20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan


20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan || hi there. hurm, asyik duduk di rumah kerana PKP akibat Covid-19, mesti ramai sangat yang rasa bosan terperangkap tak boleh nak keluar ke mana-mana sangat. Pergerakan agak terhad sangat kan.

Jadi, daripada tak tahu nak buat apa, ada baiknya kita manfaatkan masa yang ada ni sebaik-baiknya. 
Macam mrs pip sendiri, sejak-menjak tak boleh nak keluar ke mana-mana sangat ni, dan lagi-lagi anak-anak pun learn from home, salah satu hilangkan bosan mrs pip ialah bertekad untuk jadi cikgu terbaik buat Iman dan Amin.

Ya lah, kalau sebelum ni memang serahkan tugasan mengajar dengan cikgu sekolah, sekarang ni rasa seronok pula berpeluang mengajar anak sendiri. Setiap hari mrs pip akan pantau anak-anak siapkan homework, hantar ke google classroom, berikan extra homework untuk atasi kelemahan pelajaran mereka seperti buat kelas membaca, dictation, menulis Chinese character, extra homework Matematik, muzik, belajar solat, dan kelas hands-on untuk subjek Sains.

Seronok sangat rasanya mengajar anak once dah fine tune dengan cara mereka belajar, both Iman dan Amin punya pendekatan berbeza untuk ajar mereka. Iman jenis cepat tangkap semua subjek, tapi selalu sangat malas. Amin pula slow reader tapi rajin belajar. Karenah memang berbeza-beza. 


Ok, berbalik kepada 20 Cara Menarik Hilangkan Rasa Bosan, bersendirian atau tanpa sebarang aktiviti adalah satu situasi yang menjadikan kita rasa bosan bagaikan kosong tanpa sebarang pergerakkan atau perancangan.

Keadaan ini sering berlaku dalam keadaan tanpa memikirkan tentang kerja, aktiviti harian yang kebiasaan dilakukan sebelum ini ataupun situasi yang mana kita terpaksa berada di rumah.

Apa kata kebosanan yang melanda dan masa yang terluang itu digunakan dengan aktiviti yang bermanfaat. Anda hanya perlu memulakannya sedikit demi sedikit atau secara ringkas

20 Cara Menarik Hilangkan Rasa Bosan
1/ Memasak resipi baru  Boleh mencuba resipi baru samaada makanan, minuman atau makanan ringan (dessert). Ramuan resipi boleh didapati melalui rakan kenalan, majalah atau secara online.

2/ SenamanSememangnya senaman adalah aktiviti yang paling mudah dibuat tanpa melibatkan kos atau perbelanjaan yang besar. 


Sekiranya anda bukanlah pengamal senaman sebelum ini, anda cuma perlu melakukannya secara ringan dan ringkas untuk membiasakan diri. 
Antara senaman yang boleh di buat adalah seperti perenggangan (stretches), lari setempat, lompat tali, pergerakan kaki dan lutut (high knees), tekan tubi (push up), meditasi dan lain-lain.

3/ Melakukan aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran, bahan bacaan mengikut anutan agama masing-masing, berzikir, melayani lagu-lagu rohani, membaca kisah para nabi dan sebagainya

Kita pun tak lama lagi dah nak puasa kan. Korang dah bayar tak puasa korang yang lepas-lepas? Atau ada yang kena bayar fidyah? 
Yang terlupa nak ganti puasa sehingga kena bayar fidyah, pastikan korang bayar nilai fidyah ikut negeri masing-masing ok. 
Baca Juga : Kadar Bayar Fidyah Bagi Negeri Sabah 

4/ Menanam pokokBanyak manfaat boleh diperolehi daripada aktiviti menanam pokok yang bersesuaian di halaman mahupun dalam rumah sebagai pokok hiasan, sayuran, buah dan sebagainya. 
Pokok akan menyegarkan persekitaran rumah dengan bekalan oksigen selain mencantikkan suasana serta boleh dimakan bagi pokok buah atau sayur. 


Antara idea tanaman ialah seperti pelbagai jenis bunga dan orkid, pepaya, buah naga (dragon fruit), jambu, tomato dan banyak pilihan jenis sayuran yang benihnya mudah didapati di nursery, secara online ataupun melalui rakan kenalan. 
Aktiviti ini memerlukan sedikit perancangan untuk terlebih dahulu menyediakan bahan tanaman seperti bibit, tanah, pasu/bekas, peralatan dan sebagainya.

5/ Pelihara ikan hiasanAktiviti ini juga memerlukan perancangan awal untuk menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan seperti benih ikan, akuarium, tangki kolam, peralatan dan sebagainya. 
Pengetahuan tentang kaedah memelihara ikan hiasan perlu diperolehi samaada melalui rakan, khidmat daripada pembekal ikan hiasan, mendapatkan maklumat di internet dan sebagainya. 
Antara ikan hiasan adalah seperti ikan mas, koi, arawana, gapi (peacock), molly, tiger barb dan sebagainya.

6/ Pelihara binatang kesukaanMemelihara binatang kesukaan mampu mengisi kelapangan masa tanpa disedari disamping ianya aktiviti menghiburkan. 
Ada juga orang memelihara binatang peliharaan hingga ke tahap komersial. Ini kerana haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ayam serama dan sebagainya mempunyai nilai komersil yang tinggi.

7/ Bermain alat musikAlat muzik seperti gitar, piano, peralatan tradisional dan lain-lain adalah idea bagus kepada penggemar seni dalam hiburan untuk dipraktikkan di rumah. 
Apabila cenderung kepada aktiviti ini akan menjurus kepada kesinambungan untuk diri sendiri, orang-orang terdekat mahupun kepada umum yang pada satu tahap boleh menjana pendapatan.

8/ Menghubungi keluarga atau sahabatApabila terasa bosan tanpa sebarang aktiviti, anda boleh manfaatkan masa yang terluang ini dengan menghubugi keluarga atau sahabat-sahabat melalui telefon, whatsapp, chatting, email dan sebagainya. 
Manfaat daripada ini ialah menguatkan hubungan silaturahim, mengetahui perkhabaran dan berkongsi cerita terkini masing-masing

9/ Membuat penyelenggaraan rumahIaitu seperti membuat pembersihan pada bahagian lantai dan dinding bilik mandi, tandas,tangga dan serambi secara pembersihan efektif berkemikal (indutrial cleaning). 
Membuat penyelenggaraan pada pintu dan tingkap iaitu dengan meletakkan minyak pelincir atau gris pada engsel, roda (roller) dan kunci pada pintu dan tingkap agar ianya lebih lancar digunakan. 
Selain itu, anda juga boleh membersihkan parit sekitar rumah, membersihkan saluran paip sinki dan sebagainya.

Yang ni kitorang buat tahun lepas pasang wall paper dan cat rumah. Happy sangat rumah berseri-seri lepas tu. Memang dah quite some time nak kemas rumah cuma mr.Hsband busy sebelum tu

Dah kena PKP, terus ada masa nak buat semua benda. Alhamdulillah

10/ MembacaTabiat membaca memberi banyak manfaat. Selain mendapat ilmu pengetahuan, ianya secara tidak disedari mampu melatih otak kita untuk lebih cerdas dan efektif. 
Banyak bahan bacaan yang mudah di dapati seperti majalah, novel, secara online mahupun offline.

11/ Menghias rumahMenghias rumah seperti mengecat dinding rumah, mengubahsuai susun atur kedudukan peralatan dan hiasan rumah seperti jam, peralatan kemasan, gambar dan bunga-bungaan.

12/ Spring cleaning Membersihkan cermin tingkap & pintu, kipas, penapis penghawa dingin (aircon filter), siling & dinding. 
Komponen ini biasanya jarang dibuat pembersihan berbanding membersihkan lantai kerana aktiviti ini memerlukan masa dan tenaga yang lebih

Anda boleh manfaatkan masa yang terluang dengan kerja-kerja ini. Hasilnya, anda akan mendapati udara dalam rumah semakin segar dan pandangan melalui tingkap lebih jelas.

13/ Aktiviti kemasan diriSekiranya sebelum ini anda kekurangan masa untuk mengurus diri, inilah peluang baik untuk melakukannya iaitu membuat rawatan kulit, bercukur, mengurus kuku (manicure-pedicure) dan sebagainya. 


Sekiranya anda mampu memulakannya, insyaallah anda tidak akan rasa bosan untuk menghabiskannya.

14/ Mengajak keluarga atau rakan serumah dengan aktiviti bersamaApa kata anda cadangkan idea kepada mereka untuk aktiviti bersama seperti menonton tv dengan cerita kegemaran yang sama, bermain catur/dam, permainan silap mata dan sebagainya. 
Cara ini sudah pasti mengeratkan silaturahim sekeluarga atau rakan serumah

Aku ajak mr.Husband tengok KDrama, tapi dia tak nak! Bahaha. So end up kitorang duduk sebelah menyebelah layan drama / movie kegemaran masing-masing secara online

Tapi still consider aktiviti bersama coz kami biasanya tengok movie drama ni bila anak-anak dah tidur, dan still discuss apa cerita yang kami tengok walaupun layan cerita yang berbeza

15/ Menulis artikelAnda boleh menulis blog, diari, cerpen dan sebagainya bermula dengan artikal ringkas dan sesuatu yang anda suka. 
Menulis dan berfikir adalah satu aktiviti yang secara tidak langsung melatih otak anda untuk berfungsi dengan efektif. 
Sekiranya dipraktikan selalu, ianya akan membentuk otak yang cerdas serta mengelakkan masalah pelupa. 
Pada satu tahap, hasil penulisan juga sebenarnya mempunyai nilai komersil.

16/ Membuat penyelenggaraan kereta atau barangan lainManfaatkan kebosanan anda dengan membuat penyelenggaraan kereta, motorsikal atau apa-apa barangan iaitu dengan membuat pembersihan, servis, vakum, polish (menggilap), mengris (greasing) dan sebagainya.

18/ Mengemas & membersihkan peti sejuk Walaupun anda menggunakan peti sejuk setiap hari, belum tentu anda membersihkannya selalu. 
Ambil lah peluang ini untuk mengemas dan membersihkan peti sejuk iaitu dengan menyusun barangan didalamnya agar ianya mudah diambil dan tidak mudah tumpah atau jatuh apabila mengeluarkan barang dari peti sejuk. 
Matikan suis elektrik dan bersihkan dalaman dan luaran peti sejuk anda. Selain itu, sekiranya ada ketulan ais atau bahan yang telah terlalu lama dibiarkan di dalamnya perlulah dikeluarkan. 
Hasilnya anda akan lebih senang apabila mengambil bahan didalam peti sejuk, sedap mata memandang dan menjamin makanan yang disimpan lebih sempurna

Ni kes mrs pip lah dulu, selalu sangat bila kemas peti sejuk jumpa bahan yang dah terlepas tarikh luput! So membazir sangat kan. Makanya, sekarang ni aku memang akan kemas peti sejuk seminggu sekali untuk pastikan barang yang ada di dalamnya sentiasa digunapakai dan tak lewat tarikh luput.  

19/ Menyanyi atau melayani lagu-lagu kegemaranApabila anda terasa bosan, anda boleh mengelakkannya dengan menyanyi atau melayani lagu-lagu kegemaran anda. 
Lagu-lagu kegemaran mampu menghiburkan hati, sekaligus menjadikan diri anda gembira dan ceria. Kalau rajin bolehlah rakam video korang menyanyi lepas tu upload kat tiktok untuk simpanan. Ada juga views nanti

Tapi mcm mrs pip ni, memang tiada sangat lagu kegemaran. Ada dua tiga lagu lah yang mrs pip suka seperti 21 Guns (Green Day), Will You Marry Me (Lee Seung Gi), dan lagu-lagu CNBLue. 
20/ Mengemaskini (update) dan membuat penyelenggaraan telefon pintar (smartphone), desktop, laptop, tabletsAktivi ini juga mampu mengisi kebosanan anda selain faktor kelapangan atau jarang mempunyai peluang untuk membuat penyelenggaraan telefon pintar korang. Cuba periksa dah berapa lama korang tak buang gambar merapu daripada perkongsian whatsapp dan telegram. 
Biasanya aktiviti ini akan mengambil masa untuk memindahkan gambar, video atau dokumen ke cakera (external disk), komputer atau memory card. 
Mengemaskini (update) telefon bimbit juga mengambil sedikit masa untuk disiapkan. 
Manfaatnya, telefon bimbit anda akan mempunyai ruang simpanan yang lebih besar, operasi yang laju serta sistem yang terkini

mrs pip memang jarang sangat nak kemaskan smartphone sendiri.Storage pun dah hampir penh! aduhai, bilalah nak start delete segala benda dalam phone ni

Ok, jom buat sekarang kalau ada masa. ekeke

Baiklah, tu saja antara idea 20 Idea Menarik Hilangkan Rasa Bosan. Sebenarnya ada banyak lagi nak hilangkan rasa bosan ni, terpulang dengan gaya hidup masing-masing. 
Semoga korang stay happy selalu ok

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/02/20-idea-menarik-hilangkan-rasa-bosan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 329 hits
Sesekali teringin mulalah hendak mencuba pelbagai resipi Karipap antara menu wajib ada di rumah dan disimpan frozen di dalam peti ais Bila teringin bolehlah terus digoreng pada anak Resipi karipap style kampung dan legend ini antara resipi ...
Mungkin Beri Banyak Pingat Supaya Orang Rasa Terhutang Budi Menteri Wilayah Pencen

Mungkin Beri Banyak Pingat Supaya Orang Rasa Terhutang Budi Menteri Wilayah Pencen

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 179 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Pencen Khalid Abdul Samad khuatir dengan pemberian pingat dengan jumlah yang banyak sempena Hari Wilayah Persekutuan Khalid berkata pemberian banyak pingat membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri boleh menurunkan ni...
Lelangit Mulut Rasa Terbakar Kerana Makanan Panas Ini 5 Cara Untuk Redakannya

Lelangit Mulut Rasa Terbakar Kerana Makanan Panas Ini 5 Cara Untuk Redakannya

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 309 hits
INDONESIA Dalam keadaan tergesa gesa untuk menjamu selera kadang kala kita lupa untuk menunggu makanan atau minuman sampai jadi sejuk sedikit Akibatnya lidah atau bahagian lelangit mulut terasa panas seperti ada sensasi terbakar Buat bebera...
Betul Ke Ada Rasa Pedas Manis Pada Spicy Chicken Burger With Apple Slices Mcdonalds

Betul Ke Ada Rasa Pedas Manis Pada Spicy Chicken Burger With Apple Slices Mcdonalds

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 763 hits
Ini persoalan yang timbul semasa makan dan bila habis makan menu baru McD Spicy Chicken Burger with Apple Slices Betul ke ada rasa pedas dan betul ke ada rasa manis Mana yang tidak tahu lagi baru sahaja melancarkan menu baru iaitu gabungan ...
Resipi Sandwich Daging Burger Lagi Sedap Olah Semula Rasa Lagi Power

Resipi Sandwich Daging Burger Lagi Sedap Olah Semula Rasa Lagi Power

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 339 hits
Sesekali teringin makan burger biasanya kita terus membeli sahaja di kedai Apa kata kali ini kita cuba sediakan sendiri buat anak anak Nak lagi sedap kita olah daging burger seperti yang dikongsikan oleh ini Hanya tambahkan beberapa bahan m...
Pensyarah Belum Rasa Bersalah

Pensyarah Belum Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 599 hits
Jika saya salah Jika saya betul Elok pihak Universiti mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menganjurkan kursus khas kepada tenaga pengajarnya tentang sivik dan undang jalanraya Ada yang belum cerdik Jika dibiarkan lahirlah professor ...
Hiburan Saya Akan Pakai Apa Yang Saya Rasa Selesa 10 Tahun Dalam Industri Neelofa Dah Kalis Kecaman

Hiburan Saya Akan Pakai Apa Yang Saya Rasa Selesa 10 Tahun Dalam Industri Neelofa Dah Kalis Kecaman

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 877 hits
Selebriti popular Noor Neelofa sejak kebelakangan ini sering terpalit isu panas selepas dia mengambil keputusan untuk berniqab Malah hubungan percintaannya dengan penceramah bebas PU Riz turut menjadi tumpuan media dan peminat Tidak cukup d...
Pertama Kali Rasa Air Bubble Bee Shuib Sepahtu

Pertama Kali Rasa Air Bubble Bee Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 1304 hits
Sebenarnya dah lama dah pergi beli and try minum air Bubblebee Shuib Sepahtu nih tapi nak join juga la review Beli masa sebelum PKP masa cawangan Mydin gelang Patah Ramainya orang beratur nak beli Lagi pula masa tu tengah promosi pembukaan ...
Hiburan Tak Banyak Beri Sumbangan Nedim Nazri Pernah Ditawarkan Gelaran Datuk Namun Tolak Kerana Rasa Tak Layak

Hiburan Tak Banyak Beri Sumbangan Nedim Nazri Pernah Ditawarkan Gelaran Datuk Namun Tolak Kerana Rasa Tak Layak

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 324 hits
Suami kepada pelakon cantik Nora Danish Nedim Nazri Aziz mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan gelaran Datuk beberapa kali namun menolaknya kerana merasa tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut Sumber Instagram Nedim Nazri Perkara ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa