Lauk Utama Dan Dessert Dari Jepun Boleh Buat Kat Rumah


Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan yang segar dan berkualiti.
Suka makan makanan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dari negara Matahari Terbit. Konnichiwa…
1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI

BAHAN-BAHAN :
150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis2 sudu makan kicap soya3 sudu makan minyak masak1 sudu teh gula2 ulas bawang putih1 sudu teh lada putih1 sudu teh garam1 sudu makan mentega2 sudu makan sos teppanyaki1 sudu teh sos ikan1 sudu makan serbuk bawang putihCara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris.
5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan.
7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
2. MATCHA KASUTERA

BAHAN-BAHAN :
8 biji telur300 gm gula kaster200 gm tepung roti | diayak tiga kali1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali100ml susu4 sudu makan madu CARA MEMASAK :
1. Sediakan loyang segi empat tepat.
2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
4. Panaskan susu dan madu.
5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
9. Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
10. Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
11. Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
3. SABA SHIOYAKI

BAHAN-BAHAN :
160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)50 gm lemon | dikupas baji20 gm lobak (radish) | diparutGaram secukupnyaCARA MEMASAK :
1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang hingga masak.
2. Panggang ikan dengan menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dalam ikan, kemudian baru bahagian kulitnya.
3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional
Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk
Info Chef : Ikan ini kaya dengan omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .
4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME

BAHAN-BAHAN :
Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :
3 biji telur80gm gula100gm tepung8gm ovelet25ml air20ml minyak jagungBahan mousse teh hijau:
14gm gelatin45ml air2 biji kuning telur20gm gula125ml susu60gm coklat putih250gm krim putar semi15gm serbuk teh hijau45gm air suamBahan passion yuzu curd :
100gm puri buah markisa33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yang ditanam di Jepun90 gm gula2 biji telur2gm tepung jagung2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)90gm mentega lembutBahan choc feullatine :
70gm coklat putih26gm mentega koko70 gm wafer feullantine (biskut wafer feullantine hancur)Bahan Green Mirorr Glaze:
100ml air200gm gula200gm glukos165ml susu pekat manis24gm gelatin96ml air100gm coklat putihCARA MEMASAK :
Cara masak span vanilla:
1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dalam mangkuk kecuali minyak jagung.
2. Pukul hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Cara masak mousse teh hijau :
4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dalam kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati.
5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dalam coklat putih, kacau sebati.
6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dalam krim putar bersuhu 35 darjah celcius.
Cara masak choc feullatine :
7. Cairkan mentega koko dengan coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine.
8. Rata dan padatkan feullatine dan potong saiz 5 sm , untuk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan.
Cara masak passion yuzu curd :
9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dengan gula, telur dan tepung jagung.
10. Masakkan sebentar, padamkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dengan memasukkan mentega dalam suhu 45 celcius.
11. Paipkan ke dalam acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dalam ruang peti beku dalam peti sejuk.
Cara masak green mirror glaze :
12. Masak gula, air, glukos di atas api dengan suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dalam susu pekat manis dan coklat putih.
13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dalam peti sejuk.
Penyediaan akhir :
14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dengan mousse teh hijau.
15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dengan span vanilla
16. Biarkan sejuk, tanggalkan dari acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi.
17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.
Saiz hidangan : 24 ketul
Masa penyediaan : 40 minit
Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dengan pengaruh Barat.
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.
Info Chef : Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dengan vitamin A dan C dan berserat.
5.  OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)

BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum150gm keladi jepun | diparut10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun2 biji telur1 sudu kecil serbuk penaik200 ml air250 gm kobis | dihiris halus50 ml mayonisCARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2  Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yang dimasak sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake
.Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/lauk-utama-dan-dessert-dari-jepun-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 369 hits
Perjuangan Nabi mulanya tak ramai pengikut pesan Najib pada anak Nooryana anak perempuan pasangan bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor merayu sokongan orang ramai menjelang perbicaraan bapanya dalam kes membabitkan pertuduhan...
20 Idea Bisnes Yang Boleh Dijalankan Hanya Dari Rumah Dengan Modal Rendah

20 Idea Bisnes Yang Boleh Dijalankan Hanya Dari Rumah Dengan Modal Rendah

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 375 hits
Siapa kata kita tak boleh nak mulakan bisnes hanya dari rumah Sudah tentu kita boleh berbisnes dari rumah Kita cuma perlu tahu apakah jenis bisnes yang ingin kita jalankan Terdapat banyak pilihan bisnes yang kita boleh pilih dan dalam perko...
Apa Anda Boleh Buat Jika Ada Yang Meletak Kenderaan Mereka Di Hadapan Rumah Anda

Apa Anda Boleh Buat Jika Ada Yang Meletak Kenderaan Mereka Di Hadapan Rumah Anda

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 359 hits
Hari dah lewat anda sedang mengemudi kereta anda pulang ke rumah dari kerja dan jam ketika itu menunjukkan pukul dua belas tengah malam Sedang anda memandu masuk ke kawasan perumahan anda dengan berhati hati anda menyumpah kerana banyak ker...
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 498 hits
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana Kehadiran tikus di dalam rumah pastinya akan membuatkan kita tidak berasa selesa kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan pemusnah ini sangat berbahaya Untuk mengusir h...
Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 381 hits
Adoi pokok aku ni bila lah nak hidup Selalu layu dan mati je walaupun letak banyak baja Masalah pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur pastinya menjadi persoalan bagi anda yang suka bercucuk tanam Gunalah pelbagai jenis ...
Suri Rumah Maut Kereta Terputus Dua Rempuh Pokok

Suri Rumah Maut Kereta Terputus Dua Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 300 hits
SEORANG suri rumah berusia 28 tahun maut manakala suaminya parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok jati di Kilometer 12 8 Jalan Padang Melangit Guar Jentik Kangar semalam Dalam kejadian kira kira pukul 8 mal...
78 Gambar Rumah Minimalist Terbaik Pilihan Anda

78 Gambar Rumah Minimalist Terbaik Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 574 hits
Rumah batu mahupun papan yang kecil tetapi memiliki rekaan yang sangat menarik adalah impian sebahagian orang terutamanya yang belum memiliki kediaman dan sedang mencari rekaan ringkas dan jimat kos untuk pembinaan namun kelihatan mewah Rum...
Hanya Karena Sebuah Foto Rumah Tangga Song Hye Kyo Dan Song Joong Ki Dikabarkan Retak Benarkah

Hanya Karena Sebuah Foto Rumah Tangga Song Hye Kyo Dan Song Joong Ki Dikabarkan Retak Benarkah

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 259 hits
Meski spekulasi tersebut terlanjur gencar tersebar penggemar yakin kalau Song Song Couple baik baik aja Semoga
Hebat Pdrm Dua Suspek Kes Samun Dalam Rumah Berjaya Di Tahan

Hebat Pdrm Dua Suspek Kes Samun Dalam Rumah Berjaya Di Tahan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 784 hits
Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan kejadian tiga kes samun dan cubaan samun oleh sekumpulan lelaki menaiki motosikal bersenjatakan parang KES PERTAMA Kes pertama dilaporkan berlaku pada 21 Februari pukul 2 15 petang di mana mangsa lel...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus