram protein secawan. Warnanya yang hitam dan gelap itu sudah cukup memberitahu kita bahawa ia kaya dengan antioksidan. So, banyakkan pengambilan kacang hitam ini dalam diet makanan anda dan jangan lupa minum banyak air taw...
4) Avocado
Avokado yang lemak berkrim ini merupakan sumber fiber yang paling baik, dua sudu jus avokado untuk setiap hidangan mengandungi 2 gram fiber dan sebiji buah avokado pula mengandungi 10 gram fiber. Avokado ni juga adalah sumber terbaik yang mempunyai kandungan lemak tidak tepu membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangkan masalah jantung.
5) Kacang kuda
Kacang kuda juga mengandungi kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi. Ia mula didomestikkan di Timur Tengah sebab ia adalah makanan ruji penduduk kawasan itu sehinggalah kini. Sebab tu orang-orang kat tanah arab suka makan kekacang kan...hehe.. 
6) Artichoke
Artichoke (sejenis bunga yang berasal dari selatan Eropah dan Mediterrenean) mengandungi 10.3 gram fiber yang kaya dengan antioksidan untuk memberikan kesihatan yang baik pada tubuh badan kita.
7) Buah Pear
Buah pear membekalkan nutrien dan kaya dengan fiber. saiz buah pear yang tak dikupas mengandungi 5.5 gram fiber. wow.... hebat gak buah ni, ada kat dapur. Jap lagi cik limau nk makan lah... hehe..
8) Beras Perang
Setiap cawan beras perang ini mengandungi 3.5 gram fiber. Kajian kat Harvard mendapati makan setiap lima atau lebih hidangan nasi putih seminggu meningkatkan risiko penyakit diabetis sehingga 17%, dan tambahan dua kali hidangan beras perang seminggu pula membantu mengurangkan risiko penyakit diabetis sehingga 11%.. Jom kita pakat2 beli beras perang.. dalam periuk boleh campur tak dua2 beras ni..?? almaklumlah pemakan beras putih sejati.. hahaha....
9) Edamame (kacang soya hijau/muda)
Edamame ni susah betul cik limau nk sebut.. Ia adalah sejenis kekacang yang banyak ditemui di Jepun dan Korea. Edamame ni adalah kacang soya muda yang warna hijau tu. Setengah cawan edamame mengandungi lebih dari 11 gram protein dan 9 gram fiber.. wowowo... patutlah orang Jepun ni hebat2 blaka kan.. Kandungan lemak yang ada dlm edamame ni sangat2 sihat untuk jantung dan membantu merendahkan kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung.
10) Roti berserat
Roti berserat atau whole wheat bread ni memg banyak sangat lah kat kedai2 runcit kat pasaraya kat koop pun ade.. Memg tren skarang suke makan roti berserat.. (yeke?) agaknye la kot... tapi sy tetap cari roti putih gak sebab ia sangat lemak, berkrim dan sungguh enak dimakan begitu saja (cehh!! jangan lelalut bole tak cik limau?)Roti putih tu pun sebenarnye berasal dari gandum, kemudian dia telah diproses berkali-kali dan bahagian yang bergandum atau yang berserat itu telah diremovekan jadilah roti tu warna putih sebaliknya roti berserat yang kita beli tu dia warna coklat kan? sebab kandungan seratnya masih ada dalam roti tu haa.. jadi ia sangat kaya dengan nutrien dan elemen2 fiber.. so pasni, gilir2 la minggu ni roti putih, minggu depan whole wheat bread lak kan (buzz: kat roti putih tu kan ade yang warna coklat tu? kira ade gak la serat kan) hihihi..
11) Kacang dhalKacang dhal juga adalah dari famili kekacang yang super duper rich dengan fiber. Ia mengandungi 15.6 gram fiber secawan. Terbaekkk!! Ia juga merupakan sumber protein, vitamin B, zat besi dan lain2 mineral yang sangat baik untuk tubuh badan kita.12) Pasta penuh serat
Selalu kita penah dengar tentang pasta warna putih tu kan..kan?? Ni adalah pasta penuh serat yang bewarna coklat.. Fuhh!! cam mane la rupa pastu tu ek.. hehe... Ia adalah sejenis pasta tradisional daripada gandum yg memberikan sumber yang baik pada tubuh kita. Tapi whole-wheat pasta ni rasa dia kurang enak la kot or lain sikit berbanding pasta putih yang selalu kita makan.. (agak je sbb tak penah makan) hehe... Mungkin cara penyedian pasta ni pun sedikit berbeza supaya rasanya boleh disesuaikan dengan selera kita kan. 
13) Kacang kidney (kacang buah pinggang)
Haaa.. tau tak apa kacang kidney ni??? Ia adalah sejenis kacang yang bewarna merah, rupanya seperti kacang merah tapi saiznya agak besar. Ada yang menggelarkannya kacang buah pinggang sebab bentuknya yang mcm buah pinggang.. huhuhu.. Tapi jangan takut ye... sebab ianya hanyalah kacang...Selalunya kita akan jumpe kacang ni dalam ABC (air batu campur).. rasanya yang lemak2 tu memg sedap kan.. Kidney bean ni popular kat kawasan utara India dan juga New Orleans. Ia kaya dengan fiber, protein dan zat besi. Haishh... tetibe teringin nk makan ABC kat sec.2 shah alam.. sangat sedap.. thumbs up!
14) Oatmeal

Oatmeal memg wajib ade kat rumah cik limau. Kalau rajin memg tiap2 hari cik limau buat, tapi kalau dah tak rajin tu sebulan dua belum tentu makan.. hehe...Oat mengandungi kandungan beta-glucan, sejenis fiber yang mengandungi khasiat untuk mengurangkan kolesterol dalam darah disamping menginkatkan fungsi sistem imun dalam badan. Oat juga adalah gabungan terbaik soluble fiber (fiber yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah) dan insoluble fiber (fiber yang membantu sistem pencernaan berjalan dengan lancar)
15) Raspberri

Raspberri adalah buah dari keluarga beri yang bewarna merah dan selalu dijadikan hiasan atas kek atau ice-cream... Ia cantik dan comel.. hehe... Tak kisah lah warna merah atau biru kehitaman, raspberri ni memg superrbbb punye nutrien. Untuk menambahkan extra-rice dalam fiber harian, secawan raspberri memberikan anda 3x jumlah fiber yang diperlukan sehari ok... antioksidannya sangat superbb... tapi kat bumi Malaysia ni... faham2 je la susah nk dapatkan stock raspberri... huhuhu...
16) Kacang Peas

Kacang peas memg sedap kalau mkn lauk2 tengah hari kan.. ataupun yang kering pun ade jugak la.. mcm2 leh wat dengan kacang peas ni.. cik limau ni gila gak ngn kacang peas ni.. selalu cik limau beli yang dalam tin tu... bukak je tin terus mkn depan tv dgn sup2 dia skali cik limau telan... memg time2 skolah dulu amalkan makan kacang peas ni, orang cakap baik untuk otak.. huhuhu... rasa dia sedap dan ramai yang campurkan kacang peas ni dalam nasi minyak pengantin... (selalu kutip) hehe... secawan peas memberikan anda 16.3 gram fiber dan secawan peas yang telah disejukkan kemudian dimasak pula paling kurang mengandungi 8.8 gram fiber....
17) Brokoli
Sudah tidak dapat disangkal lagi, warna hijau pada brokoli tu da dapat buat kita meneka bahawa sayuran ini tinggi dengan kandungan serat, ia sangat baik untuk mengatasi masalah kanser. Secawan brokoli atau jus brokoli mengandungi 5.1 gram fiber. Brokoli banyak mengandung vitamin dan mineral, antara lain beta-karoten, vitamin A, vitamin C, zat besi, seng, sera vitamin B dan asam folat. Sayuran ini dapat memperkuat sistem kekebalan dan menjadi kekuatan utama untuk melawan kanser usus. Selain melawan kanser, brokoli juga baik untuk melawan penyakit jantung dan infeksi, terutama yang berhubungan dengan saluran pernafasan.


18) Buah Epal
Bila cakap pasal buah epal je, terus teringat apple pie.. heisshh.. tak bole jadi ni.. Epal selalu kalau kita nk makan kita buang kulit dia ke tak?? huhu...sebenarnya kat kulit tu lah paling banyak fiber taw (tapi sekarang orang kata, epal tu dicelup lilin nak bagi berkilat ek?) huhu... terpulang pada anda... selalu cik limau akan basuh sebersih2nya dan makan mcm tu je.. tapi ade orang cakap, cik limau ni pemalas nk buang kulit epal.. terpulang... ape yang penting dalam kulit epal tu terdapat serat yang sangat baik untuk kesihatan kita. Ia mengandungi 4.4 gran fiber dalam sebiji epal saiz biasa. =)
19) Kacang Putih
Untuk meningkatkan kandungan fiber, protein dan zat besi tambahan dalam badan, ambillah kacang putih kerana ia merupkan sumber nutrisi yang baik. secawan kacang putih dapat cover 25% sumber nutrisi harian kita. 
20) Barli
Barli sangat sesuai kalau kita minum time2 panas dan badan kita tak selesa, ia sangat sejuk dalam badan. Dalam satu kajian mendapati, kita akan menjadi sihat dengan memakan barli sebagai sarapan sebelum makan tengah hari dan ada gak yang menggantikannya sebagai nasi. 


Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.  Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi barli. Ia juga bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Hebat tak 20 jenis fiber yang cik limau senaraikan di atas????? Jadi lepas ni.. masukkan semua senarai dalam pembelian anda taw dan jadikannya salah satu gaya hidup sihat.... Kat bawah ni ade beberapa senarai fiber yang boleh dimanfaatkan dalam diet harian kita.. Jom check... =)

Produk Gandum:- roti, bun, muffin- sarapan dengan cereal, oat- whole-wheat pasta & spagetti- barli, popcorn, beras perang
Buah-buahan:- buah-buahan kering seperti apricots, kurma, prune dan kismis- keluarga beri seperti blackberries, blueberries, raspberries, dan strawberries
- buah limau, epal beserta kulit, avocado, kiwi, mangga dan buah pear
Sayur-sayuran:- sayuran bewarna hijau seperti bayam dan kailan- brokoli dan bunga kubis- terung- squash plant (sejenis labu kuning)- daun saleri- kacang hijau- tomato- kekacang yang dikeringkan spt kidney beans, kancang hitam, kacang dhal, kacang kuda.
Kekacang dan benih:- almond- soy nuts
Limau Kasturi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/20-jenis-sumber-makanan-fiber-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkel Blueberry Wonder Jadikan Buah Beri Biru Sumber Makanan Bernutrisi

Bengkel Blueberry Wonder Jadikan Buah Beri Biru Sumber Makanan Bernutrisi

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama dalam BENGKEL BLUEBERRY WONDER bertempat di KL Wellness City Bukit Jalil Antara aktiviti menarik yang telah diadakan termasuk perbincangan berinformasi bersama ahli panel jemputan demo...
Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips Dan Strategi Terbaik

Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips Dan Strategi Terbaik

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 152 hits
Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips dan Strategi Terbaik Saat ini judi bola slot semakin populer di kalangan pecinta permainan kasino online Banyak orang tertarik bermain judi bola slot karena keseruan dan peluang besar untuk memena...
Pesan Ketum Pssi Erick Thohir Kepada Pemain Timnas Berikan Yang Terbaik

Pesan Ketum Pssi Erick Thohir Kepada Pemain Timnas Berikan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 145 hits
Pesan singkat ini disampaikan Erick Thohir sesaat jelang laga FIFA Match Day melawan Turkmenistan
Survey Mesin Basuh Terbaik Di Lazada

Survey Mesin Basuh Terbaik Di Lazada

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 279 hits
Jika anda sedang mencari mesin basuh atau produk isi rumah lain di Lazada anda boleh layari laman web mereka dan gunakan ciri carian untuk mencari produk yang anda perlukan Anda juga boleh menggunakan ruangan search atau carian untuk menapi...
Dr Mustafa Mohammed Taher Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik 2023

Dr Mustafa Mohammed Taher Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik 2023

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 200 hits
DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK 2023 Assalammualaikum semua Pada 5 September 2023 yang lalu Ruby telah menghadiri jemputan untuk meraikan kejayaan Dr Mustafa Dr Mustafa Mohammed Taher merupakan pakar bed...
Cara Terbaik Menguruskan Tempahan Perniagaan Homestay Anda

Cara Terbaik Menguruskan Tempahan Perniagaan Homestay Anda

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 292 hits
Bagaimana cara yang betul untuk menguruskan tempahan yang bakal anda terima dari perniagaan homestay yang anda jalankan Kali ini kita cerita mengenai langkah demi langkah yang boleh anda lakukan dalam menguruskan tempahan yang anda bakal te...
Contoh Resume Kerja Terbaik

Contoh Resume Kerja Terbaik

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 391 hits
Resume KerjaSebuah resume kerja terbaik perlu memuatkan maklumat yang lengkap dan tersusun dengan baik untuk memberikan gambaran yang positif tentang diri anda kepada bakal majikan Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu ada dala...
Survey Kipas Berdiri Di Lazada Dengan Harga Terbaik

Survey Kipas Berdiri Di Lazada Dengan Harga Terbaik

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 373 hits
Sebelum Kita teruskan dengan Survey kipas berdiri Di Lazada dengan harga terbaik jom Kita baca dahulu info nya terdahulu Pm kq 1 Prinsip kerja Kipas berdiri berfungsi berdasarkan prinsip asas menggerakkan udara menggunakan kipas atau kipas ...
Ungu Jika Itu Yang Terbaik Chord

Ungu Jika Itu Yang Terbaik Chord

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 290 hits
D Em G D A Em G D A Em G Tiada bisa ku lupa D Saat yang indah yang terindah A Yang kita lewati bercinta Em G Semua kebiasaan D Yang kita lalui berdua A Kini jadi puing kenangan Em G D A Em G Sebab engkau telah pergi D Sambil menangis kau ka...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade